Anda Jiran yang Baik?

Salam buat semua. Hari ni bermula dengan agak muram. Kenapa ye? Entahlah, ujian Allah ada di mana-mana. Baru semalam saya sedar, gelang di tangan sudah tiada. Gelang yang baru hampir berusia 3 tahun, tak sedar bila kah jatuh ke bumi. Penat cari di dalam rumah, di luar, akhirnya pasrah, mungkin bukan sudah rezeki saya. Tak pe lah, anggap ajerlah itu untuk pembersihan harta. Kalau 3 tahun lepas, segram emas, rm82, sekarang..??? Redha ajerlah, tapi sedih tetap rasa kan.. apatah lagi hasil dari mas kawen..huhuuhuu..

Apa pun, berbalik kepada topik.. Anda jiran yang bagaimana? Prihatin, selalu bersosial (bemarah ramah mesra), atau hanya balik dan kunci pintu dari dalam? Atau pun yang di tengah-tengah (memilih gak la kan..). Bukan pe, saya duduk di kawasan rumah sekarang baru mencecah 6 bulan. kami pula berjiran satu malaysia. Ye lah, kanan india, kiri melayu, sebelah kiri lagi, cina. Pendek kata kawasan rumah, terdiri dari kaum yang berbeza – itu kan 1 Malaysia.

Walaupun pernah dengar, bila berjiran dengan orang yang berbezakaum akan de sedikit masalah, namun di kawasan kami ni, alhamdulillah, masing-masing bertegur sapa dan tidak timbul sebarang masalah. Oh ye, kami antara pasangan yang muda yang tinggal di situ. Boleh dikatakan, jiran-jiran kami agak sebaya atau lebih muda sikit dari mak ayah kami. Ini kerana kawasan tu memang dah lama wujud.. Sejak saya lahir lagi.. wah..

Semalam, pulang dari pejabat, hujan turun dengan sangat lebat. Agak lama di dalam kereta, kerana masih bertolak berkira-kira siapa yang perlu membuka pintu pagar. Akhirnya saya mencapai payung dan keluar. Ketika keluar itulah, jiran berbangsa cina tadi, menghampiri kereta dan menyuruh kami masuk ke rumahnya terlebih dahulu (untuk parking kereta) sambil membawa payung. Mungkin sangkanya, kami lambat keluar sebab ketiadaan payung. Rasa bersalah sangat pula masa tu. Lambat keluar hingga jiran rasa bimbang.. ye?? Sambil menunjukkan payung, ucapan terima kasih saya lontarkan. Tapi, tak tahulah sama ada didengar atau tidak kerana hujan memang lebat. Tapi, senyuman di bibirnya membuktikan pada saya yang jiran saya itu faham, biarpun jika tidak mendengar.

Rasa terima kasih bercampur bersalah tu masih bersarang di pokok kepala. Ye lah, memang saya dan suami selalu bertegur dengan jiran jika berkesempatan. Kadang-kadang kami hanya sempat menghulurkan senyuman. Tapi, ternyata jiran itu memang baik. Pada orang lain, mungkin perkara biasa, tapi pada saya sukar untuk berjumpa jiran yang sebegitu, apatah lagi di kawasan bandar seperti kuala lumpur. Namun, masih ramai yang bersikap prihatin seperti auntie tadi. Ye lah, kalau fikirkan, buat apa kita nak bersusah payah keluar dari rumah, yang di luar tu hujan teramat lebat. Pulak tu ofer masuk parking kereta kat rumah sendiri. Lebih baik duduk dalam rumah, sambil minum kopi atau layan tidur. Kan?? agaknye la…

Oleh kerana kami suami isteri, bekerja dan jarang keluar, kami hanya bertegur sapa jika terserempak. Kadang-kadang berborak, tapi tidak lama. Jika ada buah tangan dari kampung, hanya sedikit yang mampu dihulurkan. Tapi semua itu bukan penghalang untuk menjadi seorang jiran yang baik kan. Paling kurang bila jiran sebelah meminta tolong tengok-tengokkan rumah bila jiran tiada, kita terima dan lakukan yang sebaiknya.  Setiap kali terjaga malam, akan saya bangun dan meninjau (macam polis plak, tapi dari dalam rumah jer la), bila jiran sebelah tiada di hujung minggu. Sebab saya tahu, saya pun akan meminta tolong dari jiran jika kami sekeluarga balik ke kampung.

Alhamdulillah, kesemua jiran yang berdekatan kami semuanya baik-baik. Ada juga yang tidak pernah bertegur, tapi mungkin masing-masing ada sebab yang tersendiri. Ha, ada akak ni, dekat juga dengan rumah, tapi lain blok. Selalu akak ni keluar dari rumah dia kalau ada terdengar atau ternampak sesuatu yang pelik. Dia juga selalu berpesan kepada kami supaya berhati-hati jika ketika itu ada kes kecurian di kawasan rumah kami. Memang rajin dan baik akak nih. MOga saya nak jadi macam akak ni la..

Dalam zaman yang penuh cabaran ni, pada saya memang sangat-sanagt perlu jiran yang baik. Paling kurang, jiran yang boleh kita harapkan. Jadi, untuk memiliki jiran yang baik, kita pun perlu jadi jiran yang baik kan.. setuju??

@fiezaradzi – sediakan payung sebelum hujan… jadi mata-mata gelap bila ada remaja yang cuba bersosial berdua di depan rumah komuniti yang kosong bertentangan dengan rumah. Tak malu, aPa nak jadi dengan remaja sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge