Tertekan? Apa Nak Buat Ek?

Posted by

Assalamualaikum,

Lama sungguh kan sepi? Sejak akhir-akhir ni, banyak hal la. Anak-anak kurang sihat, jadi si mak pun tak sihat mana, sebab berjaga malam. Tapi, tidur gak la kan.. Ni le kehidupan ada anak.. Bila dah anak kurang sihat sikit, mak pun tidur tak seberapa, nak update blog pun idea hilang.. Susah nak korek-korek idea bila mood dan minda tak sebaik mana. Jadi, timbullah istilah tension dalam diri..

Tension ke? Bukan sebab ni, tapi ada beberapa perkara lagi. Bercakap mengenai tension atau dalam bahasa sebenar, tekanan, apa yang korang buat? Tipulah kalau tak pernah sehari atau sekali pun tekanan ni hadir dalam kamus kehidupan kan.. Memang happy betul kalau de macam tu.. Apa nak buat ek kalau tekanan ni melanda…

MAKAN BANYAK-BANYAK

Kes ni leh jadi sebab dah rasa tak tau nak buat apa, last sekali pergi kedai best, tak pesan makanan sedap-sedap. Kira salah satu cara memanjakan diri la ni. Tapi jangan terlebih manja lak, silap-silap bila tekanan dah hilang, sekali tengok tekanan lain pulak timbul. Tekanan darah sebab badan terlebih berat dan lemak..

BERJALAN-JALAN/ BERSIAR-SIAR

Ni jimat duit walau pun duit minyak keluar. Kalau kat kampung lagi best, sebab jalan-jalan leh nikmati pemandangan yang cantik. Tenang minda kan.. Kalau kat tengah kota, jalan ke taman je lah jawabnya. Kalau tersilap berjalan-jalan/ bersiar-siar, bertambah tekanan..

CARI KAWAN

Cari kawan untuk meluahkan perasaan. Tapi pastikan kawan itu boleh dipercayai dan juga sedia mendengar. Kalau tak, silap percaturan, luahan korang boleh tersebar luas di facebook, twitter, silap-silap satu Malaysia tahu, atau pun silap-silap tekanan korang bertambah dek dengar bebelan kawan korang ni.

TULIS BLOG

Sekarang ni leh tambah kaedah ni, sebab seluruh kawan blog boleh bagi nasihat. Tak le tekanan sangat kot. Ni kalau niche blog korang berbentuk personal yang boleh luah perasaan. Kalau niche blog teknologi susah gak nak luah perasaan kan..

UPDATE STATUS DI FACEBOOK/ TWITTER

Ni satu lagi cara terkini. Banyak kan kita tengok orang luah perasaan kat fb dan twitter masing-masing. Kadang kala tanpa sebarang perasaan yang ditapis, semua keluar. Itu yang kadang-kadang suami isteri boleh gaduh tu. Kena pulak ada yang mencucuk-cucuk dan menambah domba. Uih, berdosa tu..

NYANYI/ JERIT KUAT-KUAT

Salah satu cara lama orang buat. Satu nasihat, pastikan suara cukup sedap kalau nak buat di depan orang lain. Kalau tak, makan selipar ler jawabnya. Lagi satu kalau nak jerit, cari tempat yang orang tak ramai, kalau tak berduyun yang datang, sebab ingatkan ada orang dalam kesusahan.

MAIN GAME

Bukak komputer atau iPad, cari game yang korang suka atau yang boleh lepas geram. Contohnya ‘ant smasher’. Boleh korang lepaskan tekanan kat semut-semut ciptaan teknologi tu. Bergantung kepada individu, sebab boleh juga bertambah tekanan sebab geli tengok semut tu dipicit-picit, terburai perut. Geli tu…

PANDU KENDERAAN LAJU-LAJU

Ada juga yang buat macam ni. Bahaya ni, korang jangan ikutlah. Bukan setakat diri korang berisiko, tetapi nyawa orang tak bersalah silap-silap terlibat. Kalau nak bawak laju-laju kat litar, ok gak la, cuma pastikan korang cukup hebat, supaya orang yang tengok tak susah kalau jadi apa-apa. Senang cerita, jangan buat la… Lebih baik buat benda yang korang suka..

BACA AL-QURAN

Satu cara yang sangat bagus. Paling kurang korang mengadu pada yang sebaiknya. Hati pun konfem jadi tenang, lebih-lebih lagi kalau korang baca tafsirnya. Mesti insaf, dan sedar lebih banyak masalah yang orang lain tempuh.

MANDI, AMBIL WUDUK, SOLAT SUNAT

Ni pun bagus juga. Ada yang jadikan amalan, bila ada tekanan atau ada perasaan marah, ambil wuduk, terus jadi tenang. Bagus kan.. Nak lagi bagus, buat solat sunat agar dianugerahkan sabar dalam menempuh tekanan itu. Kalau de rezeki, insyaallah, tekanan tu akan hilang.

Yang paling penting korang mohon padaNya agar tekanan yang korang hadapi tu dapat diselesaikan dengan segera. Insyaallah, kalau ujian tu korang berjaya tempuh, korang akan jadi lebih kuat. Betul tak kawan-kawan?

@fiezaradzi.com – Tengok gambar anak-anak bila tekanan melanda

sumber gambar: dari atuk google, applikasi iPad dan handphone sendiri..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *