Blogger Yang Terdesak
2010
Baru-baru ni en rohaizad de menganjurkan satu ‘acara’ mengenai penulisan blog yang bertajuk Blogger Yang Tersepit. Kali ni beliau tampil pula bersama single terbaru yang bertajuk Blogger Yang Terdesak. Jadi, saya nak ambil kesempatan juga la, nak join ‘acara’ ni..
Apa yang terdesaknya? Ye la, hari ni sebenarnya hari ulang tahun ketiga kami bersama-sama menjadi suami isteri. Memang terdesak ni, terdesak nak cari hadiah apa.. Padahal hari ni la kes kejadian.. huhuu.. Bukan kes tak ingat, ingat masa awal bulan lagi. Tapi, bayangkanlah, hari-hari pergi kerja sama-sama, buat kerja sama-sama, balik rumah sama-sama, makan (tapi skg tengahari tak leh makan ye) sama-sama. Jadi, bila la saya ada masa nak keluar ‘mencilok’. Bila nak keluar waktu si dia solat Jumaat, tak bagi pula.. sebabnya si dia nak ikut juga.. Ah.. terdesak ni..
Ada juga survey ‘barang’ di online, dah tahu dah nak beli pe, tapi bila difikirkan semula, lebih baik beli sendiri. Ye la, kedainya sekangkang kera je dengan tempat kerja, jadi kenapa perlu bersusah-susah nak beli online.. (Saya maksudkan hadiah yang de dalam minda ye..– bukan tidak menyokong pembelian online..hehhee).
Jadi, kawan-kawan, macam mana ni? Terdesak sungguh ni.. dulu leh juga ‘mencilok’ masa waktu ke kedai cenderahati, tapi kali ni saya nak beli benda lain.. huhuu.. encik abang, tolonglah jangan ikut saya pergi tengok hadiah ek.. Tak best la camni, tak surprise kata orang. Orang yang kata, bukan saya.. Hhheee.. Sebab kalau saya bagitau encik abang nak beli buat apa, mesti encik abang kata tak payahla beli hadiah.. kan? kan? Dah tau dah. Jadi dengan itu, izinkanlah saya keluar. sekejap je.. Saya tak pergi tempat lain punya.. Janji.. hehhee..
Agak-agaknya semasa entry ini ditulis encik abang terdesak ke? eh, tersedak…. hehehe.. Jadi encik rohaizad, inilah entry saya. Sesungguhnya saya tak de idea nak tulis apa, jadi memang kira merepek meraban dah ni.. Maaf ye.. Janji, saya blogger yang terdesak…
@fiezaradzi.com – saje je memeriahkan ‘acara’ blog bro ijad ni. Apa pun, happy anniversary yang ke3 ye wahai encik suamiku…

hehe kesian nya..mmg terdesak sungguh..tak de plhn lain, kena lah jugak beli online hee
.-= fdhelina´s last blog ..5 jam sebelum & seminggu selepas kejadian =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:33 am
@fdhelina, itulah pasal farra.. mmg kena gak la kalau keadaan cmni..huhuhu
[Balas]
Wow.. ini betul punya terdesak ni.. kalau Encik Suami Puan Fieza baca, konfirm dia izinkan keluar. hehe
.-= Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:34 am
@Dila.13, die nak ikut gak.. tak tau la pas baca entry ni..hahha..
thanks drop sini ye
[Balas]
Dila.13 Reply:
August 18th, 2010 at 6:02 pm
@fiezaradzi, kalau macama tu, ajakkan aje lepas tu suruh dia pilih sendiri hadiahnya. haha
.-= Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 19th, 2010 at 12:10 pm
@Dila.13, ok jugak kan cmtu.. hehe
[Balas]
hafizmd Reply:
August 19th, 2010 at 12:46 pm
@Dila.13, die dah berjaye keluar..hehee
.-= hafizmd´s last blog ..Blogger yang tersedak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 19th, 2010 at 4:21 pm
@hafizmd, hehehe.. mesti pandai cilok..
[Balas]
Dila.13 Reply:
August 28th, 2010 at 5:32 am
@hafizmd, hahaha.. lawak k korang!
.-= Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 30th, 2010 at 12:24 pm
@Dila.13, itulah yang menceriakan rumahtangga
[Balas]
erk mmg terdesak kalau nak update entri tak sempat..
salam perkenalan..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:34 am
@syahrilhafiz, itu mmg biasa dah.. tapi bila terdesak tu leh update tu.. kan?
[Balas]
kelakar plak baca n3 ni, blogger yg terdesak yer, kalau tak baca mesti tak tau, hehehehe, terdesak pun boleh jadi acara penulisan blog yer, hehehe
.-= usop´s last blog ..Student IKBN Di Harian Metro =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:35 am
@usop, itulah, manusia ni bila terdesak, leh aje buat kan.. hihii
[Balas]
ni kira idea dari blogger yang terdesak lah ni. hahaha…
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:35 am
@Fazli, begitulah kiranya en fazli.. terdesak..hihii
[Balas]
Cian aa plaks membacanya, terbaik adalah guna online jer, skali skala bagi sejambak bunga, biar berbunga-bunga hati cik abg tu nanti… hehehe
.-= Eizil´s last blog ..Blogger yang terdesak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:36 am
@Eizil, mmg pun lau dah keadaan cmni.. tak pe, lain kali leh guna cara online nih.. lagi surprise kan.. bunga.. nnti die layu..
[Balas]
alahai siannya. harap-harap mission ‘hadiah’ accomplish yea…
p/s: thank you blogwalking di blog saya
.-= noreed´s last blog ..Blogger Yang Terdesak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:37 am
@noreed, terima kasih.. dah accomplish dah.. hahaa.. berjaya jugak..tapi sebab sembunyikan hadiah tu, baru pagi tadi si dia terjumpa.. hehee
[Balas]
alah..kalu cik abg sayang, tak dapat hadiah pun tak isah.
maybe boleh dibeli kemudian hari..belated ulangtahun la.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:38 am
@Ladfe Amir, lelaki mmg selalu camtu.. lau nak beli hadiah je, sama ada tak kisah atau tak payah.. huhuu.. tapi, sekali sekala nak juger bagi kan.. ehehhe.. nampak gaya nye hadiah tu akan jadi belated la..
[Balas]
salam ramadhan..
kak bila nak tambah bilangan anak lagi heee..
smoga kbhgian akan sntisa mengiringi kak heee..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:39 am
@suri, salam.. insyaallah on the way.. hehee.. doakan ye.. terima kasih atas doa tu.. samalah utk suri ye
[Balas]
wahh syok baca cerita org yang dah kawen ni huhu sweetnya…huhu..bilakah saatnya aku dapat merasai semua itu
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:40 am
@aimannajmy, insyaallah suatu hari nnti.. hehe.. de tu org kat luar tgh tunggu tu..
[Balas]
hehe..sweetnye entry nie..semoga suami gembira dengan hadiah yang dibelikan
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:40 am
@madlut, terima kasih.. saya pun harap2 camtu jugak..
[Balas]
ni yg tak sabar nak kawen ni..:)
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:40 am
@tengkorak emas, sabar ye.. insyaallah saatnya akan tiba
[Balas]
dah tiga ek kak… semoga berbahagia…
.-= zik´s last blog ..Mercun oh mercun! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:41 am
@zik, haah zik.. baru 3.. jauh lagi perjalanan nih..
[Balas]
mesti si suami akak terharu bila baca entri ni,,mna taknya, sampai terdesak tu bak cr hadiah untuk ulangtahun..bkn semua org mcm akak..ingat akan tarikh2 penting ni…ada yg jenis bt2 lupe je psl bnda cmni,hehee
semoga akak dan keluarga terus bahgia:)
.-= azizan4444´s last blog ..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:44 am
@azizan4444, nnt akak tanya die terharu tak? hahaa…ala, jijan selalu pompuan mmg alert dgn tarikh2 ni..mostly la kan.. lagipun, bagi2 hadiah ni kadang2 leh eratkan hubungan, bukan org lain pun.. suami sendiri kan.. hehee
terima kasih ye atas doa jijan tu.. hehehe
[Balas]
memang terdesak sungguh ni…dah dapat ke hadiahnya?
.-= cikgunormah@klcitizen´s last blog ..teringat anak- terlupa isteri =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:51 am
@cikgunormah@klcitizen, mmg terdesak… alhamdulillah, petangnye dah dapat hadiah yg dicari…hehe.. terima kasih
[Balas]
terdesak btui gak nih. saya pun pernah camtu. last2 sy bwk dier dan tak suprise dah la kan. mana peten dier bkenan. then setel. hehehe
.-= mummynana´s last blog ..Blogger Yang Terdesak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 10:51 am
@mummynana, selalu pun camtu gak.. tapi kan mummynana, kdg2 tu die kata tak yah la beli.. tu yg tak syok tu.. huhuu
[Balas]
ye la. pun ade jugak camtu. bwk skali tamo pulak.. tak pyh la. simpan je duit la. isk. sabau je.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 2:40 pm
@mummynana, itu la pasal.. huhuu
[Balas]
owhh…en suami disebut di sini..bestnye…untung en suami….:D
terima kasih utk segalanya
.-= hafizmd´s last blog ..Blogger yang tersedak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 18th, 2010 at 2:41 pm
@hafizmd, mestilah sebut.. untung ek.. lupa nak link kan ke blog en suami la.. maaf ye..
terima kasih gak..
[Balas]
hehe..
depend on person gak…
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Kebuntuan Melanda Si Pingu =-.
[Balas]
Salam perkenalan.
Bulan puasa ni, jangan terdesak sangat. Nanti habis semua duit asyik berbelanja. Hehehehehe…. Good luck dengan contest yek.
.-= zezebel´s last blog ..WW- Share your broadband service provider =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 19th, 2010 at 12:12 pm
@zezebel, insyaallah, lau terdesak pun tak de berbelanja lebih.. budget kena ada.. hehe.. thanks for the advise.. tapi bulan puasa mmg leh jimat lau nak..kan?
[Balas]
dila..die dah kuar dah..hehehe
.-= hafizmd´s last blog ..Blogger yang tersedak =-.
[Balas]
ini betul2 kes terdesak ni..wife saya terdesak macam ni juga masa nak pilih hadiah..tu pasal dia beli secara online je..
beli je apa yg patut..suami mesti terima dengan hati gembira..
.-= khairolghani´s last blog ..BB dah nak keluar ke =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 19th, 2010 at 4:23 pm
@khairolghani, lain kali mungkin kena buat cmni la.. senyap2, spya suami tak tau..
tul.. nasib baik suami jenis yg tak demand.. lau tak, lagi tersepit agaknya..hehee
[Balas]
terdesak betul hehe
hurm skrg terdesak nak cari idea tulis entri ni
.-= Wan´s last blog ..Ramadan Ini Milikku! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 20th, 2010 at 10:45 am
@Wan, heheee.. mmg terdesak..
itulah, kadg2 blogger memang terdesak nak tulis entry kan wan.. samalah kita..
[Balas]
memang dah kira terdesak tu..
tapi terdesak nak beli hadiah sampai mencilok tak kisah juga
.-= kulanz´s last blog ..Cerita Hari Rabu =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 20th, 2010 at 10:47 am
@kulanz, hahaa.. mencilok masa kulanz.. tu yg tak dapat tu.. setiap masa bersama.. camner.. hihii.. memang kena mcilok di online kot next time..
[Balas]
Salam kenal.
Good luck ya untuk contest blogger yang terdesak ni.
Semua yang join ni power-power blogger. Hehehehehe….
.-= zezebel´s last blog ..Some men not a gentleman =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 23rd, 2010 at 11:33 am
@zezebel, contest ke? bukan kot.. saje bro ijad meriahkan dunia blog kot..
[Balas]
takpa..biar terdesak tapi dapat hadiah nanti..hehe..
gud luck ea..
.-= Mr.Z´s last blog ..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 23rd, 2010 at 11:34 am
@Mr.Z, terdesak, tapi org lain yg dpat hadiah.. sbb tuan blog tu bukan buat kontest rasanye..
[Balas]
ni kira betul-betul terdesak ni.anyway happy anniversary
.-= slimdiet2´s last blog ..TELAH BANYAK KAJIAN MENGENAI KOLOSTRUM DILAKUKAN =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
October 28th, 2010 at 2:37 pm
@slimdiet2, tima kasih
[Balas]
Trackback & pingback
[...] Puan Fieza – Blogger Yang Terdesak Haha… I like. Kisah terdesak yang sungguh sweet dari Puan Fieza. Jangan tak ...
[...] ®hafizmd – patutlah saya tersedak semalam…sebab isteri ada sebut pasal en suami dalam entri Blogger yang Terdesak…hehehe.. [...]
[...] buat semua. Selepas entry bertajuk Blogger Yang Terdesak ke udara, blog ni mendapat komen yang banyak dari biasa. Memang ...
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web