Personal

Sudah Seminggu Kita Tidak Bersua

Assalamualaikum,

Hari ni pasti semua sibuk dengan perkara yang satu lagi panas tu kan? Apa dia? Takkan tak tahu.. Apalagi kalau bukan PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA – SINGAPURA. Semua peminat mengharapkan kejayaan berada dalam genggaman Malaysia bila peringkat pertama kalah 3-5 kepada Singapura. Korang ke stadium ke?

Kalau ye, tolonglah sorakkan bagi pihak saya sekali ye. Harap-harap hang tuah milik Malaysia kali ni. Biar menang bagi keseluruhan pusingan. Kalau korang sibuk sorak di stadium, saya cuma mampu sibuk sorak di rumah (mungkin..), di samping sibuk mengemas baju. Dah seminggu (silap, 4 hari), tak jumpa si kecil puteri yang satu tu.. Bila mak ayah saya datang ke rumah kami hujung minggu tu, terasa nak ikut balik agaknya. Jadi kami izinkanlah, sekali sekala je pun.

Itu pun, bila telefon sibuk cakap nak balik rumah gombak (rumah kami le tu..). Tak pe, esok je mama, abah dan adik balik ye.. sabar ye anak mama.. Jadi malam ni sibuk nak mengemas baju, bukan banyak hari pun, tapi sebab excited terlebih, tu yang jadi sibuk tu..  Nak layan video, tak leh upload, jadi tengok gambar je la..

Okay, last sekali, dalam kesibukan jangan lupa tengok Malaysia lawan Singapura malam ni ye..

@fiezaradzi.com – bila anak jauh, sentiasa je ingat kat anak, dah makan ke, tidur ok ke, rindu tak.. macam-macam la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge