Adab Semasa Berdoa

Posted by

Salam hari Jumaat, penghulu sekalian hari. Semua orang nak dimakbulkan doa masing-masing kan? Saper tak nak kan? Jadi hari ini mari kita ingatkan kembali diri kita mengenai adab semasa berdoa.

Antara adab-adab yang biasa dilakukan ialah berada  dalam keadaan bersih, berwuduk dan menghadap kiblat. Selain itu, semasa berdoa hendaklah memuji Allah, dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Selain itu, angkatlah kedua belah tangan ke paras bahu ketika berdoa dan hendaklah menyapu ke muka apabila selesai membaca doa. Ia sesuai dengan sebuah hadia yang bermaksud:

Apabila kamu memohon kepada Allah Taala (berdoa) maka pintalah dengan perut-perut tapak tangan kamu dan janganlah kamu memohon akan dia dengan belakang tangannya, kemudian janganlah kamu mengembalikan dia sehingga kamu menyapu dengannya akan muka kamu, maka sesungguhnya Allah menjadikan padanya berkat

Riwayat Abu Daud

Percaya dan yakin sepenuh hati dengan apa yang didoakan supaya diperkenankan oleh Allah. Ini juga membuatkan kita akan bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Berdoalah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk serta perlahankan suara (merendah diri), sebagaimana tersebut dalam surah al-A’raf ayat 55:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan (tersembunyi) kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.

Itulah antara adab-adab yang menunjukkan kita ni hamba yang kerdil, yang memohon sepenuhnya kepada pencipta yang satu. Kalau kita pergi rumah kawan pun ada adab-adab tertentu sebagai orang melayu kan, jadi sebagai orang Islam, lebih-lebih lagi yang diciptakan, tentulah ada adab-adab juga kan?

Diambil dari: Himpunan Doa-doa pilihan, Prof Dato’ Dr. Haron Din & Ustaz Ishak Din

@fiezaradzi.com – Kalau doa kita tak dimakbulkan sekarang, suatu hari pasti ada, sama ada cepat atau lambat, sama-samalah kita berusaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *