Berjauhan Dari Seseorang

Salam buat semua. Kawan-kawan kat luar sana pernah ditinggalkan atau berjauhan dengan yang tersayang? Tak kisah la oleh mak ayah ke, suami/isteri ke, atau pun si dia? Berjauhan sama ada sekejap atau lama atau untuk selama-lamanya..

BERJAUHAN BUAT SEMENTARA

Selama minggu blog saya  tidak dapat dibuka, selama itu jugalah suami saya tiada di sisi. Huhuu.. (dah le suami tak de, blog pun tak de..). Sebenarnya ketika tu suami ke Iran, atas tuntutan kerjaya. Kalau dulu, di awal fasa mengandungkan annur, encik suami ke China, tapi sekarang ni bila annur dah besar dan awal fasa adik annur, suami ke Iran pula. Lain rasanya kali ni. Kalau dulu saya sangat berani hinggakan duduk seorang sepanjang waktu ‘ketiadaan’ suami, tapi kali ini sedikit gusar. Walaupun jiran sebelah sedia membantu, namun ketika tiba di rumah, sedikit perasaan gusar tetap ada. Hari pertama dan kedua masih ok, cuma si kakak sedikit meragam pada hari pertama. Selalunya abah tempat dia bermain, tapi tiba2 abah tiada. Saya pula kurang sedikit kudrat untuk melayannya. Waktu malam memang sangat-sangat terkenangkan suami.

happy

Nasib baik mak dan adik-beradik menawarkan diri untuk datang ke sini. Namun, pada hari adik-beradik mahu berangkat pulang ke kampung, Annur pula seolah-olah terasa hati. Sepanjang 4 jam sebelum pulang, Annur menunjukkan rasa sedih, yang tak pernah ditunjukkannya selama ini. Tiba-tiba duduk di riba saya sambil bunyi teresak-esak. Hati mak yang memang dah sepi lagi pilu akibat suaminya tiada disisi ini akhirnya membenarkan diri dan anak pulang ke kampung, setelah beberapa titis air mata jatuh. Entah kenapa, mungkin pembawaan kedua atau mungkin juga suami tiada di sisi.

Suami pula di sana tidak dapat online seperti biasa. Maklumlah, di Iran ‘social network’ seperti Skype dan Facebook memang kena banned. Jadi kami hanya bertukar-tukar email sahaja. Perasaaan hati jangan ditanya, jika ada balasan email, hati cukup rasa gembira, cukup rasa berbunga-bunga. Tapi jika tiada, ada saja yang difikirkannya. Kadang-kadang tidur malam pun boleh mimpikan encik suami.. Annur disebabkan ada kawan, perasaan sedih tu mungkin tidak ditunjukkan sangat, tetapi dapat dibaca kerana asyik nak berkepit dengan wan (panggilan untuk datuk) saje. Kira ayah saya la.. Mungkin sebagai pengganti di kala abah tiada. Tidur pun nak di atas riba wan.

Kalau diikutkan hati seorang isteri ni memang mahu saja terbang ke bumi Iran itu, tapi apakan daya.. Jadi bagi mengurangkan rasa rindu dalam hati tu, terpaksa la sibuk-sibukkan diri dengan perkara lain. Lebih membuat hati terasa, di saat adik-beradik berkumpul, bersama-sama pasangan masing-masing. Tapi gagahkan je hati kerana mengenangkan suami pergi kerana rezeki.

Hati rasa gembira bila encik suami kata mereka cuba untuk pulang awal, tetapi rasa itu hilang setelah suami memaklumkan penerbangan ke Malaysia hanya ada dua kali seminggu, dan hari yang paling awal semuanya sudah penuh. Terpaksalah menunggu seperti yang telah dijadualkan. 11 hari tanpa suami memang sesuatu yang asing apatah lagi setelah ada anak. Apatah lagi kami selalu saja bersama-sama ke mana-mana pun. (Maklumlah kerja satu tempat). Pada hari suami dikhabarkan pulang, hati memang seronok. Mulut asyik sebut suami ajer.. hehee..

BERJAUHAN SELAMANYA

Dalam masa bercuti di kampung juga, tok (panggilan untuk nenek) meninggalkan kami semua. Saya ada 2 tok, satu tok kandung, satu lagi bukan kandung. Kami adik beradik lebih rapat dengan tok yang menjaga mak sejak kecil. Dulu keluarga mak orang susah, jadi tok kandung mengambil keputusan untuk menyerahkan mak kepada sepupunya. Sejak itu, hubungan kami dengan keluarga tok kandung tidaklah serapat tok yang menjaga mak ni. Tak tahu kenapa, tapi kata mak orang dulu-dulu memang begitu. Bila dah serahkan anak kepada orang lain, mereka memang tak ambil peduli lagi. Tapi, sekurang-kurangnya kami masih kenal saudara, cuma mungkin tidak serapat mana. Yang meninggalkan kami semua adalah tok kandung. Walaupun kurang rapat, tapi pemergiannya tetap dirasai. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sekarang yang tinggal, tok yang menjaga mak dan kami sejak kecil. Harapan, agar tok sentiasa sihat.

Tinggal sementara sebenarnya dapat menyemarakkan rasa sayang dalam hati, tetapi jika terlalu lama, mungkin perasaan tidak dapat dibendung, apatah lagi bagi seorang insan bergelar perempuan. Memang, diakui perempuan cukup tipis perasaannya, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan orang-orang yang mereka sayangi. Anda bagaimana?

Maaflah kalau membebel je kan, tapi saudara nuaeman de bertanyakan perasaan isteri bila terpaksa berjauhan dengan suami. Jadi saudara nuaeman, harap ini dapat menjawab soalan, walau pun masih banyak yang saya rahsiakan rasa hati ini..

@fiezaardzi.com – saperla nak berjauhan dengan insan yang disayangi jika ada pilihan kan?

** Pagi esok kita tengok Belanda lawan Uruguay nak?

Related Post

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

20 Responses to “Berjauhan Dari Seseorang”

  1. kulanz says:

    Sekali-sekala berjauhan dengan suami ni bagus juga.. sbb masa berjauhan dgn mereka yg kita sayang baru tahu perasaan sebenar..
    Al-fatihah untuk arwah.. moga Allah SWT menempatkannya di kalangan orang beriman, amin.
    .-= kulanz´s last blog ..Isu WordPress Memory Usage =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @kulanz, betul tu.. sbb tu de pepatah, sayangkan isteri tinggal2kan.. hehe.. tapi lau selalu tinggalkan parah jugak ek..

    ameen.. mg itulah yg diharapkan.. mg roh dicucuri rahmat..

    [Balas]

  2. suri says:

    alahai jagnlah ckp cmtu..suri ni lagi le penyedih orgnya..huhu..tpi time tu le kita akan kenang kemanisan si dia pada kita kan..time tu le terinagt gaduh2 hehhe..

    dah tinggl baru rasa rindu..klu tak d tinggalkan rasa bisa jer sb hari berjumpa..kiki

    mlm ni pon suri tgok gak.dia mtk temankan..sambil tu berblog jap..hehee

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, itulah suri.. manusia mmg camtu kot.. bila dah berjauhan baru sedar & igt semula.. hehe.. tapi tu la, sekali sekala ok la kan.. lau selalu mmg tak sanggup den.. heheee

    tgk bola malam tadi? nasib baik pasukan pilihan menang..hehhee

    [Balas]

  3. zik says:

    belanda!!… kalau orang yang kita sayang jauh… mestila sedih… tapi dekat dihati…
    .-= zik´s last blog ..Prestasi zikrihusainicom bulan june 2010 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, hehe.. mmg pun.. mmg de hikmah di sebalik berjauhan ni.. kdg2 de jugak pasangan yg bermasalah ambil masa utk berjauhan spya masing2 sedar akan kepentingan yg lain…

    tak terbayang pasangan yg dah kahwin tapi duduk jauh2 sebab desakan kerjaya.. huhuuu. saya tak mampu kot..

    [Balas]

  4. nuaeman says:

    Terima kasih kerana memberi jawapan.. :) sebagaimana en hafiz, saya juga sebelum ini pernah tinggalkan isteri untuk ke China tetapi itu cuma 4 hari berbeza dengan Umrah baru-baru ini yang mana tambah lagi 10 hari.. di mekah lagilah.. langsung tidak nampak CC.. nasib baik juga ada jual prepaid untuk buat international call atau sms .
    .-= nuaeman´s last blog ..Dari Mersing ke Madinah 2 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @nuaeman, bagi isteri amat bermakna lau dapat dgr suara suami ketika jauh.. lau call @sms murah ok lagi.. tak tahan lau seminit ckp, kredit dah habis.. huhuuu…

    [Balas]

    nuaeman Reply:

    @fiezaradzi, Tapi di Arab Saudi ada sim card yang kalau kita call waktu puncak pun hanya seminit satu rial. Oklah berbanding rooming RM 4.50 seminit
    .-= nuaeman´s last blog ..Dari Mersing ke Madinah 2 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @nuaeman, wah.. ok la tu kan.. hehee.. pe pulak perasaan suami yang berjauhan dgn isteri&anak2? hehee.. yg paling penting sebenarnya isteri harap suaminya sihat dan selamat pulang ke rumah…

    [Balas]

    hafizmd Reply:

    @fiezaradzi, perasaannya sudah pasti bercampur baur..resah, dan risau bila berjauhan tak boleh dielakkan..rindu tu takyah cakaplah..kalau ade sayap..tiap2 hari terbang ulang-alik…hhehhehe
    .-= hafizmd´s last blog ..Snek berkhasiat untuk kita =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, hehee.. camtu ek.. sama la tu dgn isteri.. hehe.. nasib baik de anak disisi, so, tumpuan pada anak tu buat rasa ok sikit, cuma kdg2 rindu dtg, tak leh buat pe la..

    hafizmd Reply:

    @nuaeman, murahnye..mase saye kat iran sane..roaming mmg lagi mahal..kat sane beli kad prepaid..cakap 2 minit..dah tinggal 1 minit lagi..mmg mahal betul..sudahnye hanya mampu berkomunikasi melalui emel..alhamdulillah..
    .-= hafizmd´s last blog ..Snek berkhasiat untuk kita =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, tu la.. tak puas dgr suara suami tercinta ni.. hehee.. tapi ok la kan, dari tak de berita langsung…

    [Balas]

  5. ishak says:

    rindy yang amat sangat adalah…………..
    .-= ishak´s last blog ..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @ishak, adalah pe tu bro? hehee…

    [Balas]

  6. Mentol Bulat says:

    Jauh – jauh ne rindu nye berlebih – lebihan lagi………….. sekali berjumpa akan tercetuslah kasih sayang teramat – amat rindunya antara suami dan isteri….. macam Qhais dan Laila
    .-= Mentol Bulat´s last blog ..Phone Your Blog =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Mentol Bulat, betul la tu.. lebih2 lagi bila tiba2 je jauh jap, pastu jumpa.. hehe.. lau utk suami/isteri/ ahli keluarga, tak salah..

    [Balas]

  7. shaiful says:

    paling lama aku tinggai family dlm 2 weeks plus…kena p offshore…apa leh buat…lagi tensen bila anak demam di hari2 terakhir kt offshore (dh x tahan sgt lama x jmpa abah dia)…sib baik leh gk video cam skali skala…

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @shaiful, mmg seksa tu.. anak2 lagila, tak bape faham lagi.. mmg leh demam rindu tu.. tapi dah de teknologi ok sikit la kan.. lau pegi tempat yg tak leh guna teknologi tu, tak ke susah hati.. huhuuu

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia