Berubah Sama Sekali

Posted by

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu dan berehat bersama keluarga. Kalau yang duduk bujang itu, selamatlah seorang diri. Jangan risau, nanti adalah keluarga sendiri nanti. Tak pun balik kampung jenguk mak ayah, adik-beradik.

Sejak bermulanya tahun 2013 ni, jadual kami hari-hari pun dah berubah. Kalau dulu, hujung minggu, kadang-kadang pukul 10-12 baru nak basuh baju, sidai baju. Tapi sekarang ni, pukul 8-9 dah boleh sidai baju. Bangun awallah katakan. Anak-anak pun sama, bangun awal sebab tak terbiasa bangun awal setiap hari. Perubahan yang bagus.

Jadi sekarang ni hujung minggu dapatlah ke pasarmemilih ikan yang lebih baik, taklah dapat yang orang dah tak mahu kan. Ada pilihan sikit. Hari ini, sekali lagi membeli sayur dari pakcik baik dengan harga RM4.80 sahaja. Dapat sayur sawi, tomato, taukua, cili padi dan lobak merah. Kalau ada satu pasar tu, mahu RM9.00 tau. Tak pergi dah pasar tu.

Sayur-sayur macam biasa, buat sup, sebab askar-askar kecik tu suka sangat sup sayur. Nampak la makan banyak sikit. Senang kerja mama, main potong-potong, campak dan rasa saja. Letak sikit sosej ke, fishball ke, siap. Tapi si mak ni pulak yang boring, asyik makan sayur bersup aje. Nasib baik si abah tak cerewet.

Apa pun, demi anak, ikutkan saja. Lain kali dah bosan, baru dia minta masakan lain pulak. Layan aje selagi boleh. Nah, layan gambar..

 photo tauhu_zps5d4bd243.jpg

Taukua masak merah

 photo supsayur_zpsce13ce51.jpgsup sayur.

Selamat berhujung minggu. ‘Taukua’ tu dalam bahasa utaranya ialah tauhu.

@fiezaradzi.com – dah, nak pergi goreng ikan. Pastu, ngap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *