Cerita Tentang Raya (Belum Habis Raya Lagi Ni)

Posted by

Nak cerita pasal raya pun tak tahu nak start dari mana. Tapi tahun ni kami sekeluarga balik ke kampung suami terlebih dahulu di Kuala Terengganu. Memang dah tetapkan tiap-tiap tahun, tukar-tukar tempat beraya. Tapi macam mana pun setakat ni tak pernah gagal beraya di kedua-dua kampung setiap kali raya. Cuti 2 minggu pun bahagi, seminggu di Terengganu, seminggu di Pulau Pinang.

Saya teringin nak makan kuih -muih yang berbeza dari negeri Pulau Pinang. Berjaya gak la masa bulan puasa hari tu, walaupun yang lain kebanyakannya sama je kat KL. Ni semua sebab terpengaruh dengan Warung Kita dengan Bersama Shamsul di Bazar Ramadhan masa bulan puasa hari tu. Hehee.. Berjaya gak makan seketul dua kuih yang tak pernah tengok. Gambar? Tak de la pulak.

Pagi hari raya, susah betul nak kejutkan si kecil tu, maklumlah dah balik kampung pukul 12 atau 1 baru nak tutup mata. Jadi, bangun pun lambatlah budak kecik tu. Nasib baik gak berjaya kejut tanpa nangis-nangis. Budak-budak kadang-kadang memang tak leh nak kacau tidur, nasib baik yang sorang ni ok.

Beraya cam biasa lah. De peristiwa yang menggembirakan ramai pihak semasa di Terengganu ni. Raya keempat, kami bertolak pula ke kampung halaman saya, Pulau Pinang. Nasib baik keluar awal, tak sempat tempuh kesesakan yang biasa terjadi kat Tanah Merah. Abang saya bertolak raya ketiga, 12 jam baru sampai ke rumah. Penat tu… Tapi kena biasa-biasakan lah, sebab kampung masing-masing memakan perjalanan dalam 300-400km la katakan.

Di Pulau Pinang pun, macam biasa je raya, mungkin sebab dah raya keempat, ramai juga yang kembali bertugas, jadi tak sempat sangat jumpa ramai, kecuali sanak-saudara. Kali ni jugak kakak ipar yang pertama tak de, sebab terpaksa ke luar negara atas sebab kerja. Nasib baik anak-anak dia ok. Tapi dalam hati, tak tau la macam mana kan.. Hanya mereka yang lalui je tahu. Dan raya kali ni, menghabiskan duit di Langkawi setelah dipujuk oleh mak dan adik saya. Raya keenam hingga kelapan kami ke sana. Mulanya ada yang bercadang nak beramai-ramai ke sana bulan 12 ni, tapi bila memikirkan nanti dah semakin sarat perut ni membesar, jadi kami bertolak awal dulu. Maaf ye abang-abangku..

Kejadian di Langkawi.. lain kali cerita. Tapi masa ni banyak perkara yang buat pertama kali saya lakukan. Tak pernah terfikir lak nak buat perkara tu, apatah lagi de nyawa 5 bulan ni.. heheee.. apa pun, memang best. Tunggu entry lain untuk kes ini.. Selamat hari raya buat semua

@fiezaradzi.com – Raya sebulan tak habis-habis lagi, tapi puasa yang enam tu pun beum buat lagi.. aish, jom sama-sama berpuasa enam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *