Pernah kengkawan rasa gundah gulana? Sedih tak tentu pasal? Huhu.. tak tercapai akalmu suara nak cakap camner kan. Cam tulang terlekat kat kerongkong pun ada gak kan. Kadang-kadang memang kita rasa camtu, sampaikan de tu, tak tahu sebab apa. Rasa je camtu. Pelik kan? (orang kata perempuan memang pelik..)
Kenapa ek terjadi hati gundah ni? Pertama, sebab de perkara yang tak enak berlaku la kan.. Contohnya, de kerja sekolah deadline tak siap, tapi orang atas sudah tanya, bergaduh dengan kucing, boyfriend, atau apa-apa je lah.. Pastu mungkin gak sebab tidur tak cukup. Tapi malam tadi best tidur, annur bangun kul 6.15 apgi, minum susu.. (die tau mama die ngantuk agaknye..)
Hati gundah juge mungkin sebab termimpi kan bekas kekasih jadi raksasa, atau mimpi yang tak best la.. Tapi kan, apa pun itu mainan perasaan. Perlu kita ketahui hanya pada Allah lah tempat kita bermohon dan sujud agar diberikan hati yang indah, berbunga-bunga dan sentiasa dilengkapi iman terhadapNya. Kadang-kadang gundah gulana ni sebab mainan syaitan yang cuba menyesatkan manusia. (jahat sungguh kan die..).
Seperti dari Riwayat Bukhari dan Muslim:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: “Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Sehingga syaitan akan berkata: “Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu, mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Hati gundah juger sebab terfikirkan mak ayah di kampung – al maklumlah bila duduk di kejauhan ni, selalu fikir, apatah lagi bila mak ayah sedih ke, ape ke.. adoi hati.. huhu.. sabar ye.. Apa pun, memang kita perlu sentiasa bermohon pada Yang Esa agar ditetapkan hati, berada dalam iman dan Islam. Anggaplah dugaan yang datang sebagai ujian dari-Nya yang satu.
Kepada mereka yang membuat hati orang gundah gulana (kalau ada la..), janganlah fikirkan kepentingan diri semata-mata. Ingatlah akan orang tersayang dan banyak berjasa pada kita. Moga kita sedar apa yang kita lakukan tu, sebenarnya tidak patut.. Oklah, fikir-fikirkanlah ye..
** Buat mak khasnya, bersabarlah.. moga ada sinar yang menanti di suatu ketika. Jangan gundah-gulana ye mak.. Sayang mak.. Sayang ayah juga.. Sayang semuanya..
- Even on the toughest day, there’s something wonderful to cheer about..
* fiezaradzi – marilah kita muhasabah diri agar kita tidak menyusahkan orang dan moga hati kita sentiasa ceria & berbunga..



February 1st, 2010
fiezaradzi 

Posted in
Tags:
Rasa gundah-gulana, tidak tenang..berkait rapat dgn hati. InsyaAllah jika yang satu ni dijage dgn baik, mudah-mudahan semuanya dalam ketenangan dan ceria..ameen
.-= hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 2nd, 2010 at 1:13 pm
harap-harap camtu la en hafiz.. amin..
[Balas]
salam,
ckp pasal gundah gulana,hati x tenang ni,selalu jgk la alaminya…perasaan mcm ni kdg2 dtg dgn sndri..sbb xtaw nape yg mnyebabkn gundah gulana tu..tu yg plik kdg2..mungkin sbb nye terlalu bnyk hingga sbb utama kita xtaw…hehehe..
.-= azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 2nd, 2010 at 1:06 pm
@azizan4444, mungkin jugak tu.. tapi kdg2 xpe sebab hati jadik sayu.. xtau nape..
[Balas]
Ada bekas kekasih ke??hehehe nnt jeles lak en apiz…huhuhu klakar la bila jadi raksasa hihihi ;0
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 2nd, 2010 at 1:07 pm
@azman, tu cth jer.. saperla nak kt saye.. hahaa..
[Balas]
mm..indah kata-kata kalian! moga kalian sukses abadan abada..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 5th, 2010 at 3:58 pm
@rimba, harap2 semuanya sukses di mana saja..
.-= fiezaradzi´s last blog ..5 Sebab Peminat Liverpool Rela Dikalahkan =-.
[Balas]
Komuniti Fiezaradzi
Berita Terkini
Komen Anda