Anak Kita, Acuan Kita

Assalamualaikum,

Bila anak membesar, pelbagai ragam dapat kita jumpa. Ada yang baik dan tidak lepas juga yang kurang sesuai dan tidak beradab. Jadi, kita sebagai ibu bapa, perlulah membimbing agar kelakuan mereka tidak melampaui batas.

Anak Kita Acuan Kita

Betullah anak kita, acuan kek kita kan. Takkan acuan orang lain. Kalau tidak apa gunanya kita sebagai ibu bapa. Tetapi di zaman mencabar ini, pelbagai ragam dan tingkah laku ada, walau pun kita sebagai ibu bapa tidak pernah melakukannya. Kalau tidak, tentu tidak ada anak yang merokok kalau ayahnya juga tidak merokok. Tapi, ianya tidak sama sekali. Disebabkan adanya pengaruh kawan, majalah dan budaya lain, maka perokok juga mungkin hadir walau pun genetik asalnya tiada seorang pun perokok.

Sama juga dengan anak-anak di rumah. Kadang kala saya dan suami terkejut dengan tingkah lakunya yang sedikit kasar dan ‘termuntah’nya kata-kata yang tidak pernah kami keluarkan di hadapan anak-anak. Bila difikirkan semula, pergaulan di sekolah atau pun di taska, menyebabkan anak-anak kita yang tidak pernah dan tidak tahu maksud sesuatu perkataan, turut sama menyebutnya. Hendak tak hendak, terpaksa kita terima, TETAPI kita sebagai ibu bapa, perlu katakan tidak akan perbuatan anak-anak atau kata-katanya itu. Jelaskan sebaik mungkin sesuai dengan pemahamannya kenapa tingkah laku atau perkataan tersebut tidak sepatutnya disebutkan.

Contoh lain, kita yang kononnya semakin sibuk dengan urusan kerja, hingga kerja masyarakat tidak langsung kita pedulikan atau pun terlibat. Setiap hari, malahan setiap hujung minggu, rumah kita hanya jadi tempat tidur dan berteduh, malah jiran sebelah kanan, kiri, depan dan belakang pun tidak pernah kita kenali. (Kami tak de jiran depan). Natijahnya, anak-anak turut membesar seperti kita. Bila mereka menginjak dewasa, tidaklah berminat untuk turut serta dalam aktiviti sosial yang dianjurkan. Siapa yang perlu kita persalahkan?

anak kita anak malaysiaTerima kasih gambar

Anak-anak tidak salah, yang salah kita. Tetapi di saat kita sedar, mungkin sudah terlambat. Ada juga ibu bapa yang sedar akan hal itu, sudah menasihati anaknya beberapa kali, namun tidak juga diberi perhatian. Selain ibu bapa, faktor persekitaran memang memainkan peranan yang penting juga. Tapi, kita perlu mengawal dan mencorakkan anak-anak kita. Yang penting, selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak.

Percaya kan, apa yang kita ajar atau didik anak-anak dalam pelbagai perkara seperti makan, minum dan tidur mampu diserap anak-anak yang masih kecil dengan baik.

@fiezaradzi.com – Di rumah, di sekolah dan di luar kedua-duanya, semuanya penting untuk perkembangan anak-anak.

0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge