Banyak Sungguh Kereta Di Jalan
2011
ditulis oleh fiezaradzi dalam Lifestyle
Assalamualaikum,
Selamat hari Jumaat untuk semua. Baguslah yang dah menunaikan tanggungjawab bersolat Jumaat hari ni. Tahniah buat anda. Semalam dan hari ni ada tugasan di luar. Jadi perlu memandu kereta. Walau pun bertukar-tukar pemandu, namun co-pilot di sebelah tetap juga runsing melihat jumlah kenderaan di jalan raya sekarang. Sesak dan penuh di setiap lorong. Risau juga takut-takut teman di sebelah tidak sempat solat Jumaat. Hehe
Memang ternyata jumlah kenderaan semakin banyak di jalan raya Malaysia sekarang. Nak pulak kereta MyVi baru sudah selamat dirasmikan semalam. Bak kata orang sebelah, tahun depan lagi banyak kereta. Betul jugak kan. Tiap-tiap tahun ada kereta baru di pasaran, maka setiap tahun akan bertambahlah jumlah kenderaan yang merayap di jalan. Yang paling tak tahan, bila musim perayaan, yang mana semua berduyun-duyun balik kampung. Takkan nak halang orang balik kampung tanpa kereta pulak kan? Oh, sungguh.
Lagi gambar MyVi baru 2011 dan spesifikasi di sini
Kalau diberi pilihan, mana satu korang nak?
- Dalam banyak-banyak kereta di pasaran, mana satu pilihan korang, dan kenapa? Atau apakah kereta idaman korang sebenarnya?
- Bila korang beli (atau bila bercadang nak beli)?
- Tahap mana kepuasan korang terhadap kereta sekarang?
- Ada hati nak tukar lain selain dari kereta sekarang dan kenapa?
- Kalau ada hati nak tukar, kereta jenis apakah yang korang nak?
- Apa korang rasa dengan kereta buatan nasional? Kalau tak puas hati, kenapa?
Kalau rasa nak jawab, leh la kongsi bersama. Ni survey saja je. Bukan ada hadiah atau ada niat tersembunyi. Saja nak berkongsi rasa dan impian..
@fiezaradzi.com – bertambah kereta, bertambah asap. Bak kata anak kecil 3 tahun, kesian bumi kita kan..
Tags: kenapa tukar kereta, kereta banyak, kereta baru, kereta di pasaran, kereta impian, kereta lama, myvi baru



BMW 6 series boleh tak????
Sbb gayanya menawan & boleh memikat hati semua yg menengok sambil seronok melihat kekayaan diri. Huahuahuahua (dgn gaya berlagak tu)
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:10 pm
wah, hebat ni.. boleh je, asalkan rajin berusaha.. go bEe.. hehe.. tapi org kata minyak die kuat sikit.. tul ke idak entah ler..
[Balas]
cukuplah saga blm. nak mahal-mahal pun tak sanggup nak beli. tak suka myvi. gemuk. saga kurus. handsem. kacak. Hehe..
titan´s last [type] ..Edisi Siasat – Buat duit dengan Clicksor
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:12 pm
lau gitu, inspira tak suke ke? lagi smart dari blm.. dan lagi mahal sikit.. hehe.. biasa la kan.. tak suka myvi ek? selalu pompuan suke myvi, sbb cute..
[Balas]
kereta pilihan viva je sebab comel tapi kereta idaman honda jazz. huhu. mudah2an tercapai jugak nanti. tapi memang, 8 orang anak, 8 buah kereta di laman rumah. penuh..
eiela´s last [type] ..Berjaya Menahan Nafsu & Selamat Hari Bapa
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:16 pm
dulu suka gak dgn jazz. mmg idaman pun, tapi bila dh kawen, en suami kate jazz kecik, tapi mahal.. huhu.. trus padamkan impian.. lau nak kete yg ala-ala gitu, mungkin wish kot.. tapi jazz mmg cantik..
moga tercapai suatu hari nanti ye..
[Balas]
bab kereta ni takdelah memilih sangat kerana ikut kemampuan..
cuma kalau betul2 mampu mesti nak yang hebat2..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:17 pm
mmg pun, tapi de gak, yg mampu tapi tak beli kete hebat sangat, atas sebab2 tertentu.. mungkin tak cnatik pada pandangan mata die.. huhu.. lain org, lain seleranya kan..
[Balas]
Bb sekarang berkenan sungguh dengan golf gti..lawa tu..pastu kalau kat highway boleh speeding..laju..tapi kalau dalam jem ..sama je la kan..hehe..tapi harga tak tahan tuh..210k..lambat kot nak dapat..hehe
Bb Hussain´s last [type] ..Mohd Chan Abdullah
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:20 pm
mmg cantik pun kete itu.. huhu.. tapi kdg2 fikir harga die tak bape setimpal dgn badan die.. hehe.. leh tak? mungkin die ada spek yg lebih bagus, itu yg harga cmtu.. lau de duit mungkin kot beli. tapi bila tak tau …
[Balas]
huhu..tak larat dah nak kira kereta kat malaysia nih..
sayacomel´s last [type] ..Comel Sangat – Bila Siti Nurhaliza yang comel masuk askar
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:20 pm
banyak sgt ye.. hehe.. itu yg jemmed je memanjang kan..
[Balas]
viva forever. Hahahaha! bole x? Viva aje yang murah dan save pun. hihihi
faizul´s last [type] ..Astro Berunding Untuk Kenaikan Harga Pakej Siaran
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:21 pm
viva mmg jimat minyak kan.. cuma viva tu kecik sikit, lau nak balik kg, tak byk brg boleh bawak.. lau jln2 kl ok…
suka design kancil lagi kot, tapi kancil dah tak de yg baru…
[Balas]
Saya nak beli Mazda 6 sebab teruja dengan prestasi gagah naik bukit masa sewa dekat langkawi..Bawa laju masa selekoh pun sangat mantap..
Tapi bila pikirkan maintenance tu, macam baik pilih Honda atau Toyota.. Myvi ok tapi saya prefer kete luarnegara..Worth for money
tutyrahiza´s last [type] ..Atasi masalah susu merudum semasa berpuasa
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:24 pm
mazda6 bukan setakat gagah, tapi juga sangat menarik hati & mata. hehe.. haah, kt langkawi la masa nak try bawak kete hebat2 kan..
toyota ngan honda mmg terkenal jimat minyak.. certain kete la.. saya pun suka..myvi pulak comel pada pandangan mata ni..
[Balas]
semuanya cerita pasal myvi ungu ek sekarang..hehe
ohcikgu´s last [type] ..Bila nama Malaysia ada di dada Jersi Kelab Bola Sepak England
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:28 pm
iklan lagi best tgh hangat sekarang kot.. siap de GPS dalam.. itu yg disebut2 agaknya..
[Balas]
Trackback & pingback
[...] Pemilik Alam dan seluruh isinya. Alhamdulillah.Kalau ada teman-teman yang baca artikel bertajuk: Banyak Sungguh Kereta di Jalan hasil titipan ...
[...] baca tak pasal banyak sungguh kereta di jalan? Memang banyak kan.. ye lah, kereta lama campur pulak keluaran baru ...
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web