Bila Budak Mula Baca Doa

Posted by

Assalamualaikum,

Bagaimana Mendidik Anak Membaca Doa. Bila mood menulis bertukar kepada mood layan drama, memang bersawang lah jawabnya. Sibuk, memang sibuk sungguh kebelakangan ni, sibuk ‘marathon’. Jadi kesempatan yang ada sedikit ni, bolehlah update seketul dua.

Berbalik kepada tajuk asal. Nak cerita sikit lah tips mudah untuk ibu bapa di luar sana. Manalah tahu, ada yang tercari-cari macam mana nak ajar anak belajar dan membaca doa. Yang ni pun, sekadar ambil pengalaman yang ada.

Bukannya apa, biasa kita dengar anak lelaki ni lambat sikit dari anak perempuan, dari segi ‘catch up’ dan belajar bagai. Anak kami pun tak terkecuali. Ye, si adik memang sedikit lambat perkembangannya berbanding si kakak. Pada usia yang sama dulu, si kakak bukan saja boleh membaca ABC dengan baik, tapi sebutannya pun sangat jelas. Tak pelat kata orang. Si adik pulak, bolehlah bercakap, tapi kena dengar betul-betul ayat dia. Pelat, ye memang ada.

Cara ajar anak baca doa.

Jadi bila sedar akan hal ni, kami berusaha sebaik mungkin untuk adik supaya tak lah ketinggalan jauh sangat berbanding usia dengan kakaknya tu. Dan baru-baru ni, sebak rasa hati bila dengar adik baca doa tidur dan juga doa makan. Terkejut, ye memang. Tak sangka pulak, dalam diam-diam, dia mampu ambil dan cedok apa yang kami buat. Jadi, apa kata kita cuba sama-sama nak. Budak tu, korang boleh tengok muka dia kat sini.

Sebagai ibu bapa, kitalah contoh terbaik dan paling dekat dengan anak-anak, selain cikgu dan kawan-kawan. Apatah lagi kami yang duduk jauh dari kampung. Apa yang kami buat? Dari segi pembelajaran, mungkin agak kurang kami dedahkan berbanding kakak. Tapi yang nyata, setiap kali makan, naik kereta dan juga sebelum tidur, kami akan baca doa sama-sama. Kadang-kadang kakak yang jadi ketua, kadang-kadang baca ramai-ramai. Tentulah bila kami bersama je. Bila ada orang luar, kena perlahankan suara sikit kan. Dan ternyata, bila setiap malam sebelum tidur baca doa, alhamdulillah, si adik yang berusia 2 tahun mampu baca doa, walaupun jelas ‘kepelatannya’. (Siap cakap, mama tak payah baca). Sebab dia nak baca sorang.

Saya bukanlah pakar penjagaan kanak-kanak, dan bukan juga niat nak bangga dengan anak-anak. Tidak sama sekali. Kadang-kadang rasa kecil juga sebab ada anak orang lain yang boleh baca 1-10 dengan baik, boleh membaca seumur 2 tahun, dan tak kurang juga boleh ke bilik air sendiri. Banyak kekurangan kami sebenarnya. Cuma apa yang nak diketengahkan supaya ilmu yang ada dan biasa buat dapat dikongsi bersama.

Sekarang ni kami dalam misi mencari cd alif , ba ta atau yang lain-lain untuk dipasang dalam kereta. Sekarang ni hobi si adik pasang nasyid kanak-kanak je. Jadi apa kata cari cd yang boleh merangsang minda dia yang sedang berkembang ni. Dulu si kakak, memang buat begitu, dan ternyata berjaya. Tapi apakan daya, umur cd tu tak panjang, habis patah dibuat main. Cuma cd yang kami cari tu, belum betul-betul jumpa lagi.

Kalau anak yang nak diajar tu bukan anak pertama, mungkin boleh guna ‘pemangkin’ enzim untuk membantu dia. Kami perhatikan, anak kedua dan selebihnya ni biasanya suka tiru kakak atau abangnya. Kalau si kakak mula bermain, dia pun turut ambil mainan yang ada. Kalau kakak mula pegang pensil dan buku, sibuklah dia mencari barang yang sama. Jadi ibu bapa mungkin boleh gunakan si kakak sebagai daya untuk si adik lebih berminat buat perkara yang berfaedah. Boleh juga minta tolong si kakak yang ajarkan doa atau pembelajaran lain.

Kalau di rumah pula, apa kata buka siaran televisyen yang berfaedah. Budak-budak memang suka kartun. Tapi ibu bapa apa kata pilih kartun yang memberi kesan berfaedah. TV Al-Hijrah contohnya, banyak kartun berfaedah. Korang boleh check siaran rancangannya, zon aulad di sini. Siaran astro oasis pun banyak program baik. Sebelum azan waktu solat, biasanya ada bacaan ayat Al-Quran dan selawat, boleh suruh anak ikut serta. Memang boleh jadi medium yang baik. Jangan asyik nak tengok drama melayu ajer. Sekali sekala, kalau anak nak layan upin ipin ke, Ben10 ke, biarlah. Kita pun sekali sekala nak tengok citer IRIS 2 la, drama korea lain dan juga bola. Tak salah. Ok jer. Tapi kalau ada part yang tak sesuai atau tak elok percakapannya, terangkan kepada anak. Yelah, kartun sekarang pun, cakapnya boleh ‘tahan’ juga.

 photo zonaulad_zps8ce4e663.jpg

Tips akhir sekali doa ibu bapa. Inshaa Allah, kalau niat kita ikhlas dan baik, tidak mustahil untuk dapat pertolongan dari Allah. Nak-nak perkara yang sangat disukai. Tapi kalau tidak seperti yang kita harapkan, janganlah sedih pulak. Mungkin masanya belum sesuai lagi. Allah lebih mengetahui. Kita sebagai hamba, ibu bapa, usaha sahaja mana yang termampu. Kalau bukan di sini, mungkin ‘di sana’ nanti ada akhirannya.

Tips mengajar anak belajar dan baca doa ini adalah sedikit perkongsian yang saya fikir kita ibu bapa mampu lakukan. Mungkin juga ada ibu bapa yang ada cara lain, apa kata kongsi bersama. Ilmu yang dikongsi, besar pahalanya. Tak gitu? Mungkin juga ada cikgu-cikgu yang belajar cara atau teknik terbaik untuk diimplikasikan kepada anak-anak ni. Saya bukan cikgu.. tapi saya garang. 😉

Ingat lagi dulu ada kawan online tanya kat fb macam mana nak ajar anak-anak gosok gigi, sebab anaknya liat nak gosok gigi. Saya kongsikan caranya kita gosok gigi bersama-sama dengan anak. Tak sangka pulak cara kami amalkan tu, berjaya dilaksanakan kepada anak kawan itu. Alhamdulillah.

@fiezaradzi.com – Syukur kepada Allah selalu atas kurniaan anak yang besar hikmahnya. Juga syukur kerana dipermudah urusan menjaga anak-anak.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *