Lifestyle

Alahan Makanan

Salam semua. Pernah alami alahan makanan atau pernah tengok sesiapa terkena alahan makanan? Saya pernah, bayi saya pernah, ketika itu belum mencecah umur setahun. Terjadi ketika menghantar si kecil tu di taska. Memang sedih hati tengok muka bengkak-bengkak. Huhu.. memang satu pengalaman la.. Tapi yang bagusnya masa tu, si kecil tu boleh senyum-senyum sambil merengek-rengek.. Huhu.. Entry kali ni diharap dapat memberi sedikit info kepada semua.

Alahan makanan adalah satu tindak balas fizikal yang terjadi apabila sistem imunisasi badan tersalah tafsir bahan makanan yang masuk ke badan adalah suatu yang luar biasa dan boleh memberi kesan buruk kepada badan. (Sumber dari sini

Biasanya yang dikenal pasti adalah protein atau nutrient dalam makanan tersebut. Kemungkinan besar terjadi alahan terutamanya apabila makanan tersebut pertama kali diberi (banyak kes pada bayi). Namun, ada juga alahan terjadi biarpun beribu kali mencuba. Semua ini disebabkan oleh kekurangan enzim penghadaman, reaksi toksik yang berlebihan dan kesan farmakologi makanan.

Dalam bahasa senangnya ialah badan anggap ada makluk asing kecil yang tidak dapat dikenalpasti telah mencerobohi badan. 2 hingga 8% kanak-kanak dikesan mengalami alahan makanan, manakala 1% bagi orang dewasa.

MAKANAN PENYEBAB ALAHAN

  1. Susu lembu dan susu soya
  2. Makanan Laut
  3. Kekacang – kacang soya, kacang tanah, kacang panjang
  4. Telur putih

*Lebih baik diperkenalkan kepada anak lebih satu tahun atau lebih

  1. Buah-buahan beri
  2. Telur kuning
  3. Ikan

*Baik diperkenalkan selepas 9 bulan

  1. Daging – termasuk daging ayam dan kambing
  2. Gandum, barli, oat
  3. Jagung

* Lebih 6 bulan

  1. Ubat-ubatan
  2. Sebahagian pewarna, pengawet dan bahan perasa

Selain itu, sekiranya makanan lain yang mempunyai unsur/bahan yang menyebabkan alahan, gejala ini boleh berlaku.

TANDA-TANDA INDIVIDU MENGALAMI ALAHAN MAKANAN

  1. Perut memulas pada bayi
  2. Rasa loya, muntah, cirit-birit dan perut buncit
  3. Selsema, batuk, merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut
  4. Sentiasa resah, tidak nyenyak tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif
  5. Ruam pada kulit, ekzema termasuklah gatal-gatal kulit (terdapat tompok-tompok gatal)
  6. Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas. Kemungkinan besar boleh membawa kepada asma.
  7. Anafilasis – reaksi teruk berhubung dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah, terkejut malah boleh mendatangkan kematian bagi kes yang teruk.

Gejala- gejala ini biasanya berlanjutan dengan cepat dalam pengambilan makanan dalam jangka masa beberapa minit hingga jam.

Alahan makanan sebenarnya tidak merbahaya, namun sekiranya tindak balas yang berlebihan ditunjukkan, sila ambil langkah lebih efektif dan bawa berjumpa doktor.

@fiezaradzi.com – bagi para ibu, susu lah bayi anda dengan susu ibu, sekurang-kurangnya alahan terhadap susu dapat dielakkan.. Itu kan hak anak anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge