Had Kelajuan Bas Ekspress

Posted by

Masih segarkah akan kemalangan bas ekspress Delima di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan baru-baru ini. Telah mengorbankan 12 nyawa yang sedikit pun tiada siapa menduga. Punca kejadian masih lagi disiasat walaupun pelbagai spekulasi diberi. Bas dipandu laju, masalah mekanikal pada sistem bas malah spekulasi mengatakan kawasan itu sedikit ‘keras’ apabila ada yang mendakwa pernah nampak kelibat perempuan bersama anaknya melintas jalan. Walau apa pun sebabnya, yang pergi tetap takkan kembali.

Hanya perasaan redha sahaja yang mampu diluahkan dek kerana kehilangan ahli keluarga tersayang. Selepas kejadian ini disiarkan, saya ada berbincang dengan suami mengenai cara penyelesaiannya. Memang jika sudah ditakdirkan akan terjadi, secermat atau sehebat mana pun cara pemanduan, tetap akan berlaku. Itu memang tidak dapat ditolak lagi. Namun, apa salahnya jika langkah berhati-hati diambil kira.

Kerajaan Melaka ada menyuarakan agar fasiliti atau jaringan keretapi di Malaysia ini ditambah, seperti di pusat pelancangon dan sebolehnya setiap negeri akan dilalui oleh panjangnya keretapi penumpang di Malaysia ini. Ada kebenarannya walaupun kecepatan sistem keretapi ini kadang kala dipersoalkan. Apatah lagi penambahan kos turut mengambil bahagian. Satu lagi cadangan Datuk Wira Ali Rustam ini adalah mengunci pedal minyak bagi menghadkan kelajuan pada bas ekspress dan bas pelancongan ini.

Sememangnya saya melihat ia satu langkah yang mampu diterima apabila sikap pemandu gagal dididik. Penetapan had laju berdasarkan papan tanda atau kewujudan polis trafik di tengah terik lebuhraya masih tidak mampu menggerunkan pemandu-pemandu untuk mematuhi had laju. Jadi, sistem penguatkuasaan perlu diambil. Salah satunya ialah menghadkan kelajuan sesebuah kenderaan. Sekurang-kurangnya bila kenderaan berat atau besar ini mempunyai had maksima sebegini, pemandu tidak dapat tidak terpaksa mematuhi kelajuan atau kemampuan jentera itu. Sekurang-kurangnya impak terhadap kemalangan mungkin boleh dikurangkan.

Saya ada menyuarakan pendapat yang sama sehari sebelum Menteri Besar Melaka ini menyatakan kepada Perdana Menteri, tetapi hanya kepada encik suami. Nampaknya ada yang sependapat rupanya.. hehee.. Lepas ni bolehlah jadi pegawai penguatkuasaan kot.. Hihiii… Apa pun, iktibar perlu diambil dari kejadian ini. Apa sahaja usaha positif yang diambil, diharapkan dapat mengurangkan kes kehilangan jiwa di kalangan orang awam ini. Kita memang tidak dapat menolak jika ajal sudah ditulis, namun jika keselamatan diambil kira, rasa ralat dalam hati mungkin dapat disangkal setelah langkah tersebut dipatuhi.

@fiezaradzi.com – gerun bila dengar kes-kes kemalangan sebegini kerana kebanyakan dari kita memang banyak menghabiskan masa di tengah jalan raya dek tuntutan kerjaya mahupun sebarang bentuk tugasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *