Anak Oh Anak..

Anak oh anak.. Budak-budak ni kalau tak dipantau, macam-macam kerja dia boleh buat. Dari berimaginasi ada kawan bermain masak-masak hingga ke berlari kejar-kejaran hingga pecah pasu bunga. Ni contoh je ye.. Ada juga kes menconteng aka mencalarkan kereta mak ayah seperti yang pernah dibaca melalui emel. Ada juga kes meniru aksi superhero seperti superman. Macam-macam..

Nak tahu apa kerja si kakak kalau dibiarkan bermain gadget rebutan ramai ni? Inilah padahnya kalau dibiarkan.. Sila lihat gambar..

Nasib baik gak dia hantar gambar yang dia sendiri buat. Kalau de gambar tak senonoh (memang tak de pun), tak ke susah.. nasib baik juga dia tak pandai nak masukkan alamat emel orang, plus nasib baik dalam gadget tu tak de alamat kontek mengontek ni.. Kalau tak, memang kena gelak lah saya ni kan..

Jadi, kesimpulannya, silahlah pantau aktiviti anak anda walau pun dia berada di depan mata. Kang tak pasal-pasal habis draft entry blog turut dipadamnya. Susah pula nak fikir..

@fiezaradzi.com – Banyak juga aplikasi dalam gadget kena install semula gara-gara sekali tengok, dah pandai buat dari si kakak ni.. Kalau adik besar annti, macam mana la pulak… Anak oh anak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>