Lifestyle Makan

Ayam Penyet Jalan Gombak

Assalamualaikum,

Baru-baru ni ada seorang rakan suami memperkenalkan satu kedai ayam penyet di Jalan Gombak. Kami biasa makan ayam penyet, tetapi bukan di kedai yang disebutkan. Nak bercerita tentang nasi beriani, kedai pun dah tutup, jadi cerita pasal nasi ayam penyet la pulak.

Rata-rata nasi ayam penyet di Kuala Lumpur berharga RM7.00 ke atas. Banyak cawangan jual nasi ayam penyet ni seperti Ayam Penyet AP, Ayam Penyet Best dan lain-lain. Tapi kedai yang biasa kami pergi, harganya RM5.50, sebab kedai biasa-biasa saja, bukan ala restoran. Tapi, sedap.

Minggu lepas, rakan suami ajak ke kedai yang biasa dia kunjungi. Kedainya, memang orang Indonesia yang masak. Nasi ayam penyet kampung, ayam penyet biasa, bakso dan lain-lain makanan Indonesia ada di sini.

"ayam penyet"

Nasi ayam penyet kampung. Jangan terkejut, harganya hanya RM6.00. Ayam memang puas hati makan, cukup besar. Ada pulak pucuk ubi, tauhu, tempe dan kobis putih. Nasi pun banyak, kongsi dengan anak pun masih mengenyangkan. Cuma, sambalnya bagi kami, tidak cukup bagi penggemar makanan pedas. Jadi, harus mintak sambal tambah ye.

Pendek kata, memang puas hati makan nasi ayam penyet di sini. Baru beberapa hari lepas, kami kunjungi semula, dan hanya memesan ayam penyet biasa dua pinggan, ais kosong dan satu milo ais. Harga keseluruhan hanya RM10.00. Pelik juga, kami ingatkan harga nasi aya penyet RM5.00 sepinggan. “Returning customer’ kata suami.

Jadi, kepada yang duduk area Gombak atau kawasan sekitarnya, boleh lah try kedai ayam penyet ni di sini.

ayampenyetjalangombak

* Yang bulat merah tu tempat kedainya, berhadapan dengan perhentian bas, selepas kedai basikal. Nama Kedai, Restoran Purnamah, bolehlah berkunjung untuk menjamah.

1 thought on “Ayam Penyet Jalan Gombak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge