Hamil dan Puasa – Part II

Masih ingat lagi entry lepas tentang hamil dan puasa? Kali ni ada rakan yang bertanyakan tentang tips-tips untuk pemakanan semasa berpuasa bagi ibu yang hamil. Pada peringkat awal kehamilan, rasa loya, muntah dan kekurangan tenaga adalah sesuatu yang normal. Selain itu, letih, sembelit, pening atau sakit kepala juga adalah perkara biasa malah ada yang mengalami simptom yang lebih hebat, lebih-lebih lagi apabila kekurangan makanan. Dan ya, ada juga yang cepat merasa lapar.

Sebenarnya anda masih boleh mengambil makanan seperti biasa, tetapi untuk memaksimakan tenaga dan keperluan anda serta bayi, pengambilan makanan yang bernutrisi yang seimbang (rujuk piramid makanan) adalah sangat perlu.  Ia dapat membantu anda dalam memberi tenaga dan di samping itu, ketidak selesaan semasa hamil juga dapat dielakkan.

TIPS UNTUK PANDUAN

  1. Jangan tinggalkan hidangan sahur kerana:
    - dapat kekalkan tahap tenaga sepanjang hari
    - ia dapat memberi nutrien kepada badan dan bayi
    - dapat kurangkan symptom akibat lapar seperti menagntuk, sakit kepala dan loya
  2. Hidangan sahur yang sihat dan seimbang bagi anda adalah seperti:
    - Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
    - Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
    - Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  3. Buka puasa dengan 3 biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemah, kemudiaan diikuti sup, sebaik-baiknya sup yang jernih.
    - Kurma dan jus mengandungi nutrisi yang dikatakan dapat mengembalikan tahap gula dalam darah kepada paras yang normal. Rasullullah s.a.w juga berbuka puasa dengan buah tamar ini. — Mestilah ada hikmahnya kan?
    - Sup sayur pula mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang dapat menambah kandungan vitamin, mineral dan serat dalam diet anda.
  4. Kemudian ambil hidangan lain yang seimbang seperti:
    - Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
    - Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
    - Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
    - Sejumlah besar sayur-sayuran.
  5. Minuman smoothie buah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda.
  6. Selepas makan malam, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan. Solat terawih juga dapat membantu aktiviti anda.
  7. Minum jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh (minuman berkafein). Elakkan pengambilan minuman berkafein ini terlalu banyak kerana ia membantu dalam mengurangkan kandungan air dalam badan anda (takut terhidrat nanti).
  8. Minum banyak air masak/suam selepas berbuka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan kes nyahhidratan.
  9. Elakkan:
    - Makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
    - Hidangan berlemak tinggi –- untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak
    - Mengambil nutrisi yang tidak baik –- menggalakkan ketidakcernaan

Sekian dulu buat kali ini. Buat teman tersebut, harap ini dapat membantu ye…

Sumber: babycenter

@fiezaradzi.com – Alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah meneruskan puasa buat 3 hari ini..

Most Commented Posts

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

28 Responses to “Hamil dan Puasa – Part II”

  1. kulanz says:

    Tips yang menarik ni..
    sesuai jadi panduan untuk ibu-ibu yang mengandung
    .-= kulanz´s last blog ..Hidangan Berbuka Puasa- Nasi Kerabu- Ayam Percik dan Mee Kari =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @kulanz, mmg pun.. ibu yang mengandung yang tanyakan hal ni.. hehe.. bagus jugak utk kaum lelaki, spya bila de isteri, boleh dijadikan panduan..

    [Balas]

  2. Mr.Z says:

    beras perang makanan yang seimbang ye..
    btw nice sharing info ni.. :)
    .-= Mr.Z´s last blog ..Buang Bayi Hukuman Mati Mandatori! =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Mr.Z, haah, better nasi beras putih biasa tu.. sama2.. mg2 semua dapat infonya..

    [Balas]

  3. x-po says:

    susah gak ni kalau dh ada bini nnt huhu
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @x-po, lagi susah isteri tu. hehe.. lau faham, tak de masalahnye.. kacang jer.. sayangkan bini, kenala tolong jaga.. hehee

    [Balas]

    hafizmd Reply:

    @x-po, hehe..bersusah-suah dulu..bersenang-senang kemudian..:D
    .-= hafizmd´s last blog ..Buang bayi- gantung mandatori atau penjara 20 tahun =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, hehee.. tak susah la lau dah biasa.. hehe.. susah hati mungkin.. kan?

    [Balas]

  4. Kujie says:

    belum pernah ada pengalaman mengandung waktu bulan puasa…
    tak mengandung pun susah nak makan sahur..aduoh
    .-= Kujie´s last blog ..Hari Bertemu Pelanggan Vol 9 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Kujie,oo.. anak2 kak jie semua tak de yg dihamilkan waktu puasa ek…? ok la tu..
    susah bangun sahur tu mmg dah kak jie.. lau ikutkan tak nak bangun, tapi sunatkan..

    [Balas]

  5. azizan4444 says:

    kalau da ada isteri nanti..bole la rujuk cni kalau keadaan isteri berada dlm situasi seperti kak nyatakn tu.eheh
    .-= azizan4444´s last blog ..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azizan4444, boleh..boleh.. dialu2alukan.. nnt isteri bertambah sayang, sbb suaminya faham.. hehee

    [Balas]

  6. ashraf says:

    Bagus untuk lelaki yang ada isteri mengandung di bulan puasa ni…..kena baca juga mana tahu tahun depan isteri mengandung bulam posa….. :D
    .-= ashraf´s last blog ..Kisah Rumah Baruku =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @ashraf, tul tu.. tapi setiap orang beza tahap pembawakan budak nya.. de isteri yg tak tahan, so tak leh puasa di bulan ramadhan.. de yg ok.. itu kira nasib la kan..

    [Balas]

  7. suri says:

    salam ramadan…
    saat kehamilan dalm mnjalini ibadah puasa satu pkra yang sukar d lupakan heee

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, oo.. de pengalaman la ni ek.. pe kata citer sikit.. buat info kawan2..

    [Balas]

  8. hafizmd says:

    satu panduan yg cukup baik..terima kasih berkongsi..sgt berguna utk lelaki yang bernama suami mcam saye ni :D
    .-= hafizmd´s last blog ..Buang bayi- gantung mandatori atau penjara 20 tahun =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, hehe… moga en suami berjaya menolong isteri nye.. hihii…

    [Balas]

  9. zik says:

    owh macam tuh… tak boleh tinggal sahur ek…
    .-= zik´s last blog ..Mercun oh mercun! =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, lau tinggal sahur, maknanya tak puasa la hari tu.. tak tahan ma… tambah bersahur pun, rasa2 lapar tu still de, lebih lau time tak pregnant..

    [Balas]

  10. aku la says:

    aku tgh alahan ni…..aduuussss….xthn la…tp xtggl la pose thn ni,alhamdulillah…1st time aku alahan bln pose…aduuussss….sbr byk2….

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @aku la, insyaallah, Allah kurniakan kekuatan utk ibu2 hamil ni.. semoga berjaya puasa penuh.. hehee.. alahan tu mmg dah, lebih2 lagi bila dah angin satu badan..

    [Balas]

  11. suri says:

    9 bulan tambh 1 bulan ada 10 bula..dan waktu tulah kaum hawa nak bermja dgn suaminya..minta tolong itu nie..heee..

    kaum hawa apalagi rehatlah sja

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, tapi kadang2 tak leh bermanja lebih2.. kang kata ngada je.. hahaa.. tapi mmg bila2 leh bermanja kan..

    mmg perlu rehat byk,esp di bulan puasa ni.. penat..

    [Balas]

    azlan Reply:

    ya

    [Balas]

  12. Artikel Ibu dan Anak…

    … Artikel yang mengulas tentang kesehatan ibu dan anak secara keseluruhan……

  13. Recognime says:

    Met sore. Lagi nyari artikel2 tentang kehamilan di google and direcommended kemari. Ijin baca2 artikelnya and salam kenal ^_^

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Recognime, salam kenal.. semoga maklumat yg de dapat membantu..

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia