Blogging

Dia Sudah Datang

Assalamualaikum,

Buat duit dari blog. Yea, yang ditunggu sudah pun tiba. Akhirnya semalam, cek dari Nuffnang yang ditunggu-tunggu, sudah pun sampai dalam peti pos. Alhamdulillah, kali ini nilainya lebih sikit dari yang ini dan juga yang itu. Alhamdulillah, semua ni rezeki dariNya. Terima kasih Ya Allah.

Nak kata banyak tu, tak de lah sangat. Nak bayar bil Unifi bulan ni, dah boleh dah. Tapi, biasalah orang perempuan kan, bila ada duit lebih, mulalah berangan itu ini. Tapi, kali ini tak tahu nak buat apa. Nak beli jam tangan baru, dah ada orang hadiahkan. Nak beli beg duit yang dah koyak, baru je beli hari itu. Jadi, biarlah dulu. Mungkin boleh beli baju anak-anak dan juga hadiah ‘sekeping‘ baju untuk si dia.

 photo 6apr_zpsb7d9ae4f.jpg

Apa pun, belum decide lagi. Tengoklah apa yang patut nanti. Yang menarik, boleh buat ‘hadiah’ hari lahir..

 photo ceknuff_zpsec743282.jpg

 photo jam_zps071687de.jpg

Nilainya taklah sebanyak otai Nuff yang lain. Yang menariknya, hari tu, lepas cash out, beberapa hari jugaklah tak de pendapatan baru masuk. Sekarang, alhamdulillah, ada juga CPUV baru 3-4 ketul. Rezeki, rezeki. Bersyukur biarpun nilai boleh cash out jauh lagi.

@fiezaradzi.com – Adik ipar (adik suami) baru dapat baby 5 April lalu, tapi baby tak boleh keluar hospital lagi. Harap kawan-kawan dapat doakan, supaya baby kecil itu dapat segera bersama ibunya di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge