5 Peristiwa

Salam. Macam-macam boleh berlaku walaupun dalam masa sehari kan.. Berikut adalah antara 5 peristiwa penting yang terjadi dalam waktu terdekat ni:

Gambar diambil semula dari keratan berita harian

  1. Tsunami Melanda Mentawai
    Selepas gempa bumi kuat 7.7 skala Richter melanda Indonesia ini, ombak tsunami yang melanda Mentawai telah meragut sekurang-kurangnya 113 nyawa dan 502 orang masih dilaporkan hilang.
  2. Letusan Gunung Merapi
    Seramai 25 orang telah dilaporkan menjadi mangsa gunung Merapi ini termasuk penjaga tradisi gunung tersebut. Pelajar Malaysia yang berdekatan dengan kawasan itu dikatakan sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
  3. Pilihan Raya Kecil Galas dan Batu Sapi
    Menyaksikan satu lawan satu di Galas apabila calon BN, Abd Aziz Yusoff akan menentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, manakala di Batu Sapi pula 3 calon disahkan bertanding dengan masing-masing diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin (BN), Ansari Abdullah (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP). PRK kedua-dua kawasan akan diadakan pada 4 November depan. Jadi, penduduk di kedua-dua kawasan, sila mengundi ye.
  4. Paul si Sotong Glamer Mati
    Paul, sotong yang menjadi perhatian semasa Piala Dunia 2010 dikhabarkan telah mati di rumahnya pada usia 2 tahun. Paul menjadi popular selepas berjaya meramal nasib pasukan Jerman pada Piala Dunia dan juga meramal keputusan akhir temasya sukan itu. Setakat ini Paul disimpan dalam bekas simpanan sejuk dan pengurus pusat jagaan Paul berkata kemungkinan besar mereka akan membuat makam khas untuk Paul si sotong ini.
  5. Final Piala Malaysia 2010
    Bakal menyaksikan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan bertarung merebut gelaran juara musim ini. Bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 30 Oktober ini, pelbagai insiden berlaku termasuk peningkatan harga tiket yang akhirnya menyaksikan KAFA terpaksa menetapkan harga asal RM30 seperti yang ditetapkan FAM. Peminat-peminat bola dan penyokong kedua-dua pasukan silalah rajinkan diri anda. Dan harap-harapnya tiada insiden kekecohan lain bakal berlaku.

Macam-macam perkara berlaku. Bersyukurlah sebab negara kita masih selamat dari ancaman bencana alam yang semakin tidak menentu ini.

@fiezaradzi.com – Dalam sehari banyak kali makan. heheee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge