Agama Lifestyle

Bersangka Baik

Assalamualaikum,

Pada suatu pagi di lokasi kedai makan. Si anak kecil ingin minum susu. Lalu si ayah pun mengangkat si anak duduk dan baring di pangkuan ibu, yang ketika itu sedang duduk menghadap makanan. Si ibu makan sambil memangku anaknya berbaring. Setelah beberapa ketika, si anak selesai minum susu coklat di dalam botolnya.

Si anak bangun nak ingin menyambung makanan kegemarannya di awal pagi, si donut. Untuk itu, dia perlu berada di kerusinya sendiri. Si ayah sekali lagi bangun mengambil si anak dari pangkuan ibu dan meletakkannya kembali pada kerusi dua tingkatnya. Tiba-tiba, kata si ayah:

“Nanti ada orang kata, apa lah si emak ni, malas betul nak bangun letak anak kat kerusi, nak juga si ayah yang bangun dan angkat,” sambil tersenyum penuh makna. Terdiam sebentar si ibu, kemudian tersenyum dan berkata, “Mmm, memanglah malas si emak dia ni. Nak angkat anak pun kena suruh si ayah juga.” Akhirnya kedua-duanya ketawa kecil (Kang orang terkejut pulak ketawa terbahak-bahak).

Antara sifat mulia orang beriman.

“Itulah gunanya bersangka baik, macam ni ha, mana orang tahu si emak tak boleh angkat benda berat. Kalau si anak berat 3kg, tak pe jugaklah. Ini dah makin besar, makinlah beratnya. Doktor sendiri cakap sebaiknya jangan angkat yang berat-berat,” si emak membalas, memandangkan keadaannya pada luaran memang sihat, namun baru sahaja beberapa bulan menjalani pembedahan.

“Memang betul pun. Sebenarnya ada perkara tersembunyi di sebalik apa yang kita nampak, jadi janganlah tuduh macam-macam. Memang bersangka baik tu bagus. Bersangka baik dan positif. Ini tak, main cakap dan hentam saja,” Kata si ayah menambah.

 photo tipbadanlangsing_zps47011c8a.jpg

senaman untuk badan langsing. Terima kasih gambar.

Akhirnya, jadilah tajuk entry hari ini.

Untuk renungan bersama, kadang-kadang apa yang kita tengok, kita dengar dan kita baca, berkemungkinan besar tidak sama apa yang kita fikirkan. Pendek kata, bersangka baik dan berfikiran positif itu lebih dituntut. Kalau rasa tak puas hati juga, lebih baik tanya sendiri kepada si pelaku dan dapatkan sebab kenapa perkara itu terjadi. Habis cerita.

Kepada si anak, sabar ye, lagi beberapa minggu, in shaa Allah, si emak boleh mengangkat kamu. Yea…

@fiezaradzi.com – Alhamdulillah, setelah hampir enam bulan pembedahan, badan dah rasa kuat sikit. Dah ada yang tanya, bila nak main badminton?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge