Asam Kerenda

Posted by

Assalamualaikum,

Pokok dan buah asam kerenda. Kenal dengan pokok dan buah ini? Atau inilah kali pertama dengar. Silap-silap baca, boleh baca asam keranda ni. Ada juga buah asam keranda ni, tapi yang pasti bukan keranda yang satu lagi.

Pokok ini kononnya berasal dari India. Macam mana pokok ni boleh tumbuh kat depan rumah mak saya, tak tahu. Agaknya masa pesta Pulau Pinang dulu-dulu, ayah beli pokoknya, atau memang ada di situ, saya tak pasti. Yang pasti, setiap kali pokok ini berbuah, saya pasti petik buat makan.

 photo carissacaranda_zpsd9f9b842.jpg

 photo bungaasamkerenda_zpsf7a4aeac.jpg

Bunga pokok asam kerenda ini warnanya putih, sebelum menjadi buah muda, yang warnanya pink + hijau. Bila dah masak, buah bertukar jadi warna merah gelap (maroon / purple gelap). Masa kecik-kecik dulu, selalu picit buah yang dah masak, dan berlakon, konon-kononnya darah keluar kat jari. Memori!

 photo asamkerendamuda_zps964fb8a7.jpg

 photo asamkerenda_zps3da775a4.jpg

Pokok ni memang sudah susah nak jumpa, mungkin makin pupus atau tak de orang nak makan buahnya yang masam tu (saya nak). Walaupun masam, tapi ada cara untuk makan dengan sedap buah ini. Ini caranya:

  1. Petik buah dari pokok
  2. Tumbuk kasar. Lagi best guna lesung batu.
  3. Tambahkan gula dan kicap, gaul sebaiknya.
  4. Makan. Uih, sedap tak terkata.

Nak lagi sedap, letak dulu dalam peti ais, bagi sejuk. Suami yang tak berapa gemar masam pun boleh layan.

Kebaikan dan kelebihan asam kerenda

Nama saintifik bagi asam kerenda ini adalah Carissa carandas. Jadi, kenapa panggil asam kerenda, korang boleh agak kot. Kalau kat India, buah ini dibuat ‘pickle berry‘. Masa petik buah asam kerenda dari pokoknya, akan ada sedikit getah berwarna putih dari tangkainya. Tercari-cari juga apa kebaikan getah tu, tapi belum bertemu setakat ini. Selain itu, rantingnya penuh duri, sedikit menyukarkan masa nak petik buah. Tapi ku turutkan hati, petik juga sebab dah suka.

Kata mak, pernah bacaan darah mak tinggi, dan balik rumah mak makan buahnya macam yang saya buat. Lepas mak pergi buat pemeriksaan sekali lagi, bacaan turun. Entah sebab buah tu ke sebab lain, saya tak tahu. Tapi kata mak, ia memang berkesan (macam iklanlah pulak). Tak tahulah pulak kalau boleh bakar lemak atau kolesterol kan…

Selain kesan yang belum dipastikan betul atau tidak seperti di atas,buah asam kerenda dikatakan kaya dengan sumber besi (iron), yang boleh digunakan dalam merawat anemia. Vitamin C juga boleh didapati dari buah ini. Buah yang masak pula dikatakan mengandungi pektin dan boleh digunakan untuk membuat jem. Sumber: wiki

 photo asamkerendamasak_zpsddc4dc16.jpg

Ini buah yang sudah masak

Maaflah, terlupa nak ambil gambar bunga pokok ni dan buah yang dah masak. Kedua-dua gambar yang saya maksudkan tu diambil dari wiki dan juga google. Tiga gambar lain tu, memang ambil kat depan rumah dengan camera handphone (tak perlu nak cakap).

@fiezaradzi.com – Dalam peti ais, ada lagi buah ini. Balik kejap lagi, nak makan lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *