Nasi Beriani Gam

Posted by

Assalamualaikum,

Makan nasi beriani gam prima di Tanjung Malim. Ye betul, macam dah jadi satu kebiasaan bila kami balik ke kampung mak ayah saya, kami sekeluarga akan singgah menjamu selera di sini. Sama ada dari Gombak atau dari Pulau Pinang. Itu pun kalau sempat bersua ‘muka’ dengan nasi beriani ni lah.

Bukannya apa, biasa kalau pukul 2.30 petang ke atas, lauk nasi beriani kat kedai ini akan habis. Kalau dari KL, 45 minit boleh sampai, ikut jalan lama. Masalahnya kalau dari Penang, kena bertolak awallah. Kot-kot sesak tengah jalan. Setakat ini, dua kali kami berjaya, yang mana baru-baru ni pukul 2.15 petang sampai kat situ. Tinggal sikit sangat lagi. Apa yang menarik sangat pasal Nasi Beriani Gam Prima ini? Jom tengok..

 photo berianigamprima_zps88ae5546.jpg

‘cover’ muka depan kedai

 photo berianigam_zps35b55d77.jpg

ini nasi beriani kambing, encik suami yang pilih

 photo berianigamtanjungmalim_zps20baa939.jpg

saya pilih nasi beriani ayam merah

Nampak macam nasi beriani biasa lah kan, nak luar biasa, tak jadi nasi beriani lah. Apa yang menarik kat sini ialah harga makanan nasi beriani ni. Harga bagi nasi beriani kat kedai ini macam kat bawah ni, ianya ‘valid’ semasa artikel ini ditulis. Manalah tahu, kot tahun depan korang pergi, harga dah lain, jangan salahkan saya pulak ye..

Nasi beriani ayam — RM8.00

Nasi beriani ayam merah — RM8.00

Nasi beriani daging — RM8.00

Nasi beriani kambing — RM10.00

Nasi beriani kambing masak kuzi — RM10.00

Nasi beriani ayam kampung — RM11.00

Harga air, lebih kurang macam tempat biasa lah. Harga standard orang kata, tapi bukan standard macam kat KLIA ke, kat Genting ke.. (Eh, kat Genting, berapa harga air?). Dekat tempat bayar makanan kedai ini ada jual sagu. Tahu tak sagu tu apa? Pergi kedai tu, tengok dan beli. Gambarnya lupa nak ambil.

Harga kira oklah untuk nilai nasi beriani tu. Tapi kalau korang nak yang murah, ada juga. Sila pergi ke Batu Pahat, ada kedai jual dengan harga RM6.00 je. Sedap pulak tu. (** Bilalah nak pergi makan nasi beriani shah tu ye? Dah lama tak pergi Batu Pahat).

Sesiapa yang rasa duduk area Tanjung Malim, atau ada yang rasa nak try nasi beriani ni bolehlah ikut jalan lama Rawang- Tanjung Malim. Kedainya atas sikit dari UPSI (kalau dari Rawang). Sebelah kanan. Lepas tu nak balik KL, boleh roger kakak blogger yang duduk kat Kuala Kubu Bharu ini. Ni map kalau korang faham.

 photo 5060618d-15ff-4841-8765-2b926d4e1683_zps08766479.jpg

Apa lagi, start kereta, pandulah ke sana.

@fiezaradzi.com – Nak try cendol Pak Man lah pulak lepas ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *