Ayat-ayat Iklan Yang Tak Hingat

Posted by

Salam. HAri ni dah 10hb.. dah 2 hari tak update. Sibuk aje menukar cat ‘rumah’ ni. Oh ye, anda semua suka tengok tv kan.. Bukan anda la, saya pun.. Memang hobi.. apatah lagi citer kegemaran kan.. Semalam kesian kat puteri kecil, sebab kena tidur atas tilam lenyek kat ruang tamu sebab mama dia ni nak sangat tengok citer supernatural.

Dalam keseronokan menonton citer yang tak merepek tapi best tu, banyak kali pulak tv3 ni siarkan iklan kan.. Memang la kan, dari iklan itulah duit datang. Tapi konsentrasi sedikit terganggu kan kalau banyak sangat iklan ni..

Berbalik pada tajuk post, ayat iklan tak hingat.. Sekarang ni macam-macam jenis iklan de.. De tu, cam de maksud tersembunyi yang macam tak patut dijadikan iklan. Ye lah, hatta budak-budak suke tengok iklan.. (Macam annur – suka tgk iklan yang de lagu2; iklan digi). Dalam dok tengok iklan tu de la satu iklan pelangsingan badan yang berbunyi (maksudnya yang lebih kurang la kan..):

kecantikan wanita, dapatkan badan yang langsing, peliharalah ia dan serlahkanlah

Pada asalnya memang tak salah iklan ini.. tapi mungkin perlu tambah sikit supaya tak de ‘double meaning’. Sekali dengar pada saya iklan ni cam suruh wanita yang de badan cantik ni kena serlahkan pada semua orang. Tak patut la camtu kan.. Mungkin dia patut kata serlahkan untuk yang tersayang ke atau untuk suami anda ke.. yang bermaksud supaya kecentikan tu memang leeh tunjuk, tapi pada orang tertentu sahajalah.. bukan kepada semua umat manusia.

jangan buat
jangan buat

Kita tengok sekarang ni, tu lah die. Especially kalau dalam program pelangsingan ni,.. dulu kalau masa badan agak ‘besar’ atau tak cantik la citer.. pakai baju pun besar-besar, konon-konon malu untuk tunjukkan badan. Tapi bila dah berjaya turunkan berat badan atau kuruskan badan, dapat bentuk badan cam kerengga tu, mula lah tunjuk gambar yang baju se’fit’ yang mungkin. Kira nampak la semua walaupun duduk sebatu (ibarat la kan..). Pastu mulalah anak-anak gadis nak ikut. Salah siapa sebenarnya?

Mungkin la ini satu strategi pihak ‘berwajib’ tu untuk promosikan barangan dan servis die, tapi kita yang melanggan ni, perlu ke beri persetujuan tentang hal ni. Kalau saya la, diberi pilihan untuk masuk tv dan ‘dedahkan’ mana-mana yang tak patut tu, bagi sejuta pun harap-harap saya tak kelabu mata (maksudnya saya tolak..). Ke sekarang ni, itu lah yang dicari.. publisiti agar semua orang kenal die..?? Dan duit mengatasi segalanya??

Sekarang ni , susah betul saya nak cari baju atau seluar yang betul-betul berkenan (saya memang suka pakai seluar). Kat shopping complex tu, baju atau seluar pompuan jer, mesti yang fit, yang ketat lagi menampakkan ‘aset’ yang ada. Cukup saya tak berkenan. Last, yang saya pakai seluar yang dibuat kat kedai jahit sejak mungkin lebih 10 tahun.. (wah.. tahannye seluar nih..) – sampaikan mak saya kata, saya ni dah takde seluar lain.. Tapi tu la kan…

Kat atas tu cumalah contoh, yang menunjukkan atau menggalakkan wanita menonjolkan badan/ berpakaian ketat kepada yang tak sepatutnya. Belum lagi pertandingan yang dianjurkan ‘mereka’ bagi melariskan barangan dan ditonjolkan kepada ramai. Kan lebih baik semua tu kita hanya lakukan kepada yang selayaknya – suami kita. Sekurang-kurangnya kita tidak menambah dosa kita dan orang lain (saya dosa gak ni – kutuk2 nih.. hahaa).

Apa pun, tepuk dada tanya iman & diri sendiri. Inikah yang kita mahu dan dituntut oleh agama. Masing-masing mungkin punya pendapat sendiri. Tak gitu??

Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman; hendaklah mereka merendahkan pemandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Surah An-Nur ayat 31.

jangan lupa
jangan lupa

@fiezaradzi – malu bila tengok kaum sejenis ni pakai baju tak cukup kain… Kain kat negara kita dah tak de bekalan ke? Yang lelaki jangan lupa tutup aurat juga ye…

** saya takde la baik sangat, jadi ini untuk ingatan bersama…

Kredit gambar 1 dan 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *