Sukan

5 Sebab Peminat Liverpool Rela Dikalahkan

Salam buat semua. Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa blog ni tak berupdate kan.. Hehe.. maaf. Bukan disengajakan, tetapi de urusan penting di kampung. Kepada yang meninggalkan komen, insyaallah saya balas nanti dan yang tinggalkan jejak, kita jumpa di blog anda..

watch-sunderland-vs-manchester-united-live-free-stream-video-online

terima kasih gambar : sini

Ok, bebalik kepada topik asal. Seingat saya, ada terbaca di akhbar hariĀ  Sabtu lalu mengenai peminat-peminat Liverpool yang mengatakan rela pasukan mereka dikalahkan oleh Chelsea daripada melihat Manchester United menjadi juara. Ye lah, kang sekarang ni dah di penghujung pertarungan bagi bola sepak EPL ni.. Jadi penentuan antara Chelsea atau MU yang bakal merangkul juara..

Segelintir penyokong Liverpool mengakui lebih rela melihat pasukan mereka tewas kepada Chelsea, daripada menyaksikan United menggondol kejuaraan ke-19.

Ha, anda tahu kenape peminat Liverpool berkata sedemikian? Mari kita tengok 5 sebab peminat Liverpool rela dikalahkan:

  1. Rela dikalahkan oleh pasukan teratas (sekarang ni la) liga.
  2. MU kan dah banyak kali bergelar juara liga.
  3. Malu dengan MU yang tak ramai penyerang glamer, tapi still perform.
  4. Sakit hati sebab Alex Ferguson bukan jurulatih mereka
  5. Dengki dengan peminat setia MU.

Korang de nak tambah? hehee.. Nampaknya malam tadi telah pun menyaksikan harapan peminat Liverpool yang ditanya tu menjadi kenyataan. Liverpool telah kalah kepada Chelsea 2-0, manakala MU menang dengan Sunderland 1-0. Tahniah kepada mereka. Jadi siapa yang anda rasa bakal bergelar juara liga EPL musim ini? Teka, jangan tak teka…

Untuk 5 sebab kat atas tu, jangan ambik hati ye.. Sekadar gurauan.. Nanti tak pasal-pasal blog ni kena serang dengan peminat Liverpool..

@fiezaradzi.com – peace no war.. Sokong bola luar boleh, tapi jangan lupa semangat untuk bola tempatan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge