by

Bagaimana Lelaki Kacak Uruskan Duit

Kalau bicara pasal perempuan simpan duit, dah biasa kot. Lagipun, biasanya (baca: biasanya, bukan semua) perempuan ni berhemah sikit bila bab duit, kecuali untuk diri sendiri. haha.. Jangan terasa ye. Jangan terkejut ada lelaki yang beri duit kepada isterinya untuk diuruskan. Ada juga lelaki yang beri duit gaji kepada ibunya, dan hanya mengambil duit belanja setiap hari. Ada kan, ada kan? Memang sungguh kacak lelaki kacak itu.

Jadi, ada buktilah perempuan ni berhemah bila bab jaga duit. Tapi tak semua la. Ada juga yang kerjanya menghabiskan duit yang ada. Cuma, mungkin bilangannya sedikit. Itu perempuan, kali ni kita tengok pulak, bagaimana lelaki uruskan kewangan masing-masing.

Bagaimana Lelaki Kacak Uruskan Duit?

Ada seorang kenalan ni, selalu saja poket kosong bila habis bulan. Maksudnya duit gaji habis bila setiap kali hujung bulan. Nak kata gaji sedikit, tak juga. Apatah lagi kenalan ni duduk di kawasan kampung. Maksudnya taraf hidup tak lah tinggi macam kat kawasan Kuala Lumpur kan.. Yang lebih perit lagi, tanggungan  pun tiada. Bebas lah maksudnya. Jadi, ke mana duitnya menghilang?

Tapi, kadang-kadang tu, boleh pula kenalan tu menyimpan, jika benar-benar perlukan. Kadang-kadang juga, duitnya habis buat belanja benda-benda kehendak, bukan keperluan.

Tapi lagi kan, kalau blogger macam Titan tu, yang ada income kacak seperti lelaki kacak berharta tiap-tiap bulan, tak de masalah macam ni kot. Sampaikan hutang PTPTN dia pun dah habis dilangsaikan. Jadi, Titan Mungkin seseorang yang bijak menguruskan duit. Sila tanya beliau. Untuk golongan yang sering saja kosong poket, apa sebenarnya yang terjadi? Apa korang buat dengan duit tiap-tiap bulan? Tukar sport rim kereta, atau belanja kawan makan minum? Best juga tu. Jangan beli cd cetak rompak tiap-tiap hari sudah.

Ada juga golongan yang tak boleh ada duit, kerjanya nak habiskan duit tu je. Saya pun lebih kurang lah, tapi tak de la sampai tak menyimpan langsung kan. Jadi, sebagai lelaki, atau pun perempuan yang kenal lelaki dalam hidup, bagaimana korang atau mereka uruskan kewangan masing-masing?

  1. Beri pada mak/isteri untuk uruskan belanja setiap bulan — kadang-kadang ni kes takut duit habis, jadi untuk elakkan serah pada yang lebih bijak.
  2. Uruskan sendiri setiap perbelanjaan dan masih ada duit di akhir bulan — Yang ni memang pandai uruskan duit. Apa rahsia korang?
  3. Uruskan sendiri duit, tetapi sering kali kekosongan dalam poket dan juga beg duit — Yang ni sukar uruskan, tapi tak de siapa boleh tolong.
  4. Hujung bulan je habis. Bukan setakat tu, siap buat pinjaman father mother (fama) lagi. — Ni memang kes kena tolong ni. Kesian dia.
  5. Tak uruskan, sebab tiap-tiap bulan dapat duit dari mak ayah — Ni kes tak de income bulan-bulan lagi. Pelajar mungkin.

Jadi, mana satu kategori anda? Bagi yang kategori 2 tu, apa rahsia kejayaan anda? Cewah.. Sila jawab..

Alang-alang ada contest dari en titan, dan nama dia pun ada dalam entry ni, senang citer kita join lah kontest…

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

@fiezaradzi.com – Sekarang ni dah ramai lelaki kacak dan lelaki hebat yang pandai menyimpan. Tak perlu jadi akauntan pun kan? Betul tak?

** Asalnya tak cadang pun nak join, tapi dah de tajuk lelaki tu, kita kacakkan dia saja.. jadilah lelaki kacak..  layan.. **

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *