Siti Nurhaliza Menang Lagi

Ada tengok Anugerah Bintang Popular (ABPBH) tak malam tadi? Dek kerana tv de 6 siaran jer, tengoklah anugerah ni.. Kot-kot penyanyi saya menang??? Saper tuh..?? Huhuu.. die tak menang, die buat persembahan jer.. Saper dia kalau bukan Faizal Tahir..

abpbh
antara finalis dan pemenang ABPBH 2009. Edit gambar from here

Biar pun tak menang, penyanyi lelaki popular dimenangi oleh Aizat, yang layak menang sebab bakat yang ada. Penyanyi wanita sudah tidak dapat digugat oleh Datuk Siti Nurafiza eh Siti Nurhaliza, sehinggakan terdengar beliau berkata tahun ini mungkin tahun terakhir bertanding dalam ABPBH ni. Tak tau betul ke tak, tengok jer la tahun depan. Apa pun, memang Datuk Siti terbaik. Setuju??

Jom tengok senarai pemenang popular lain…

  • Pengacara TV Lelaki – Aznil Hj. Nawawi
  • Pengacara TV Wanita – Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki – Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita – Fara Fauzana
  • Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface
  • Artis Komedi Lelaki – Nabil
  • Artis Komedi Wanita – Noorkhiriah
  • Artis Baru Lelaki – Black
  • Artis Baru Wanita – Yuna
  • Pelakon TV Lelaki – Remy Ishak
  • Pelakon TV Wanita – Tiz Zaqyah
  • Penyanyi Nasyid – Rabbani
  • Penyanyi Lelaki – Aizat
  • Penyanyi Wanita – Datuk Siti Nurhaliza
  • Pelakon Filem Lelaki – Que Haidar
  • Pelakon Filem Wanita – Liyana Jasmay
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Khatijah Ibrahim

Dan dalam ramai-ramai ni sudah semestinya, ramai yang tertunggu-tunggu bintang yang paling bercahaya tahun 2009..

  • Bintang Paling Popular – Datuk Siti Nurhaliza

Dapatlah Datuk Siti sebuah kereta Grand Livina.. uish.. best nye kalau saya yang dapat kan.. Persembahan oleh artis-artis – de yang ok, de yang best.. Lagu-lagu lama KRU dan Feminin.. Rasa lagi best kalau dorang yang nyanyi kan.. Tapi masing-masing sudah punya komitmen sendiri.. Sebab yang dinyanyikan malam tadi kedengaran sedikit terputus-putus dekat telinga comel saya ni.. hehe..

Apa pun, adat pertandingan.. ada menang, de kalah.. Kalah, cuba lagi.. Tahniah kepada semua pemenang..

@fiezaradzi.com – Saper nak bagi kereta free kat saya?? heheee..

Related Post

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

34 Responses to “Siti Nurhaliza Menang Lagi”

  1. todin says:

    hahaha.. harus laa dato siti nurhaliza yg menang…

    tapi yg tak tahan siti nurafiza tuh.. wakakka…

    [Balas]

    hafizmd Reply:

    @todin, ape yg tak tahan todin?tak fahamla..lalalala
    .-= hafizmd´s last blog ..7 cerita menarik hari ini… =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @todin, sekali sekala pe salahnye.. kuikuikui…

    datuk siti nurafiza leh gak dapat kereta, dari datuk hafiz.. hahhaaa..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

    hafizmd Reply:

    @fiezaradzi, ooo..baru perasan yg todin tulis name tuan punye blog..hahahah..

    p/s – dapat kete?insyaAllah..ameen
    .-= hafizmd´s last blog ..7 cerita menarik hari ini… =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, tau tak pe.. itu la yg kite nak..hehe
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

    nuaeman Reply:

    @fiezaradzi, Baru perasan , Misai datuk hapiz sama cam datuk k jugaklah..

    [Balas]

    hafizmd Reply:

    @nuaeman, hahahahhahahaha……akhirnye…hahahahaha

    p/s – misai carik makan ni..hehehe

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @nuaeman, nih 1st time saya dgr org cakap camni..hahaa.. saper lagi hensem..?? hahaa

    lau datuk ct dgn datuk k, saya ‘datuk’ ct dgn ‘datuk’ h.. hihii
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Selamat Untukku, Selamat Buat Semua =-.

    [Balas]

  2. suri says:

    salam ceria..
    huhu..dah mmg rzki dia..harp2 kata ct benarlah gamaknyer..

    bagilah org lain pula apa slhnya utk mrka tonjolkan bakat msg..huuh
    .-= suri´s last blog ..Woi, Bro Ada Masalah Ke?? =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, itulah.. mmg bagus bagi bakat lain pulak.. tapi cam tak de pesaing ct la lau ct undur diri..

    [Balas]

  3. boss says:

    siti menang lagi.. hmm mmg rezeki dia la tu..
    .-= boss´s last blog ..Saya layak untuk dapat Gold Card credit card? =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @boss, mmg tak dapat dinafikan la.. igt aizat or faizal tahir malam tu, tak pun fafau..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  4. khairil says:

    macam dah boleh agak je dia nak menang tahun ni..huhu
    .-= khairil´s last blog ..Istimewanya Maher Zain =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @khairil, oo.. gitu ek.. bagus tok nujum nih.. tepat sekali.. ke de ngundi nih? hehe
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  5. azizan4444 says:

    tahniah bt datuk ct..penghargaan terakhir bt datuk dlm abpbh ni…lps ni ad peluang la artis bru nak merasa slps datuk x sertai lg.hehehe

    bajet aizat akn dpt mlm td..tp agk sukar..hehee

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azizan4444, itu la.. mg yg dapat anugerah lepas ni deserve macam datuk ct.. berbakat, bukan sbb glamer jer..

    aizat lum byk peminat cam ct kot.. mgkin baru lagi.. tak pun peminatnye tak ngundi nih..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  6. Nadri says:

    bagi lah peluang artis lain menang anugerah bintang popular tuu..asyik dia jer yg dpt..dkt malaysia dah xde artis lain ker???
    .-= Nadri´s last blog ..Perginya Seorang Pelawak & Penghibur =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Nadri, mgkin die yg paling glamer kot.. tapi sejak kemunculan die, susah artis wanita lain nak glamer cmtu kan.. hihii..

    datuk ct kate tahun ni last.. die pun tak larat nak naik stage amek hadiah agaknye..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  7. kulanz says:

    Kemenangan Dato’ Siti Nurhalizah mmg tak dapat disangkal.. masih minat Siti sampai sekarang.. :)
    …tahniah jg kpd pemenang lain..
    .-= kulanz´s last blog ..Beg Duit Hilang, Nak Buat Macam Mana? =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @kulanz, mmg ct ramai peminat kan.. nak tanya, sedih tak masa ct amek keputusan kawen dgn datuk k?? hihiii
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  8. etomyam says:

    tahniah Rabbani…hehehe
    .-= etomyam´s last blog ..Kesatria Poyos : Game Facebook Berbahasa Melayu =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @etomyam, tahniah.. saya suka raihan, tapi sejak nazri dh kuar ni.. dh kurang sikit berita dorang.. kump nasyid lain pun slow sikit skg nih..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  9. azman says:

    Hahahahaha….tahun nie mmng xde yg popular selain ct…dh yg lain2 merudum populariti diorang…

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azman, ni dr peminat ct nih.. artis lain de gk, cam aizat &ft, tapi tak cukup undian agaknye..bukan rezeki dorang la tu..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  10. Wan Perlis says:

    malam abp tu tgk live epl :)
    kaya2 artis yg menang
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Wan Perlis, ni peminat bola.. astro lum sampai kt rumah ni, jadi tak leh tgk.. hope dpt tgk bayern – man u..huhu
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  11. zik says:

    warghh FT tak menang sedeynya… hehe… hurm kepada yang menang tahniah diucapka… yang tak menang cuba lagi tahun depan.. :-)
    .-= zik´s last blog ..Revolusi handphone ku. =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, sedey jugak zik.. igt die yg naik stage amek hadiah mlm tu..huhuu
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  12. Hidier says:

    hebatnye datuk CT..ingtkn lepas kawin akan tenggelam..
    .-= Hidier´s last blog ..Cinta jarak jauh… Tegakah kita mempertahankannya? =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Hidier, skg trend dh ubah.. kawen tpi still bbakat, msih diterima.. rasanye personaliti datuk ct yg buatkn ramai yg masih minat die.. nyway, die mmg bagus..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  13. joegrimjow says:

    semakin kaya la siti
    hehe

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @joegrimjow, mmg ct kaye dah.. lagi kaya..hahaa. rezeki die tu..kan??
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.

    [Balas]

  14. hairi says:

    memang dato’ siti sangat layak!
    beliau memang artis idola sepanjang zaman.
    belum ada siapa lagi yang mampu kalahkan beliau..
    hehe~ ^_^
    .-= hairi´s last blog ..Inginkan makanan PERCUMA??? =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hairi, mg setakat ni lum de sesape dpt kalahkan ct… mmg hebat la kira..yg lain kejap je naik, pastu tah la.. mmg dh ditakdirkan utk ct gitu kot..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Selamat Untukku, Selamat Buat Semua =-.

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia