Dah Macam Lee Chong Wei Dah

Assalamualaikum,

Main badminton bakar lemak. Tadi sebelum ke tempat kerja, sempat main badminton kat Sinamax kejap. Pertama kali main semula selepas appendiks dibuang. Oh, memang terasalah.

Awal pagi kami dah sampai, tempat sukan tu pun belum buka lagi. Ikut hati, nak tolong bukakan je. Nasib baik dapat tahan rasa hati tu.

Rupanya pukul 9.00 pagi baru buka. Nak buat macam mana, semangat terlebih. Masa nak bayar, tengok tukang jaga kaunter tu tulis RM10.00. Ini sudah bagus. Bayaran sebenar sepatutnya RM12.00, cuma kategori pelajar je RM10. Perkara ni bukan sekali terjadi, tapi kalau 6 kali main, ada 4 kali kot bayar Rm10 je. Oklah tu, rezeki, early bird kot. Mana ada burung main badminton. Mungkin muka ni comel macam muka student kot 😉

Bila pertama kali main, satu jam rasa terlebih-lebih pulak. Bila dah nak habis sejam, baru semangat datang. Sampaikan terlebih smash hingga bulu tangkis tu naik kat lampu. Rugi satu bulu tangkis baru.

bulu tangkis photo bulutangkis_zpsaf7d4a75.jpg

Seronok rasa macam peluh keluar mencurah-curah. 40 minit boleh bakar 200 kalori. Kalau sejam? Sendiri kiralah. Lain kali boleh main lagi. Pagi tadi, walaupun sewa satu court je, tapi macam satu dewan kami punya. Tak de orang lain.

sinamax photo sinamax_zps1bfaae93.jpg

@fiezaradzi.com – Badminton bakar lemak. Nak pergi cari kasut sukan buat lari-lari. Saper nak?

2 Comments

  1. Will 23 December 2016 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge