Semasa

Berat Anak/Bayi Anda

Salam semua. Sihat, anak sihat? Sebelum ni ada baca paper, terjumpa pasal berat seorang budak yang berusia tiga tahun, yang dah sampai 63.50 kg, lagi berat dari ibu mengandung ni. Beratnya kanak-kanak ini hingga menyebabkan dia dilarang memasuki pusat jagaan anak-anak. Kesian dia..

Xiao Hao seberat 63.50 kg, di samping rakan-rakannya. Gambar dari Kosmo

Kes ini terjadi di Guanghzou, China yang mana Sukan Asia 2010 akan diadakan. Kanak-kanak ini dilarang memasuki pusat jagaan kanak-kanak kerana dibimbangi akan membuli rakan-rakan yang seusia dengannya. Berat purata bagi kanak-kanak seusianya hanyalah pada 12.7 kg. Berat kanak-kanak itu 5 kali lebih berat dari kanak-kanak seusianya.

Walaupun kelihatan sangat comel, namun banyak penyakit boleh timbul akibat terlebihnya berat sebegitu. Ibu kanak-kanak itu juga berharap ada pihak dapat membantunya menyelesaikan masalah anaknya itu. Walaupun cuba membawa anaknya bersenam seperti berenang, namun kesukaran mencari baju yang sesuai merupakan satu masalah lain.

Ada doktor yang mengatakan kanak-kanak ini menghadapi masalah atau gangguan pertumbuhan hormon. Namun kajian lebih mendalam belum lagi dilaksanakan.

@fiezaradzi.com – tak larat nak dukung kalau seberat itu. Tak pernah pun cecah berat sebegitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge