Ahli Baru

Posted by

Assalamualaikum,

Lama betul menyepi kan? Sampaikan banyak komen-komen yang ditinggalkan dibiar sepi. Maaf, mood berblog sedikit hilang bila mood nak tengok video ambil ambil. Aiyoo… kata blogger.. Kalau blogger samanosuke04 ‘come back’ kali kelima, blog ni entah, berapa kali tak tahu..

Berita terbaru kami, baru saja dapat kehadiran orang baru dalam keluarga. Ops, jangan salah sangka, bukan anak sendiri, tapi orang utara kata anak menakan. Korang tahu tak, anak menakan tu apa? Bukan anak makan ye..

Memperkenalkan, anak menakan a.k.a anak saudara yang terbaru..

anak saudara

Ini anak pertama adik saya, yang baru lahir 7hb Julai hari tu. Lelaki. Tahniah buat adik dan suaminya. Maaf ye, curi gambar anak letak sini. Ah, dia tak tahu pun, dia tak baca blog ini.

Nak bagi apa kali ni? Biasa bagi baju-baju. Kalau yang ni suruh abah dia bagi mak dia la.. Hadiah untuk si dia yang istimewa.

Ok, ini cuma update ringkas dari saya, yang makan cendol kurang kaw Ahad lalu. Sekian, terima kasih..

@fiezaradzi.com – Malas nak menulis, sebab tu blog tak berupdate. I’m sorry.. (gaya saper ni?)

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *