10 Jawapan Tag 2 in 1 Yang Cantik

Posted by

(Sila baca, sepatutnya entry ni keluar hari Isnin)

Hari ni hari Isnin. Tup-tup encik suami yang kacak kata, saya kena tag oleh titan yang kata dia yang kacak.. Teringat pulak tag Mekar yang belum berjawab. Bagi melayan mata yang pedih nak tidur dari tadi, cuba-cuba la jawab, supaya mata tak tutup terus.

Nak cerita pasal diri sendiri pun malas, yang sememangnya agak malas, mak 2 orang budak kecik, yang asalnya dari utara sana, kerja dengan swasta, apa kata kita layan ja jawapan dari soalan Mekar tu dulu. Titan, tag ko, no.2 ye.. First come, first serve, serve badminton.. (– apa chek merepek nih..)

  1. Perkara yang boleh menceriakan hidup anda
    Hidup memang ceria pun, nama blog pun life is beautiful.. kira ceria la tu..
  2. Tajuk dan sinopsis  novel/buku yang kali terakhir anda baca
    Riwayat Hidup Sahabat Rasulullah SAW – kisah2 para sahabat yang sama2 berjuang untuk Islam. Baca weh, best. Belum habis lagi.. (kira buku Ilmiah ni..). Best lau dapat jadi salah seorang sahabat Rasulullah SAW nih..
  3. Nama bunga yang digunakan untuk membuat nasi kerabu supaya berwarna biru
    Tak leh ke pakai pewarna warna biru yang cair tu? Huhu.. tak penah buat, tak tau la.. tau makan ja..
  4. Hal yang memalukan pernah terjadi dalam hidup anda
    Dah nama malu, tak yah cerita la..malu (tak ingat sebenarnya)
  5. Keistimewaan pasangan hidup anda ( kalu belum kawin, special friend pun bole)
    Seorang teman yang menjadi dirinya sendiri.. Lengkapkan hidup chek yang tak berapa lengkap mana. Kacak (bak kata titan).. — Cerita sikit ja, yang lain simpan dalam almari..
  6. Pandangan tentang filem/drama ala seram yg banyak ditayangkan sekarang
    Tak seram mana pun, kelakar ada.. kena tukar kot sekarang, nanti generasi akan datang jadi lebih penakut.. Asal cerita seram je, gelap suasana.. bosan tau..
  7. Rancangan TV yang anda rasakan memberi manfaat kepada penonton? Kenapa?
    Yang bagi info dan ilmu, sebab nama pun bagi ilmu, mestilah banyak manfaat.. yang hiburan lain tu, fikir-fikirlah sendiri
  8. Perkara paling Mewah yang pernah anda lalui
    Miliki sepasang (2 anak) yg comel lagi menyenangkan.. Kemewahan seorang ibu
  9. Prinsip hidup
    Life is beautiful…
  10. Tempat makan best (ditempat anda) yang dicadangkan patut dicuba
    Kat Gombak, afiqah nasi beriani kot, tapi yang nak dicadangkan ialah kat kampung, Penang, syurga makanan. Yang paling best adi cafe.. de sizzling lamb yang tak jumpa kat mana2 lagi setakat ni. Berasap-asap daging kambing tu masa datang kat kita.. (tetiba rasa nak balik kampung pergi cafe tu..)
  11. Impian hidup anda
    Miliki keluarga yang diredhaiNya dan bahagia selalu, biarpun tak mewah mana.. Life is beautiful..

Leh jawab 2 in 1 tak? Lau tak, kena buat 10 soalan lagi.. Tak larat weh.. Kira boleh la, baru panjang sikit entry.. ni tag dari titan yang kononnya dia kata dia kacak..

  1. Antara ko dengan titan, siapa lagi kacak? Terangkan.
    Laki chek le kacak, ko titan kurang kacak sikit. (pas ni dapat hadiah la chek). Chek lak pompuan, nak kacak tang mana..
  2. Apakah perbezaan kacak, handsome dan macho? Terangkan.
    kacak – bahasa melayu, handsome – bahasa inggeris, macho – machoman..
  3. Antara orang-orang disekeliling ko, siapa yang paling kacak? Mengapa?
    mestilah laki chek.. bini mana kata laki die tak hensem..
  4. Duit dan Kesihatan. Mana paling kacak? Bagi 2 sebab.
    Sebab 2-2 kacak, handsome dan macho, pilih 2-2 la… sebab lau kesihatan tak kacak, duit yang kacak pun tak guna, lau duit lak tak kacak, kesihatan yang macho macam mana nak jaga.. Sebab tu life is beautiful jugak yang comel.
  5. Blog aku dengan blog ko, siapa lagi kacak? Kenapa?
    Blog chek kot kacak sikit, sebab paling kurang header blog chek de gambar org comel, blog titan header tak dak pun orang kacak..
  6. Mahathir dengan Najib. Siapa lagi kacak? Bagi 3 sebab kenapa dia kacak.
    Susah nak jawab ni, sebab laki chek lagi kacak
  7. Pemain bola sepak yang paling kacak di Malaysia. Sebut 3 nama sahaja.
    Laki chek la – sebab dia pun main bola sepak gak, tapi dulu la..haha
    baddrol muhayat, eh bakhtiar – sebab dia suka tendang bola laju2
    izzaq – sebab dia la leh masuk final, tapi dia injured, tak leh main malam ni..
    tak kira nak sorang lagi… kunalan – sebab dia yang paling rajin lari dalam padang tu, tapi dia dah masuk skuad ‘tua’ (baca: senior)
  8. Ko pernah jatuh cinta kan? Mengapa cinta ko ditolak? Bagi 3 sebab.
    Chek jatuh tangga penah la.. Sebab chek tak kacak, chek comey ja.. Tak tau la, sebab orang yang chek cinta dah jadi suami chek..
  9. Nuffnang dan Innity. Mana lagi kacak? Mengapa?
    Susah nak jawab ni, nanti chek pikiaq, nuff kot sebab chek dengan dia gelihati tau.. haha
  10. Jenama handset mana yang paling kacak ko rasa?
    iphone, sbb die terlalu kacak utk ditolak kalau tuan blog kacak nak bagi free.. (sapa yang rasa dia tuan blog kacak yang kacak, sila bagi free kat chek.. Kalau tak, tak kacak mana la..)

Okey la titan kan? Puas hati tak? haha.. Okey la, so soklan 10 lain. sila la jawab..

  1.  Kenangan dulu-dulu, kumpulan muzik lama yang mana korang paling ingat?
  2. Antara polis dengan penjahat mana korang rasa paling cool?
  3. Antara korang dengan adik/kakak korang, sapa lagi comey?
  4. Life is beautiful… apa korang rasa?
  5. Apa nama cikgu sekolah tadika/tabika/pasti korang?
  6. Pendapat korang pasal cerita gossip kat tv/blog
  7. Filem/drama/ rancangan tv sepanjang zaman korang? Nak sebut 3 pun boleh
  8. Tajuk buku yang korang rasa best dan sesuai untuk di’suggest’kan?
  9. Benda pertama korang buat lepas on pc/laptop
  10. Apa makanan pertama korang kalau korang ingat? Sila tanya mak ayah/adik-beradik korang sekarang..

Penat oo jawab plus bina soalan ni.. Dah rasa macam jawatankuasa penyedia soalan periksa dah ni.. Huhu.. Dah la sebelum tu kena jawab peksa dulu.. HAha.. Okey la, saja suka-suka, jadi, kena tag pulak.. Ikut hati malas nak tag, tapi yang kena tag ni, lau rasa nak jawab, sangat-sangatlah dialu-alukan.. Tak paksa ok..

hafizMohd, suri cahaya cinta, bEe, yas, eiela info newbie, Juan, dnobiz, hunnybunny, aimannajmy, dan kawan lama chek, Yante

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *