Berjauhan Dari Seseorang

Salam buat semua. Kawan-kawan kat luar sana pernah ditinggalkan atau berjauhan dengan yang tersayang? Tak kisah la oleh mak ayah ke, suami/isteri ke, atau pun si dia? Berjauhan sama ada sekejap atau lama atau untuk selama-lamanya..

BERJAUHAN BUAT SEMENTARA

Selama minggu blog saya¬† tidak dapat dibuka, selama itu jugalah suami saya tiada di sisi. Huhuu.. (dah le suami tak de, blog pun tak de..). Sebenarnya ketika tu suami ke Iran, atas tuntutan kerjaya. Kalau dulu, di awal fasa mengandungkan annur, encik suami ke China, tapi sekarang ni bila annur dah besar dan awal fasa adik annur, suami ke Iran pula. Lain rasanya kali ni. Kalau dulu saya sangat berani hinggakan duduk seorang sepanjang waktu ‘ketiadaan’ suami, tapi kali ini sedikit gusar. Walaupun jiran sebelah sedia membantu, namun ketika tiba di rumah, sedikit perasaan gusar tetap ada. Hari pertama dan kedua masih ok, cuma si kakak sedikit meragam pada hari pertama. Selalunya abah tempat dia bermain, tapi tiba2 abah tiada. Saya pula kurang sedikit kudrat untuk melayannya. Waktu malam memang sangat-sangat terkenangkan suami.

happy

Nasib baik mak dan adik-beradik menawarkan diri untuk datang ke sini. Namun, pada hari adik-beradik mahu berangkat pulang ke kampung, Annur pula seolah-olah terasa hati. Sepanjang 4 jam sebelum pulang, Annur menunjukkan rasa sedih, yang tak pernah ditunjukkannya selama ini. Tiba-tiba duduk di riba saya sambil bunyi teresak-esak. Hati mak yang memang dah sepi lagi pilu akibat suaminya tiada disisi ini akhirnya membenarkan diri dan anak pulang ke kampung, setelah beberapa titis air mata jatuh. Entah kenapa, mungkin pembawaan kedua atau mungkin juga suami tiada di sisi.

Suami pula di sana tidak dapat online seperti biasa. Maklumlah, di Iran ‘social network’ seperti Skype dan Facebook memang kena banned. Jadi kami hanya bertukar-tukar email sahaja. Perasaaan hati jangan ditanya, jika ada balasan email, hati cukup rasa gembira, cukup rasa berbunga-bunga. Tapi jika tiada, ada saja yang difikirkannya. Kadang-kadang tidur malam pun boleh mimpikan encik suami.. Annur disebabkan ada kawan, perasaan sedih tu mungkin tidak ditunjukkan sangat, tetapi dapat dibaca kerana asyik nak berkepit dengan wan (panggilan untuk datuk) saje. Kira ayah saya la.. Mungkin sebagai pengganti di kala abah tiada. Tidur pun nak di atas riba wan.

Kalau diikutkan hati seorang isteri ni memang mahu saja terbang ke bumi Iran itu, tapi apakan daya.. Jadi bagi mengurangkan rasa rindu dalam hati tu, terpaksa la sibuk-sibukkan diri dengan perkara lain. Lebih membuat hati terasa, di saat adik-beradik berkumpul, bersama-sama pasangan masing-masing. Tapi gagahkan je hati kerana mengenangkan suami pergi kerana rezeki.

Hati rasa gembira bila encik suami kata mereka cuba untuk pulang awal, tetapi rasa itu hilang setelah suami memaklumkan penerbangan ke Malaysia hanya ada dua kali seminggu, dan hari yang paling awal semuanya sudah penuh. Terpaksalah menunggu seperti yang telah dijadualkan. 11 hari tanpa suami memang sesuatu yang asing apatah lagi setelah ada anak. Apatah lagi kami selalu saja bersama-sama ke mana-mana pun. (Maklumlah kerja satu tempat). Pada hari suami dikhabarkan pulang, hati memang seronok. Mulut asyik sebut suami ajer.. hehee..

BERJAUHAN SELAMANYA

Dalam masa bercuti di kampung juga, tok (panggilan untuk nenek) meninggalkan kami semua. Saya ada 2 tok, satu tok kandung, satu lagi bukan kandung. Kami adik beradik lebih rapat dengan tok yang menjaga mak sejak kecil. Dulu keluarga mak orang susah, jadi tok kandung mengambil keputusan untuk menyerahkan mak kepada sepupunya. Sejak itu, hubungan kami dengan keluarga tok kandung tidaklah serapat tok yang menjaga mak ni. Tak tahu kenapa, tapi kata mak orang dulu-dulu memang begitu. Bila dah serahkan anak kepada orang lain, mereka memang tak ambil peduli lagi. Tapi, sekurang-kurangnya kami masih kenal saudara, cuma mungkin tidak serapat mana. Yang meninggalkan kami semua adalah tok kandung. Walaupun kurang rapat, tapi pemergiannya tetap dirasai. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sekarang yang tinggal, tok yang menjaga mak dan kami sejak kecil. Harapan, agar tok sentiasa sihat.

Tinggal sementara sebenarnya dapat menyemarakkan rasa sayang dalam hati, tetapi jika terlalu lama, mungkin perasaan tidak dapat dibendung, apatah lagi bagi seorang insan bergelar perempuan. Memang, diakui perempuan cukup tipis perasaannya, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan orang-orang yang mereka sayangi. Anda bagaimana?

Maaflah kalau membebel je kan, tapi saudara nuaeman de bertanyakan perasaan isteri bila terpaksa berjauhan dengan suami. Jadi saudara nuaeman, harap ini dapat menjawab soalan, walau pun masih banyak yang saya rahsiakan rasa hati ini..

@fiezaardzi.com – saperla nak berjauhan dengan insan yang disayangi jika ada pilihan kan?

** Pagi esok kita tengok Belanda lawan Uruguay nak?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *