Agama Lifestyle

Bersangka Baik Part 2

Assalamualaikum,

Bersangka baik, ingat lagi tak entry part 1 yang lalu? Kali ini, kita tengok cerita kedua pula. maih (mari) sini, baca sama-sama, dan ambil panduan.

Di suatu tempat peranginan di tepi pantai (bukan Pantai Morib ye), kelihatan sekumpulan anak muda, lelaki dan perempuan sedang bergembira mandi-manda bersama-sama. Kedengaran gelak ketawa hingga ke kawasan sekumpulan anak muda lain yang duduk minum air. Ada di kalangan yang bermandi-manda itu, yang perempuannya memakai baju putih, sedikit sebanyak mengganggu minda beberapa orang anak muda dalam kumpulan ‘duduk minum santai’ tadi.

“Cuba korang fikir, kenapa yang perempuan tu mandi nak juga pakai baju putih, cuba fikir, cuba fikir,” kata salah seorang daripada kumpulan ‘duduk minum santai’ itu.

“Kenapa apa lagi, sajalah nak tunjuk ‘aset’ dia kat orang tu,” jawab yang seorang lagi.

“Ha, itu jugak aku fkir. Aku yang tengok ni juga yang orang kata salah nanti, kata aku jugak yang gatal,” balas yang pertama tadi.

"indah ciptaan"Alam dikurniakan untuk kita berfikir

Berfikiran positif, kan lebih baik.

“Tak, bukan macam tu sebenarnya. Manalah kita tahu, dia pakai baju tu sebab baju yang warna lain semua belum basuh. Tiba-tiba je datang sini. Tak pun mungkin juga dia tak plan pun nak mandi, bawak baju biasa-biasa je. Sekali bila datang tengok air, seronok pulak mandi. Kalau lepas peluang mandi, rasa rugi pulak. Pakai je lah baju yang mana ada. Takkan lah saje je dia nak tunjuk kat korang kan..” sampuk seorang gadis jelita yang berada di kalangan kumpulan ‘duduk minum santai’ itu.

Boleh je kalau nak bersangka baik kan, sama ada kita nak ke tak nak je. Senang je pun, tak perlu keluar wang ringgit pun.. Jangan kita gaduh-gaduh okey.

@fiezaradzi.com – Kalau semua bersangka baik dan positif, taklah timbul huru-hara kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge