Sinopsis @ Review Mr. Brain

mr-brain
mr brain

Anda suka menonton tv? Atau suka melayan citer drama? Bagi kaum hawa khususnya, saya percaya ramai di luar sana suka menonton drama, terutamanya drama korea atau jepun (termasukler saya..). Aktiviti ni biasanya saya buat sewaktu masa lapang. de masa lapang ek.. Kalau dulu ingat lagi, time belajar, sampai ke subuh sebab buat marathon drama-drama jepun nih. Nasib baik gi kelas tak tidur.. Tapi sekarang kalau malam, cukup untuk satu episod jer.

Berbalik kepada topik sebenar, semalam baru je tamat tengok cerita Mr. Brain. Drama jepun, pelakon utamanya Kimura Takuya, disiarkan di Jepun 2009. Cerita ni berkisar tentang Tsukumo (Takuya) seorang neurologist yang berkhidmat di IPS (Institute of Police Science) – satu institut lebih kurang macam forensik. Teknologi kat sini sangatla canggih. Tsukumo seorang yang bijak, lebih suka menganalisa otak manusia.

Macam-macam kejadian berlaku yang melibatkan pembunuhan. Dalam pelbagai siri pembunuhan inilah, Tsukumo membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes. Ada juga kes yang melibatkan skandal orang atasan yang berjaya dibongkar semula. Persepsinya juga telah mengubah suasana berkerja di institut tu.

YANG MENARIK

  1. Personaliti Tsukumo yang berjaya menjadikan cerita ini serius/misteri, pada masa yang sama unsur kelakar tidak dilupakan. Juga tindak-tanduknya yang tidak diduga.
  2. Fakta-fakta kebenaran terselit dalam cerita ni; contohnya memang benar sarapan pagi boleh menjana minda, pisang adalah sesuatu yang bagus untuk minda – macam cerita NCIS, CIS Miami
  3. Kejadian/jalan cerita yang membuatkan kita tertunggu-tunggu/ jalan cerita yang kadang-kadang di luar jangkaan kita – sama gak cam CIS atau NCIS, tapi bukan seperti cerita Forensik kita tu…
    – yang ni sampai membuatkan kita pulak yang teka-teka sendiri – jadik pengamal cerita jap..
  4. Teknologi yang hebat. Komputer tu macam meja yang boleh ditekan-tekan jer.. Saya harap saya de satu kat rumah.. :D
  5. Hubungan baik yang ditonjolkan dalam setiap karektor membuatkan semua rasa rapat jer..
  6. Of course pelakon la kan..

YANG KURENG

  1. De 8 episod je, membuatkan rasa tak puas nak tengok lagi.
  2. Rasanya patut dibuat sambungan, sebab macam de je leh sambung.

Overall, cerita ni best. Sampaikan suami saya pun layan cerita nih..

PELAKON

takuya kimura
takuya kimura

Kimura Takuya – Tsukumo Ryusuke

ayase haruka

ayase haruka

Ayase Haruka – Yuri Kazune

mizushima hiro

mizushima hiro

Mizushima Hiro – Detektif Hayashida

kagawa teriyuki

kagawa teriyuki

Kagawa Teruyuki – Tanbara Tomomi

Di samping watak sampingan lain

Kredit gambar kepada pak cik google

@fiezaradzi – kalau nak tahu orang menipu camner, leh la tengok citer nih..

Related Post

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

12 Responses to “Sinopsis @ Review Mr. Brain”

  1. x-po says:

    nape la rmai pmpn yg ske tgk cite jepun ek? pelik2..haha
    .-= x-po´s last blog ..PENGALAMAN SEBAGAI GURU =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @x-po, sama la nape lelaki suker tgk wwf.. susah nak jawab.. kate syok, mesti pompuan kate tak syok pun..
    tapi mungkin sebab santai kot, so, rasa rileks bila tgk..

    [Balas]

  2. hafizmd says:

    Memang citer ni cukup-cukup best dan syok. Pembawaan karakter yang cukup menjadi dan jalan cerita yang cukup menarik. 5/5 untuk citer ni..yeahh..
    .-= hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, giler aa… markah penuh nih.. byak2 thumbs up..

    [Balas]

  3. azman says:

    Hahahaha pasni apiz dh xleh tipu lg la…nnt kantoi huhuhuhu

    [Balas]

    hafizmd Reply:

    @azman, tak juge Man, sebab aku dah tahu tektik-tektik untuk elak kantoi..hehehe
    .-= hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, nmpaknye ade hati nak nipu nih…

    [Balas]

  4. Fieza says:

    Sorry lambat komen!

    Saya pon dah tengok Drama nih!! Best!! Sekarang boleh senang detect orang tu berbohong atau tidak… hehehe :P
    .-= Fieza´s last blog ..Mari muhasabah diri =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Fieza, kan fieza.. fieza, dulu dok jepun xjumpe ke pelakon jepun?

    [Balas]

    Fieza Reply:

    @fiezaradzi,

    Saya jumpe Takuya Kimura kat Jepun lah!
    Saya pergi konsert SMAP tahun 2003, 2005.
    Tahun 2006 saya beli tiket kapal terbang sendiri pi jepun sbb nk pi konsert jumpe Takuya!!

    hehehe
    .-= Fieza´s last blog ..Mari muhasabah diri =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Fieza, wah.. syoknye.. haha… SMAP still glamer lagi ek..

    [Balas]

  5. Fieza says:

    Still glamer…

    Orang kata lagi tua lagi hensem gituh… hahahah
    .-= Fieza´s last blog ..Mari muhasabah diri =-.

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia