April – Bulan Gigi

Assalamualaikum,

April, Bulan Kesihatan Oral – Bulan Gigi. Tanggal 06 April baru-baru ni, kami sekeluarga keluar jalan-jalan. Pertama, air takde, nak buat kerja kat rumah dah tak menjadi je. Alasan je tu. Yang kedua celebrate hari tua. Dah makin menginjak tua dah.

Biasalah, bila ada anak-anak aktif ni, tempat yang biasa kami kunjungi mesti tempat yang tak sesak, tak ramai dan lapang. Kalau kat area kami tu, adalah satu AEON Jusco yang macam tu. Dah selesai makan-makan (mak ayah la makan, anak-anak makan sikit je), pergi bawa anak main-main kereta RM3.00 seorang tu.

Masa jalan-jalan tu, ada pula pemeriksaan gigi secara percuma. Bulan kesihatan oral katakan. Bila tanya si kakak, katanya nak check. Tak de rasa takut pun. Jadi, saya pun daftarkan nama kakak. Dalam dok tunggu-tunggu tu, tanya si adik pulak. Mula-mula katanya tak mahu, walaupun cakap ada hadiah lepas check gigi.

bulan gigi

Cakap-cakap dengan adik, beritahu dia doktor check je, bukan kena cucuk pun. Barulah dia setuju. So, last-last dua-dua nak check up. Lagi dua yang besar tu (mak ayah), gigi dah cantik dah, malas nak periksa lagi. Bila dah sampai giliran kami, masuklah beramai-ramai. Alhamdulillah, kejap je doktor gigi periksa.

“Gigi ok ni. Cantik gigi kakak. Semua tumbuh baik, takde yang berlapis-lapis”, kata Doktor Gigi tu.

“Cantiklah gigi’, tambah doktor lagi. Kakak malu-malu sambil mulut terbuka. Sampai pula giliran adik.

Mula-mula tak nak naik atas katil, bila mama cakap mama teman, baru dia ok.

“Yang ni gigi pun cantik. Ok je. Rajin ke gosok gigi?”, tanya doktor perempuan tu kat adik.

“Rajin”, sepetah je dia jawab.

“OK, gigi cantik. Tak de apa dah. Dah siap”, terus je adik bangun. “So, dua-dua okla ni doktor?”, saya tanya doktor muda tu.

“Ok. Dua-dua ok. Cantik je. Nanti rajin-rajin gosok gigi lagi ye”, tambah doktor tu kat dua-dua anak kecil tu.

“Terima kasih”, lepas dua-dua budak kecik tu cakap, kami pun keluar ambil hadiah – ubat gigi sorang satu.

So, korang apa lagi. Sekarang ni musim kesihatan oral, pergilah buat pemeriksaan percuma di mana-mana kaunter bergerak yang korang jumpa. Kalau tanya mak ayah ni nape tak check sekali, entahlah. Rasanya dah jadi macam Upin Ipin, takut nak jumpa doktor gigi. Sejak dulu.

Tips Jaga Gigi Supaya Cantik

Sejak kecil, takde lah kami bawa anak-anak jumpa doktor selalu. Rasanya kejadian kat atas tu la pertama kali. Yang lain, si kakak biasa check dekat sekolah dia. Tapi yang pasti, antara perkara yang kami buat:

  1. Ajar gosok gigi sejak kecil lagi. Masa dah tumbuh gigi tu, dah mula gosokkan.
  2. Bila dah pandai gosok sendiri, suruh dorang gosokkan. Walaupun kadang-kadang mak ayah jugak yang tolong gosok. Ada kawan pernah tanya kat fb, macam mana nak suruh budak-budak gosok gigi. Saya pun bagi cadangan mak atau ayah gosok sama-sama masa mandi tu. Dan, memang manjadi katanya.
  3. Jarang sekali kami bagi si kakak makn gula-gula. Memang takde la. Bila kakak dah besar dan sekolah ramai-ramai, baru pandai nak makan gula-gula. Adik pun hanya pandai bila kakak dah pandai. Itupun memang kami control pembelian dan pemberian gula-gula.
  4. Tak pernah bagi puting tiruan masa bayi. Sebab asalnya takut susah nak pisahkan nanti. Mungkin tu antara sebab gigi dua-dua tu tersusun je kot.
  5. Belikan berus gigi yang sesuai dengan budak kecil. Macam-macam jenis kami pernah beli, tapi biasanya beli yang budak-budak suka. Tak la selalu beli yang kertun-kartun tu, mahal tu. Kadang-kadang masa beli tanya yang mana satu dorang nak. Libatkan anak-anak supaya dorang excited nak gosok gigi.

Itu je la pun yang ingat. Takde cara khas pun. Mungkin rezeki Allah mudahkan kami jaga anak-anak dari satu segi. Harap-harap bersegi-segilah dalam bab jaga anak ni. Amanah tu. Pun sekali sekala terbabas juga. So, korang yang ada anak kecik, bolehla try praktis dan amalkan. Mana tau, lebih mudah nanti.

Bagi yang ada cara lain untuk jaga gigi anak-anak, bolehlah kita kongsi sama-sama kan. Tak baik kedekut ilmu. Hehee

@fiezaradzi.com – Ada tak berus gigi orang besar yang kartun-kartun?

* Opps, ni dah nak habis bulan April dah pun. Tak pelah, nanti April 2015 korang jangan lupa ye..

4 comments… add one
  1. fiezra 10 April 2017, 5:08 pm

    test.. gigi kena jaga

    Reply
    1. Lavinia 24 April 2017, 12:56 pm

      I think you’ve just captured the answer pecreftly

      Reply
  2. Ira 13 October 2016, 8:10 am

    good kids 🙂

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge