Kreativiti dan Diri

Posted by

Kreatif menurut kamus bermaksud mempunyai kualiti atau kuasa dalam membuat, mengubah supaya membentuk sesuatu perkara. Menurut kamus, asalnya perkataan ini adalah dari perkataan bahasa Inggeris, ‘create’, cuma tambah -ive, jadi creative, yang mana baasa melayunya kreatif..

Korang rasa korang kreatif tak? Ada yang menjadi kreatif kerana berusaha untuk memiliki sifat ini dan ada juga yang sudah dikurniakan bakat kreatif ni sejak lahir lagi. Jadi, kalau banyak membaca, mencari dan mencuba tak mustahil boleh dapat kreativiti ni kan…

Baru-baru ni tengah dalam usaha meng’kreatif’kan bilik anak. Cat-cat dah ok, cuma rasa tak menarik bila masuk bilik. Nak cuba pasang wallpaper kat dinding memang la cantik, tapi perlukan kos yang lebih. Setelah berbincang, kami cuba nak buat sendiri dulu.. Mana la tau, menjadi dan silap-silap boleh buat kerja sampingan.. Hehee.. Bila cakap bab perkara kreatif ni, cukup suka. Kreatif tu, memang tak la, nak melukis, memang subjek gagal dulu. Cuba tengok antara koleksi yang kami dapat..

Ni pun lukis ikut gambar yang sedia ada. Lepas ni, nak mewarna berdua pulak. Ingat nak libatkan si kecil tu, tapi kalau bagi dia, doraemon tu tukar jadi tikus kot.. hehe.. tak la, biar cantik sikit kan.. Nanti dia besar, baru boleh bagi dia buat..

Kalau korang kan, apa agaknya yang korang buat kat bilik masing-masing? Tampal wallpaper kah, atau tampal poster kesayangan korang? Cuba jawab sikit..

@fiezaradzi.com – dulu tak tampal poster, tapi tampal nota-nota kecik, nak-nak time exam dah hampir..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *