bijakkah kita kendalikan anak?

Salam semua? macam mana hujung minggu anda? Harap semua ok.

Hari ni nak bercerita tentang kemahiran menjaga anak. Hatta korang seorang ibu mahu pun ibu saudara, mesti pernah jaga budak kan.. Oh lupa, juga buat korang yang bergelar ayah atau bapa sedara. Susah jaga anak kecik ni?? Susah ke? ke senang? Pasti masing-masing de pendapat sendiri kan..

Punya seorang puteri, pada saya tidaklah susah menjaga si kecil ini. Sungguh, anak saya tidak banyak ragamnya, cuma tatkala diri kurang sihat, sifat ngada-ngada tu datang jua. Biasa la bagi budak kecik kan.. Tapi yang pasti, anak saya tidak banyak melalak tanpa hala tuju. Di tengah malam, tersedar mahukan susu tidak pula menangis tanpa henti-henti. Asalkan ada yang menemaninya bermain, itu cukup menggembirakan hatinya.

BAB MAKAN

Susah anak makan? Mungkin ya bagi saya pada keadaan tertentu. Kadang-kadang mudah, hingga lima sudu besar dapat dihabiskannya. Kadang-kala, satu sudu kecil pun susah. (sekarang ni, puteri tu dah tertido tanpa makan, hanya beberapa sudu kecil je masuk perut, yang lain, penat mengejar..). Entahlah, agaknya kurang sihat minggu ini. Anak korang camner?

KESIHATAN

Di bawah jagaan mak di kampung, memang anak saya sihat, malah sesekali sahaja panas badan. Tapi, apabila di sini, agak kerap puteri ni kurang sihat. Adakah saya tidak pandai menjaganya atau kesan dari kanak-kanak lain di tempat jagaan sewaktu saya bekerja.. Jika difikirkan, memang di kampung tiada kanak-kanak lain yang seharian bermain & bersama-sama anak saya, tetapi di sini, saya terpaksa menghantar anak dek desakan kerjaya. Mungkinkah anak  lain yang kurang sihat disebarkan kepada anak saya? Adakah sebab itu ramai ibu bapa gemar menghantar ke rumah pengasuh berbanding pusat jagaan?

MINUM SUSU

Alhamdulillah, sejak balik ke kampung hingga hari ini, puteri saya tu senang minum susu. Asalkan penat, atau dahaga, susu akan dimintanya. Dulu, sewaktu masih lagi ‘breastfeeding’, memang sukar anak saya minum susu botol. Sedih memang sedih tatkala tidak lagi ‘breastfeed’ baby, tapi untuk kebaikan anak, teruskan apa yang mampu.

BERMAIN

Memang puteri ini suka bermain. Asal ada masa, mesti nak main. Kadang-kadang walaupun mengantuk, ditahan mataya supaya boleh bermain. Sewaktu di kampung, makan pun dilupakannya kerana asyik bermain ketika saya dan suami menjenguknya. Adakah sebab itu anak saya kurang gemar makan jika bersama kami? Entahlah..

TIDUR

Sama seperti makan, puteri ini akan tidur jika dia benar-benar mengantuk. Kebiasaannya, anak kecil tidur dua kali di siang hari, kadang-kadang menjangkau dua jam setiap kali tidur. Tapi, puteri saya, jika kami ada, hanya sekali tidur di waktu siang, antara satu hingga dua jam sekali.  Entah kenapa, sukar dijelaskan.

Walau apa pun, memang lain anak kecil, lain ragamnya. Saya bersyukur dianugerahkan anak yang bijak, (setahun setengah dah boleh bercakap dan bunyikan bunyi binatang), yang sihat, yang tidak menyusahkan ibu bapanya. Moga ini semua akan terus hingga puteri ini besar dan pandai menjaga diri. (Tapi, puteri ni memang pemalu..- bagus la tu kan..).

Doa saya agar puteri ini akan terus membesar dengan baik, bijak dan sihat, serta menjadi insan yang dituntut agama. Amin. Bagaimana dengan anak anda. Gemar makan atau bagaimana? Dan bagaimana cara anda kendalikan anak anda sekiranya ada masalah tertentu yang timbul? Marilah kita kongsikan bersama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge