Rajin Boleh Dipupuk

Kebiasaan kami membasuh dan melipat baju di hujung-hujung minggu. Di saat ingin menyidai dan melipat baju, saat itulah yang ditunggu oleh anak kecil berusia 2 tahun ini. Jika ternampak abah atau mama mengangkat bakul berisi baju, sibuklah si kecik ni mengangkat bersama. Walaupun hanya memegang ringan bakul berisi baju, namun riak mukanya seolah-olah terlalu berat. Begitu juga di saat melipat baju. Tanpa disuruh, mulalah aktivitinya yang kadang kala menggusarkan hati ibu. Manakan tidak, semua baju yang dilipat adalah baju miliknya. Kadang-kadang baju yang sudah terlipat kemas pun mahu dibuka dan dilipat semula. Kalau cantik macam mama lipat (mama yang perasan), ok la kan. Ini kadang-kadang digulung-gulung macam roti gulung. Biarpun begitu, selalunya saya dan suami membiarkan sahaja, sebabnya jika dihalang, nanti tak nak pula dia melipat baju. Berfikr juga, mungkin ini boleh memupuk sifat rajin supaya bila besar tidak perlu diarah-arah berlebihan.

Sebenarnya sifat rajin ini boleh dipupuk. Bukan setakat sifat rajin, malah sifat baik lain boleh dipupuk dalam diri anak-anak, yang penting mulakan dari awal dan kita punya kesungguhan. Bagaimana ingin memupuk sifat rajin ini?

  1. Sentiasa mintak pertolongan anak-anak biarpun perkara yang kecil – Minta tolong dengan nada, intonasi yang gaya yang sesuai. Kadang-kadang anak-anak ini perlu kena dengan situasi. Tak salah meminta dengan cara baik dan bukannya dengan mengarah-arah.  Lagi pun, memang mintak tolong perlu baik-baikkan. Kalau tak, tak de orang nak tolong. Tetapi, perlu diingatkan jangan pula kita kecewa sekiranya anak tidak mahu menolong.
  2. Adakan jadual tugasan. Kadang kala cara ini perlu bagi memastikan anak-anak bukan sahaja rajin, malah berdisiplin. Mungkin pada peringkat awal, anak-anak kelihatan seperti keberatan, namun lama-kelamaan, dengan pertolongan ibu bapa dan ahli keluarga lain, aktiviti ini mungkin akan memberi satu keseronokan buat anak-anak.
  3. Mulakan ketika di peringkat awal pertumbuhan anak-anak. Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Memang benar. Anak-anak jika diajar cara yang kasar, maka tidak mustahil besar nanti, mereka turut bersifat kasar. Jadi, apa salahnya, sifat rajin ini kita terapkan sejak awal pertumbuhannya.
  4. Tidak salah memberi pujian atau ganjaran setelah anak-anak berjaya melaksanakan tugas yang diberikan. Paling kurang, “rajinnya anak mama ni”, atau “pandailah anak mama susun buku ni. Cantik, kemas pulak tu”. Atau jika sedikit berkemampuan, sesekali bawa anak anak makan makanan lazat, masakkan makanan kegemarannya atau bawa berjalan-jalan. Kadang-kadang hadiah yang kecil juga boleh jadi besar jika kena gayanya. Katakan pada anak ganjaran ini kerana anak-anak berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan baik.
  5. Beri contoh terbaik. Ibu bapa sebenarnya dijadikan model bagi anak-anak dalam menilai asas kehidupan. Percaya atau tidak, anak-anak terutamanya di peringkat bayi atau peringkat awal kanak-kanak, selalunya menjadikan aktiviti ibu bapa sebagai ikutan, sehinggakan di mana kita membuang sampah turut diperhatikannya. Jadi ibu bapa perlu sedar bahawa tindak tanduk yang betul dan baik sangatlah perlu dititik beratkan supaya perkara yang baik itu diikuti oleh anak-anak.
  6. Libatkan diri anak-anak ketika adanya sebarang majlis di kawasan kejiranan. Sungguh, dulu saya tinggal di asrama, jadi sangat kurang aktiviti kejiranan yang penuh dengan sifat tolong-menolong dan gotong-royong ini. Namun, saya sedar kadang-kala majlis seperti inilah yang merapatkan hubungan kejiranan dan juga dapat membantu proses pembelajaran anak-anak. Percayalah, anak-anak yang didedahkan dengan aktiviti kejiranan ini kadang-kala lebih rajin dari mereka yang hanya duduk terkurung di dalam rumah. Namun begitu, batas-batas pergaulan anak-anak masih perlu dijaga agar mereka tidak lupa akan batasan dalam agama.

Sebenarnya rajin ini boleh dipunyai secara semula jadi dan juga dipupuk. Tidak ramai yang dilahirkan dengan sifat ringan tulang ini dan selalunya mereka ini tidak perlu bersusah payah diajar. Bagaimanapun, ia bukan satu sebab mengapa anak-anak tidak boleh diterapkan sifat rajinnya.

@fiezaradzi.com – Sesungguhnya Allah Taala mengasihi hambaNya yang Mukmin yang berusaha (Riwayat al-Tabrani).

Share/Save/Bookmark

Most Commented Posts

31 Responses to "Rajin Boleh Dipupuk"

  1. fdhelina says:

    aduhai kak..ank sy cuma reti nak menyepahkan jer…grrrr..dh nmpk baju dh lipat, sengaja je rosakkan..uwaaaaa
    fdhelina´s last blog ..Mcm kucing mkn anak!! My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @fdhelina, biasa la tu farra, budak2.. sama la anak kita… nak lipat cara die.. mmg pening lau abah die tak de..
    fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk My ComLuv Profile

    [Balas]

  2. Eyl says:

    harap2 la sy ni anak yang rajin jugak :p hehe
    Eyl´s last blog ..World Cup Logos This Millenium My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Eyl,boleh.. boleh..mesti boleh rainnye.. hehe
    fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk My ComLuv Profile

    [Balas]

  3. etomyam says:

    tips yang berguna ni, elok bagi pendedahan awal untuk tingkatkan self confidence anak2 :D
    etomyam´s last blog ..Terkini- Jawatankuasa Fatwa Benarkan ESQ Secara Bersyarat My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @etomyam, harap2 dapat mbantu.. lau kena gaya, mmg boleh jadi cmtu..
    fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk My ComLuv Profile

    [Balas]

  4. kulanz says:

    terima kasih kongsi perkara ni..
    kadang memang agak susah memupuk anak2 ni. tapi kalau kena dengan caranya, insyaAllah memang boleh.. sebab anak2 ni mudah dilentur kalau kena caranya
    kulanz´s last blog ..Apa Alternatif Jika Streamyx Bermasalah My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @kulanz, betul tu.. mmg lau boleh, mulakan awal.. lau diizinkanNya, mmg insyaallah, jadi..
    fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk My ComLuv Profile

    [Balas]

  5. Kujie says:

    alamak………………..perkara paling malas…nak lipat kain!
    Kujie´s last blog ..Ku Tunggu Ku Nanti My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Kujie, samalah kak jie.. tapi disebabkan tak de orang lain kat rumah tu, kena gak la.. lau tak, menimbun baju2 kang..
    fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk My ComLuv Profile

    [Balas]

  6. samdaddycool says:

    Melenture buluh biar daripada rebungnya.. memang dah ditekankan dalam masyarakat kita sejak berzaman. tapi saya pun ada persamaan dengan yang ni, “tinggal di asrama, jadi sangat kurang aktiviti kejiranan …” lama juga saya nak pulih daripada sindrom kera sumbang akibat duduk asrama.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @samdaddycool, sama la.. bila dah berkeluarga ni, baru ler pulih sikit demi sikit.. lau tak, malas sungguh nak pergi kenduri wpun satu kg dulu2.. skg ok sikit la..
    fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk My ComLuv Profile

    [Balas]

  7. zik says:

    hah…tiba2 semangat nie.. .. tapi rajin zik kadang2 bermusim..huhu
    zik´s last blog ..Senarai Universiti cemerlang IPTA dan IPTS 2009 My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, haha.. at least de gak rajinnya tu zik.. ok la kan.. selalunya lelaki ni boleh dimaafkan sikit.. tapi lagi bagus lau rajin.. hehe.. tak pe, nnti2 rajin selalu le tu..
    fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk My ComLuv Profile

    [Balas]

  8. Mr.Z says:

    didikan sejak dari kecil penting kan.. jika kita didik dengan perkara2 baik, lama2 anak tu pun dah terbiasa membuat perkara2 baik itu :)
    Mr.Z´s last blog ..Ranking Website Paling Popular di Malaysia! My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Mr.Z, mmg betul pun.. cuma kdg2 tu pelik tgk mak ayah yg anak buat salah, tapi diam je.. alasannya anak kecik lagi.. pada saya sejak kecik la kita nak ajar kan… bila besar nanti, tak jadik dah..

    [Balas]

  9. azman says:

    ermmm dh lama xjumpe annur nie…msti dh besar kn

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azman, dah besar dah azman.. pot pet..pot pet mulut die.. tapi depan org, senyap..

    [Balas]

  10. Bina says:

    salam.

    betul, sikap yang baik kena pupuk sejak anak kecil.

    good sharing.
    :)

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Bina, kan.. lau kena gayanya, insyaallah, berjaya..

    tima kasih juga singgah sini..

    [Balas]

  11. mashita says:

    betul. rajin memang boleh dipupuk. asal kita mahu.
    mashita´s last blog ..The History of Asbestos-Related Mesothelioma My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @mashita, tul tu.. saya setuju..

    [Balas]

  12. Wan Perlis says:

    didikan dari kecil amat penting
    boleh guna tips kak fieza bila dah bekeluarga
    Wan Perlis´s last blog ..Forum Pilihan My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Wan Perlis, insyaallah..moga2 dapat dipraktikkan..

    [Balas]

  13. azizan4444 says:

    saya masa kecik rajin jgk orgnya..tp bila da bsr ni..mls je..adkh sya x dididik dgn btol atau keadaan persekitaran yg mempengaruhinya?..hehe
    azizan4444´s last blog ..Kebahagiaan Dalam Perpisahan bukan lagu tema piala dunia 2010 My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azizan4444, itu mungkin persekitaran tu.. tapi…. bukan ke si adik jijan ni suka masak, kemas rumah? rajin le tu.. ok pe..

    [Balas]

  14. suri says:

    hai rajin jika perempuan rajin tu mmg bagus..tapi dok tak suka msh ada perempuan yg rajin mengumpat hal tepi kain org apa kes? huhu..

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, yg tu tak bagus utk anak2 & kesihatan.. hehe.. lau kes nak tolong ok la kan, tapi lau setakat ngata2 org, baik tak payah.. tambah dosa ajer..

    [Balas]

  15. sinagarimba says:

    kalau nak bagi anak-anak rajin, kita sendiri kena tunjuk rajin.
    lama-lama anak jadi rajin. insyaallah
    sinagarimba´s last blog ..Padah Jual Air Daun Ketum My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @sinagarimba, tu mmg betul pun..lau mak ayah rajin.. insyaallah, anak2 ikut.. cuma kadg2 de gak yg terkecuali, semua tu dari Allah juga.. ape pun, kita kena berusaha..

    [Balas]

  16. bujang3 says:

    Salam kenal!!!

    Info yang bagus untuk diketengahkan !!! TQ
    bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled