Review Buku | Badiuzzaman Said Nursi

Posted by

Assalamualaikum,

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari. Dalam senarai, masih ada banyak buku hendak dibaca. Disebabkan kedai buku ini sangat dekat dengan tempat kami, rasa nak membeli buku tu memang kuat sangat. Sebab tu ada kawan-kawan yang dapat buku dari kami. Bila dah beli, kalau tak baca, memang rugi. Jadi dalam senarai, masih banyak buku untuk dihabiskan.

Hari ini dah habiskan satu lagi buku novel sejarah terbitan PTS Litera ini. Buku ini dicetak pertama kali pada tahun 2012, buku baru la kiranya. Buku yang saya baca adalah cetakan kedua, yang juga pada tahun 2012. Memang laris jualannya, sehingga telah diulang cetak. Buku apa ye? Jadi kali ini kita review buku Badiuzzaman Said Nursi ini.

Buku: Badiuzzaman Said Nursi

review buku badiuzzaman said nursi Penulis: Abdul Latip Talib

Terbitan: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Harga: RM27.00 (SM)/RM30.00 (Sbh/Srwk)

Sebuah buku bersifat novel sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib mengisahkan seorang tokoh Islam yang lahir di Turki. Semasa usia masih muda, Badiuzzaman Said Nursi seorang yang tidak kenal erti takut dan dikurniakan Allah akal fikiran yang tajam. Sering sahaja menjadi kesayangan guru, walau pun usianya lebih muda dari kebanyakan pelajar lain. Juga dikurniakan Allah dari ingatan yang baik, mampu membaca semula setiap ayat yang pernah diarahkan gurunya membaca.

Beliau adalah seorang tokoh Islam Turki yang terkenal dengan perjuangannya memelihara akidah umat Islam, di kala Turki diisyhtiharkan sebagai negara ‘republik’ ketika zaman pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk. Di kala negaranya bertukar menjadi sekular, di mana Al-Quran diharamkan, pemakaian tudung dilarang, masjid dan sekolah agama ditutup dan pelbagai aktiviti agama lain dilarang, beliau tidak pernah berputus asa berjuang. Bukan menggunakan kekerasan, tetapi beliau digeruni kerana ketokohannya melalui ketegasan pendirian dan penulisannya yang tidak pernah kenal takut.

“.. Saya dapati orang Islam mundur daripada segi kebendaan berbanding dengan orang-orang Eropah. Hal ini berpunca daripada enam perkara, iaitu: merebaknya sikap putus asa, tidak adanya keikhlasan dalam kehidupan masyarakat, wujudnya sikap permusuhan, tidak adanya hubungan persaudaraan dalam kalangan umat Islam, wujudnya kezaliman dan kekerasan serta timbulnya sifat pentingkan diri sendiri…”, antara syarahan Badiuzzaman Said Nursi di Masjid Umaiyah, Damsyik.

Biarpun ke mana sahaja ditempatkan (dibuang daerah) atau berapa kali keluar masuk penjara, namun Badiuzzaman Said Nursi tetap tabah dan terus berjuang melalui caranya sendiri. Beliau adalah seorang pejuang Islam yang cuba mengembalikan Turki kepada ajaran Islam sebenarnya.

Badiuzzaman Said Nursi, Pejuang dan Pemikir Islam Turki, hasil tulisan Abdul Latip Talib sesuai dibaca semua, sebagai pengajaran mengenai ketabahan seorang tokoh Islam dan tidak lunturnya semangat berjuang yang dimilikinya. Banyak lagi kisah menarik yang berlaku, malah berkali-kali kepada Badiuzzaman Said Nursi yang diceritakan dalam buku ini. Kalau nak tahu, jangan lupa beli dan baca buku ini.

Bagi saya, buku ini mengambarkan tindakan tokoh Islam yang tidak menggunakan sebarang kekerasan atau hasutan dalam menyampaikan dakwahnya. Namun ketegasannya amat mengagumkan sehingga beliau menjadi satu ikon yang besar pengaruhnya dalam sejarah Turki.

Buku ni memang best. Boleh ukur di mana tahap kita, dan boleh ambil iktibar cara dan pemikiran seorang tokoh Islam dalam menghadapi negara yang semakin melupakan Islam sepenuhnya.

@fiezaradzi.com – Lepas ni nantikan review bukuĀ Mustafa Kamal Ataturk pulak ye…

** Kalau korang suka boleh beli, dan klik mana-mana satu korang rasa nak share. Tiada paksaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *