Bread, Love & Dreams – Kim Tak Gu

Kawan-kawan tengok tak chanel 303, yang sekarang ni dah tukar 391? Tiap-tiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.03 malam de citer ni, yang mana sudah menghampiri penghujungnya minggu depan. Cerita apa ye? Kat tv dikenali sebagai Breads, Love & Dreams, tapi kalau secara online dikenali sebagai King of Bakers, Kim Tak Gu. Boleh la cari ye..

Kisahnya mengenai seorang anak sulong lelaki kepada presiden syarikat besar pembuat roti. Namun kewujudannya cuba ditidakkan oleh isteri bapanya kerana Kim Tak Gu adalah hasil dari hubungan dengan bekas kekasih presiden. Satu insiden telah menyebabkan dia terpisah selama 14 tahun dengan emaknya. Sepanjang 14 tahun itu, Kim Tak Gu hidup bersendirian dengan harapan dapat berjumpa dengan emaknya suatu hari.

Kebolehan tersendiri & istimewa Tak Gu ialah boleh mengenal pasti kandungan sesuatu bahan dengan hanya melalui bau. Ada bakat dan minat dalam membuat roti, tetapi sejak mencari emaknya, bakat itu ditinggalkan. Pencariannya menyaksikan pelbagai perkara berlaku. Apa kesudahannya? Kalau berminat sila ikuti dua episod akhir di saluran KBS 391 hari Rabu dan Khamis nanti ye.

ADA APA DENGAN KING OF BAKERS?

  1. Kebolehan Tak Gu dalam mengawal perasaan marahnya walaupun pelbagai perkara yang datang kepadanya
  2. Keazaman dalam diri Kim Tak Gu yang akhirnya membawa perkara baik kepadanya sama ada cari soal mencari emaknya atau pun dari segi bidang membuat roti
  3. Personaliti yang terdapat pada Tak Gu sehingga menyebabkan ramai yang suka padanya – disebabkan sifat dalam diri yang baik.
  4. Kejahatan orang samseng yang ditundukkan oleh ketelusan hati dan kebaikan Kim Tak Gu
  5. Banyak perkara positif yang boleh diambil dari cerita ni.

Cerita ini juga mendapat perhatian penonton Korea sendiri sehinggakan watak utama, Yun Si Yun dikenali ramai dengan cepat.

Untuk download cerita ini boleh ke sini

Kalau nak tengok online pun boleh, di sini

Suka dengan OST cerita ini? Sila ke sini

@fiezaradzi.com – asyik nak cari roti je bila tengok cerita ni.. hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge