Bila Teman Tapi Mesra Tak Sihat

Assalamualaikum,

Semua sihat?parking Baguslah. Blog ni je yang kejap sihat kejap sakit. Bayangkanlah, kali ni baru ada masa nak menulis. Baru rajinlah katakan.

Baru-baru ni cadang nak balik kampung. Dah siap dapat cuti lagi. Tapi dalam seminggu dua sebelum balik tu, teman tapi mesra tak sihat pulak. Masa tengah drive, memang tak de apa-apa masalah, tapi bila enjin dah panas sikit, berhenti pulak kat traffic light, atau masa sesak, memang sesak nafas jadinya. Korang dah tau teman tapi mesra tu apa?

Kisahnya bermula bila kejadian tu jadi pada encik suami yang drive vios tu. Masa tengah berhenti, sepatutnya rpm kereta stabil, tak tinggi dan tak pula rendah sangat. Kena tengok korang set kereta macam mana la. Tapi masa kejadian tu, rpm vios jadi tak stabil, bila rpm turun dari 500, bergegar-gegar kereta tu. Kadang-kadang enjin kereta terus senyap. Mati.

Pening kepala memikirkan sebab jadi perkara ni. Nak kata setting rendah sangat, encik suami nak pergi kedai banyak kali, tapi ok je. Dalam kawasan situ ada satu alat, namanya throttle body. Bahasa melayunya tak tau. Itupun suami chek dengan pomen-pomen yang cakap. Itu pun dah check dan bersihkan, tapi masih lagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Nasib baik abang pomen tak caj walaupun sekupang.

Last-last, kami tawakal je balik ke kampung juga. Yelah, cuti dah dapat kan. Lagi pun, kat kampung tu ada seorang pomen ex-toyota, so rasa biar pakar yang tentukan. Hari Sabtu tu terpaksalah tinggalkan teman tapi mesra tu kat bengkel dia. Ada juga kejadian yang hampir menyesakkan hati (pomen kata mungkin tak sempat siap sampai selasa, tunggu bos dia balik dari KL). Sapa suruh bos dia pi rumah kami tak tau..

Bila dah malam, nak keluar makan ramai-ramai, adik pomen tu kata kereta dah nak siap. Dia test kat vios dekat highway dan biar enjin sejam. Akhirnya bertemu mata kembali dengan teman tapi mesra tu. Dipendekkan cerita, masalah yang dikenalpasti adalah ‘pengesan oksigen’ atau bahasa sempoinya Oxigen Sensor. Korang check la, nak-nak kereta fesyen baru tu kan. Macam vios ada 2 O2 sensor tu, yang rosak satu je.

Alhamdulillah, setakat ni dah hampir 2 minggu kejadian tu berlaku. So far ok, walaupun kadang-kadang kami berdua naik cuak kejap. Moga teman tapi mesra tu tetap sihat. Lama lagi nak pakai tu.

@fiezaradzi.com – Ada satu tu je teman tapi mesra, buah hati toyota vios tu.. Eh, jangan pelik ye baca blog perempuan, tapi cerita pasal kereta.

12 comments… add one
  1. Arif 9 November 2017, 3:02 pm

    Salam saya punya masaalah masa start then beberapa second lepastu mati tiba2 , apa punca jadi camtu ?

    Reply
  2. Ju 25 October 2017, 8:02 pm

    Saya baru betul gearbox bila selesai ada sensor injin keluar kat dashbox pg check pomen ckp p2770 apa harus saya buat minta tlg..

    Reply
  3. mohd pauzi 1 October 2017, 10:22 pm

    Saya juga mengalami masalah enjin tiba2 mati semasa tunggu traffic light. Alhamdulillah, problem dpt diatasi dgn menukar feul pump baharu. Kereta OK sampai sekarang..

    Reply
  4. Syahreyn 28 September 2017, 2:49 pm

    Sya jua punya masalah yang sama… Exzoz sensor dengan oxygen sensor. Tak sama ker?? Sya pngguna vios dri brunei… Throttle dh servis….

    Reply
  5. Kema 12 August 2017, 12:14 pm

    Sy pon pengguna vios…ad masalah yg sama jgk…dh servis throtle body to sama jgk mslah x setel..4x bwk pegi toyota xdpt detect, last sekli tgl kat tyota 5hri bru dpt kesan oxygen sensor…skrg tgh tgu brg sampai..hrp2 xde mslh lps ni…bla prmpuan xtahu psal kereta..stress plk…melayang rm800+…

    Reply
  6. Ira 27 July 2017, 3:02 pm

    Cuak jgak kalau kereta buat hal masa dlm perjalanan. Risau kejadian x diingini berlaku.
    post terbaru Ira ..Vivix Shaklee Dari Penjelasan Ketua Saintis Shaklee

    Reply
  7. shaiful azril 14 June 2017, 2:31 pm

    woo…ganas jugak O2 sensor boleh jadi penyebab engine mati…dan kos RM1300 serious mahal…

    utk kereta saya B170, O2 sensor sahaja (beli dr kedai sparepart) RM 297/pc so total hampir RM600.

    tp saya x tukar2 jgk lagi O2 sensor…lambang engine dh naik..scan pun kedai ckp O2 sensor dgn throttle body kena clean up…pun x buat lagi…tgu senang skit buat lah..

    Reply
  8. Lorene 24 April 2017, 12:53 pm

    Fell out of bed feeling down. This has brngeteihd my day!

    Reply
  9. hanif 23 January 2017, 7:36 pm

    brapa kos eksigen sensor tu skli repair

    Reply
    1. Mur 25 February 2017, 11:02 am

      Sy tukar dkt 1300 utk 2 biji..tp ttp masalah mati sendri jgk kete..

      Reply
      1. Syahreyn 7 October 2017, 10:42 pm

        2 Biji ke oxygen sensor die?? Beerti yg 1 dekat bawah enjin.. Yg 1 lagi kat mane ye;?? Dan beerti… Kalau 2 2 dh tukar… Kompom masalah die fuel pump….

        Reply
  10. Rochus 14 January 2017, 1:50 am

    Encik nak tumpang tanya ..saya pun ade masalah dgn teman tapi mesra juga vios 2004 enjin tiba tiba mati …behenti sekejap dlm 20 minit boleh start blik …pas tu jln dlm 2km mati blk …adakah masalah 02 sensor juga encik..

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge