Bagaimana Lelaki Kacak Uruskan Duit

by fiezaradzi on 21 March 2012 · 46 comments

Kalau bicara pasal perempuan simpan duit, dah biasa kot. Lagipun, biasanya (baca: biasanya, bukan semua) perempuan ni berhemah sikit bila bab duit, kecuali untuk diri sendiri. haha.. Jangan terasa ye. Jangan terkejut ada lelaki yang beri duit kepada isterinya untuk diuruskan. Ada juga lelaki yang beri duit gaji kepada ibunya, dan hanya mengambil duit belanja setiap hari. Ada kan, ada kan? Memang sungguh kacak lelaki kacak itu.

Jadi, ada buktilah perempuan ni berhemah bila bab jaga duit. Tapi tak semua la. Ada juga yang kerjanya menghabiskan duit yang ada. Cuma, mungkin bilangannya sedikit. Itu perempuan, kali ni kita tengok pulak, bagaimana lelaki uruskan kewangan masing-masing.

Bagaimana Lelaki Kacak Uruskan Duit?

Ada seorang kenalan ni, selalu saja poket kosong bila habis bulan. Maksudnya duit gaji habis bila setiap kali hujung bulan. Nak kata gaji sedikit, tak juga. Apatah lagi kenalan ni duduk di kawasan kampung. Maksudnya taraf hidup tak lah tinggi macam kat kawasan Kuala Lumpur kan.. Yang lebih perit lagi, tanggungan  pun tiada. Bebas lah maksudnya. Jadi, ke mana duitnya menghilang?

Tapi, kadang-kadang tu, boleh pula kenalan tu menyimpan, jika benar-benar perlukan. Kadang-kadang juga, duitnya habis buat belanja benda-benda kehendak, bukan keperluan.

Tapi lagi kan, kalau blogger macam Titan tu, yang ada income kacak seperti lelaki kacak berharta tiap-tiap bulan, tak de masalah macam ni kot. Sampaikan hutang PTPTN dia pun dah habis dilangsaikan. Jadi, Titan Mungkin seseorang yang bijak menguruskan duit. Sila tanya beliau. Untuk golongan yang sering saja kosong poket, apa sebenarnya yang terjadi? Apa korang buat dengan duit tiap-tiap bulan? Tukar sport rim kereta, atau belanja kawan makan minum? Best juga tu. Jangan beli cd cetak rompak tiap-tiap hari sudah.

Ada juga golongan yang tak boleh ada duit, kerjanya nak habiskan duit tu je. Saya pun lebih kurang lah, tapi tak de la sampai tak menyimpan langsung kan. Jadi, sebagai lelaki, atau pun perempuan yang kenal lelaki dalam hidup, bagaimana korang atau mereka uruskan kewangan masing-masing?

  1. Beri pada mak/isteri untuk uruskan belanja setiap bulan — kadang-kadang ni kes takut duit habis, jadi untuk elakkan serah pada yang lebih bijak.
  2. Uruskan sendiri setiap perbelanjaan dan masih ada duit di akhir bulan — Yang ni memang pandai uruskan duit. Apa rahsia korang?
  3. Uruskan sendiri duit, tetapi sering kali kekosongan dalam poket dan juga beg duit — Yang ni sukar uruskan, tapi tak de siapa boleh tolong.
  4. Hujung bulan je habis. Bukan setakat tu, siap buat pinjaman father mother (fama) lagi. — Ni memang kes kena tolong ni. Kesian dia.
  5. Tak uruskan, sebab tiap-tiap bulan dapat duit dari mak ayah — Ni kes tak de income bulan-bulan lagi. Pelajar mungkin.

Jadi, mana satu kategori anda? Bagi yang kategori 2 tu, apa rahsia kejayaan anda? Cewah.. Sila jawab..

Alang-alang ada contest dari en titan, dan nama dia pun ada dalam entry ni, senang citer kita join lah kontest…

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

@fiezaradzi.com – Sekarang ni dah ramai lelaki kacak dan lelaki hebat yang pandai menyimpan. Tak perlu jadi akauntan pun kan? Betul tak?

** Asalnya tak cadang pun nak join, tapi dah de tajuk lelaki tu, kita kacakkan dia saja.. jadilah lelaki kacak..  layan.. **

{ 40 comments… read them below or add one }

titan March 21, 2012 at 7:18 pm

hoho..suami isteri bersatu padu nak menang cabaran seo nih..hoho..
post terbaru titan ..Lelaki kacak berkaca mata

Balas Komen ini

fiezaradzi March 22, 2012 at 1:57 pm

bersatu padu kalau satu blog je.. ni 2-2 nak masuk, jadi lawan dah ni.. haha.. lawan seo la..

Balas Komen ini

yas March 22, 2012 at 5:04 pm

@fiezaradzi,
Hehehe…dasat persaingan ni nanti wooo…:)
post terbaru yas ..ROBERT BALES BAKAL TERLEPAS?

Balas Komen ini

fiezaradzi March 23, 2012 at 11:33 am

jangan sampai satu rumah terbang sudah.. hehee

Balas Komen ini

Ladfe Amir March 23, 2012 at 6:06 pm

@fiezaradzi,
persaingan yg sihat ni..

mcm atlet sukan olimpik. walaupun atas bendera pasukan yg sama..masih menentukan kemenangan cara individu
post terbaru Ladfe Amir ..Wordless Wednesday (Result SPMV)

Balas Komen ini

fiezaradzi March 28, 2012 at 1:14 pm

ye betul.. boleh join sukan olimpik pas ni.. hehe

Balas Komen ini

faizul March 21, 2012 at 9:04 pm

wah, ini dah masuk kategori beregu ni.

Kami yang acara perseorangan ni kena lebih gigih ni. Saya belom join lagi. Takde idea nak buat entri lelaki kacak ni.
post terbaru faizul ..Idea dan hujan adalah sama

Balas Komen ini

fiezaradzi March 22, 2012 at 1:59 pm

beregu pun macam payah nak menang ni, sbb tak hebat macam blogger lain.. hehe.. join la, meriahkan contest..

pun, mula2 rasa tak de idea dan tak de niat pun nak masuk.. tapi tgk dlm draft de pasal lelaki, join je lah, alang2 kan..

Balas Komen ini

Lelaki Kacak bernama Azwan March 22, 2012 at 1:13 am

ha..ha.. puji titan lebih-lebih, mungkin akan dapat anugerah khas dari dia
:)
post terbaru Lelaki Kacak bernama Azwan ..Lelaki Kacak

Balas Komen ini

fiezaradzi March 22, 2012 at 1:59 pm

ala, tak de plak utk kategori tu, mungkin kalau bodek lagi boleh kot.. boleh titan? titan tak terpengaruh dgn bodekan ni…

Balas Komen ini

tehr March 22, 2012 at 1:43 am

memang kacak entri ni
rasa tak puas baca
… nanti sambung, eh
post terbaru tehr ..Kelantan Negeri Paling Miskin

Balas Komen ini

fiezaradzi March 22, 2012 at 2:09 pm

sambung ek, nanti lau de la.. sbb lelaki kacak tak bagi tips2 pun.. hhu

Balas Komen ini

Mama Murai March 22, 2012 at 4:44 am

Suami saya memang tak kacak kerana setiap bulan dia akan memberi wang gaji kepada saya untuk diagihkan. Hehe…
post terbaru Mama Murai ..cara turunkan berat badan

Balas Komen ini

fiezaradzi March 22, 2012 at 2:24 pm

kira tu kacak jugak tu MM.. at least lau de lebih2, dapat jugak kan.. hehe

Balas Komen ini

hafizmd March 22, 2012 at 2:31 pm

hehehe…mmg kacaklah kalau pandai jaga duit ni..kalau isteri, mmg akan lebih cun dan comel kalau pndai jaga duit…nak2 kalau duit sendiri (duit yg suami bagi, mmg utk dibeli apa2 saje…hehehe)

psssst…kami tak buat beregu yer…kali ni kami lawan…hohohoho
post terbaru hafizmd ..Wordless Wednesday Buku 5

Balas Komen ini

fiezaradzi March 22, 2012 at 4:43 pm

tapi sayang nak guna duit suami bagi.. hehee.. lelaki kacak itu adalah … hehe

tul, kami tak bergabung.. tgh lawan ni..

Balas Komen ini

yas March 22, 2012 at 5:05 pm

Terbaik buat fie dan hafizfmd…menang kalah no 2, yang penting semangat kesukanan tuu…errkk, kesukanan la plak..:)
post terbaru yas ..ROBERT BALES BAKAL TERLEPAS?

Balas Komen ini

fiezaradzi March 23, 2012 at 11:34 am

tima kasih.. itulah, nak menang macam susah, sbb semua hebat2 kan.. tapi nak ambil pengalaman tu penting.. hehe

Balas Komen ini

Jomtonton March 23, 2012 at 4:13 pm

Sekarang ramai lelaki dah kacak dalam bab-bab guna duit ni.. bukan kededut, cuma beringat2.. :)
post terbaru Jomtonton ..Lelaki Kacak Dalam Ubuntu Intrepid

Balas Komen ini

fiezaradzi March 23, 2012 at 4:43 pm

mmg dah ramai pun.. sbb tu semuanya kacak2.. hehe.. berhemah kan..

Balas Komen ini

Ladfe Amir March 23, 2012 at 6:08 pm

good luck untuk anda dan suami.
post terbaru Ladfe Amir ..Wordless Wednesday (Result SPMV)

Balas Komen ini

fiezaradzi March 28, 2012 at 1:23 pm

terima kasih.. nak meriahkan ruang blogging jer..

Balas Komen ini

zik March 25, 2012 at 6:39 pm

semoga berjaya… yang penting sekarang sedang berusaha untuk pandai mengurskan wang.. mahu jadi lelaki kacak maa…
post terbaru zik ..Aku LELAKI KACAK wei!

Balas Komen ini

fiezaradzi March 28, 2012 at 1:41 pm

mesti bolehlah zik.. lelaki kacak.. hehe.. tima kasih..

Balas Komen ini

kimmie March 26, 2012 at 11:18 pm

bersatu teguh bercerai roboh kan, bergabung tenaga utk menang cabaran SEO bagus betul anda berdua.
post terbaru kimmie ..Lelaki Kacak mesti cuba aktiviti Water Rafting

Balas Komen ini

fiezaradzi March 28, 2012 at 2:24 pm

ni bukan bergabung dah ni.. ni kira musuh ni.. haha

Balas Komen ini

chii March 28, 2012 at 10:49 pm

hehehe…mmg terbaik la..kalo laki kacak pandai uruskan duit kan..

chii ada kenal yg x reti uruskan duit..sgt boros..adoii

anyway..gud luck
post terbaru chii ..Aksi Budak Lelaki Kacak

Balas Komen ini

fiezaradzi April 3, 2012 at 4:36 pm

@chii, mmg kacak. haha.. rimas kan kdg2 tgk yg boroskan duit, kesian, takut di masa depan, susah nak tolong..

Balas Komen ini

Encik Bukit Besi March 28, 2012 at 11:14 pm

Salam ziarah…
lelaki kacak bukan suka habiskan duit kot…suka kikis duit ade la kot hehehe..tu jenis lelaki kacak gigolo…heeee
post terbaru Encik Bukit Besi ..Lelaki Kacak Dari Mata Lelaki Tak Kacak

Balas Komen ini

fiezaradzi April 3, 2012 at 4:37 pm

@Encik Bukit Besi, itu lelaki kacak luaran je tu.. dalaman dia tak kacak lah.. hehe

Balas Komen ini

rahman March 29, 2012 at 12:09 am

memang isteri uruskan duit.. aku tahu guna duit saja :)

Balas Komen ini

fiezaradzi April 3, 2012 at 4:38 pm

@rahman, kdg2 nak senang, bagi isteri kan..

Balas Komen ini

benjy March 29, 2012 at 1:23 am

Masa Benjy bujang dulu bab nak hantar duit pada emak selalu terlupa adehhh ! …. masa bujang tu memang tak kacak … :(
post terbaru benjy ..AYAT POWER, KATA-KATA DAN AYAT-AYAT CINTA

Balas Komen ini

fiezaradzi April 3, 2012 at 4:43 pm

@benjy, itu mmg tak kacak lah… tapi sekarang dah kacak balik kot.. kan? hehe.. bagi pada mak ayah, insyaallah, berkat rezeki.. hehe

Balas Komen ini

~asha~ March 29, 2012 at 8:34 am

my hUBby yg hensem…selalu agih2kan duit perbelanjaan rumah, dan duit tu diserahkan kepada sy….sy uruskan semua…baki dia, baru buat belanja
post terbaru ~asha~ ..reminder

Balas Komen ini

fiezaradzi April 3, 2012 at 4:45 pm

@~asha~, mmg baik suami kak asha.. hehe.. biasa juga jumpa lelaki macam ni..

Balas Komen ini

puteri kasih March 30, 2012 at 5:26 pm

sekarang ni semakin ramai lelaki yang dah pandai uruskan bab kewangan…kiranya dah semakin ramai lelaki kacak :)
post terbaru puteri kasih ..Proton Preve

Balas Komen ini

fiezaradzi April 3, 2012 at 4:46 pm

@puteri kasih, mmg ramai.. cuma sapa lagi kacak? hehe

Balas Komen ini

cik tom May 15, 2012 at 9:34 pm

mmg lelaki tue btambah2 kacak kalau tau urus duit…
post terbaru cik tom ..Lelaki Kacak Bijak

Balas Komen ini

fiezaradzi May 17, 2012 at 5:28 pm

kan.. mmg kacak tahap gaban lah…

Balas Komen ini

Leave a Comment

CommentLuv badge

 Banner

{ 6 trackbacks }

Previous post:

Next post: