Pasukan Malaysia Ada Pemain Import

Posted by

Topik hangat sekarang mungkin tiada yang lain selain Piala AFF yang mana pertandingan akhir bakal diadakan di Indonesia malam ini. Jadi, peminat bola sepak negara jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemungkinan besar pasukan negara bakal menjulang juara piala ini buat pertama kali. Setelah menang 3-0 ke atas Indonesia 26hb lalu, peluang Malaysia nampak lebih cerah jika segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita saksikan penentuannya malam ini ye..

Dalam menghadapi final malam ini sedarkah anda bahawa Malaysia sebenarnya ada pemain import? Hal ini dinyatakan oleh media Indonesia apabila dikatakan Kunalan dan Mahali sebenarnya adalah pemain yang diimport. Dari negara mana belum dapat dipastikan. Pendapat saya mungkin Kunalan itu diimport dari Uruguay, dengan nama sebenar Sebastian Kun Alan. Mahali masih belum dapat dipastikan dari mana.

Dan saya rasa de seorang lagi kot, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi  mungkin asalnya dari China, sebab muka dah ala-ala muka orang cina sikit kan.. Sebenarnya Kunalan dan Mahali dituduh sebagai pemain import dek kerana provokasi dari media Indonesia. Terkejut juga dengar ulasan YB Shabery Chik tadi pasal hal ni di tv. Memang tergelak saya dan suami. Adoi, dah tak de idea lain kot dorang ni..

Apa pun, harap-harap isu seperti ini langsung tidak memberi kesan kepada pemain dan peminat bola sepak. Sepatutnya pemain yang dikatakan pemain import tu leh rasa bangga kan.. pemain import ni.. hehee.. Apa pun, selamat maju jaya untuk pasukan negara. Moga boleh membawa pulang piala itu buat julung kalinya…

@fiezaradzi.com – harap semangat kesukanan yang ada tidak membawa kesan buruk buat pemain dan penyokong pasukan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *