Orang buat blog, saya pun nak buat juga

Posted by

Assalamualaikum,

Puasa tak hari ni? Bagus kalau berpuasa. Allah suka.. Rasa lama tinggal blog, sebab baru-baru ni balik kampung kan.. Apa pun, selamat berpuasa buat semua..

Kalau dulu, blog tu apa pun tak boleh tahu. Sekarang ni, budak sekolah pun ada blog.. Bahkan ada pertandingan lagi, pertandingan cipta blog di kalangan budak sekolah. Memang advance kan.. Bercakap tentang blog, dari mana datangnya idea untuk menulis entry. Kalau yang sehari berpuluh entry kan, lagi la.. mana la datangnya idea kan..

PEMBACAAN

Tak kisah la baca dari buku ke, majalah ke, dan juga dari surat khabar. Tapi bukan spesis yang copy paste ye.. Yang ni walau pun diambil dari sumber tertentu, ayat masih lagi diolah dan ada kredit di dalam entry. Banyak maklumat boleh diambil dari pembacaan ni. Bak kata orang, banyak membaca, luas pengetahuan.

MENONTON

Sama ada menonton berita, atau iklan di televisyen, mahu pun menonton video youtube dan sebagainya, banyak idea boleh dikongsi. Ada yang menjadikan yang tersirat di sebalik yang tersurat. Nak lagi senang, upload saja video yang ditonton untuk tatapan ramai..

BERBUAL-BUAL

Selalunya idea datang jugak dari konsep ni. Dalam kereta nak balik kampung, atau nak balik dari kerja, berbual-bual dengan pemandu a.k.a encik suami, ada saja perkara yang terkeluar. Lepas tu cakap, “okay, ni dah chop nak masuk blog. Jangan curik ye.. Hehe..” Kadang-kadang tu berebut nak chop dulu.. chop tu apa? Chop tu orang penang selalu sebut, yang maksudnya lebih kurang ‘booked’ la..

PEMANDANGAN PERSEKITARAN

Ada juga yang menjadikan alam dan manusia di sekitarnya sebagai satu idea untuk menulis. Ye lah, kadang-kadang ada perkara berlaku yang menjadikan satu informasi untuk tatapan semua. Bahkan ada blog personal yang hanya menceritakan tentang diri dan perkara yang berlaku pada dirinya saja. Tak da masalah…

COPY PASTE

Amalan ni lebih baik tidak dibuat. Ada yang copy paste bulat-bulat tanpa ada sumber rujukan atau kredit. Ada juga yang copy paste dari akhbar dan masukkan sebagai entry. Yang lebih baik kalau sesuatu berita tu dibuat sedikit pengubahsuaian dalam ayat (pastikan cerita tidak diolah sama sekali – kalau tak, berita palsu pula disebarkan..) atau beri penghargaan kepada sumber salinan.

Kalau korang, mana satu yang korang suka? Di sebalik kita membuat satu entry, perlu pastikan etika sebagai blogger tidak disalah gunakan.. Gunakan kepintaran kita sebaik mungkin supaya dapat memberi yang terbaik untuk blogger lain.

@fiezaradzi.com – kadang kala ada tersalah bahasa, maafkanlah.. kadang kala tak de idea untuk blog, harap masih sudi singgah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *