Bulan Sukan
2010
Salam semua. Perasan tak, bulan ni penuh pasal sukan. Mula-mula penentuan juara liga bola sepak EPL, yang berakhir pada 9 Mei, menyaksikan Chelsea menjadi juara, diikuti oleh Man U dan Arsenal. Masing-masing de reaksi yang pelbagai dengan kemenangan Chelsea ni. Tak percaya tengok sini.
Kredit gambar: official website
Kemudian sekarang ni tengah berlangsung pertandingan badminton Piala Thomas dan Piala Uber, yang mengambil siaran di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Teringin nak pergi, tapi disebabkan ada si kecil, tak sampai hati pulak. Tengok live je la, kat tv. Sekarang dah masuk peringkat separuh akhir di mana bakal menyaksikan pasukan negara akan bertemu dengan China pada pukul 7.30 malam ini. Ketika kalah di tangan Jepun pada peringkat kumpulan, pelbagai reaksi dari peminat tanah air. Ada yang kecewa, ada yang mengatakan strategi dan banyak lagi. Yang paling hebat, di dada akhbar kisah pemain bergu negara yang hilang sabar kerana ejekan penonton setelah mereka kalah perlawanan itu. Tidak kurang juga hafiz hashim yang menjadi mangsa lontaran rasa tidak puas hati.
Namun, setelah berjaya menewaskan Denmark 3-2, situasi terus berubah. Hafiz hashim sebelum ini dijadikan bahan ejekan, terus diangkat menjadi wira negara apabila menjadi penentu kejayaan Malaysia. Memang berhak pun kerana corak perlawanan yang beliau tunjukkan sangat berbeza. Dengan kejayaan ini, Malaysia akan bertemu China di separuh akhir. Lawan yang mempunyai rekod cemerlang kerana dikatakan pembangunan sukan badminton yang hebat. Apa pun, pertembungan Chong Wei – Lin Dan pasti ditunggu-tunggu kerana sudah lama mereka tidak bertarung. Moga yang terbaik berlaku hari ini, dan semoga Malaysia berjaya ke peringkat akhir nanti. Itu doa peminat sukan tanahair.
Di sebalik kemeriahan Piala Thomas, sedarkah kita bahawa satu lagi sukan peringkat antarabangsa sedang berlangsung di Malaysia? Piala Hoki Sultan Azlan Shah sedang hangat berlangsung di Perak, menyaksikan pasukan negara berada di tempat teratas mengatasi India dengan satu mata, tetapi lebih satu pertandingan dari India. Menyaksikan perlawanan Malaysia lawan India dan melawan China semalam, sangat mengujakan. Menang ke atas kedua-dua negara tersebut cukup menggembirakan. Namun, kedudukan itu belum pasti membenarkan pasukan negara ke akhir. Malaysia perlu menunggu beberapa perlawanan lain untuk mengesahkan ke peringkat akhir kerana jika mata yang sama dengan beberapa negara lain, jumlah jaringan gol bakal dikira. Jadi berdoalah agar Korea, Pakistan dan Australia seri dengan lawan masing-masing.
Ada sukan lain yang sedang berlangsung? Itu setakat yang saya tahu la. Kalau ada, mari kita kongsikan bersama.
@fiezaradzi.com – blog ni banyak citer pasal sukan la…huhu..



whahaha terus update blog nih… kekeke.. hoki mesia ke final kan?
harap harap masih ade yg sedar…
[Balas]
hafizmd Reply:
May 14th, 2010 at 3:54 pm
@todin, rasenye belum lagi..sbb india still ade match ngn mesir..south korea pun still ade 1 game..hopefully south korea dapat 1 mata ajer..
moge yg terbaik utk malaysia..yeahhhaa!!!
.-= hafizmd´s last blog ..Malam yang sungguh bahagia!! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 14th, 2010 at 4:54 pm
@hafizmd, yah tul.. msia lebih satu game bbnding org lain.. harap korea seri gak.. itu baru ok..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 14th, 2010 at 4:53 pm
@todin, dah dapat ke todin? rasanya belum.. sbb de lagi 3 pasukan kot yg maybe layak.. kalau menang la.. so, harap2 dorang seri.. leh msia ke final..
tapi kurang promosi la.. mgkin org tak bape tau atau amek peduli… huhuu.. msia menang.. hehhee
[Balas]
huhuhu..nampaknya masakan kat dapur kenal specil harini..kiki
maju sukan utk negara kita
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 14th, 2010 at 10:25 pm
@suri, haha.. bagi semangat kat penyokong kat rumah ek.. hihii
[Balas]
memang bulan sukan sekarang nie kak… hehe.. tak perasan tiba2 dah 4 entry cerita pasal sukan…
.-= zik´s last blog ..Jenis-jenis zikir. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 14th, 2010 at 10:26 pm
@zik, hihiii.. tau tak pe.. entry sukan ajer.. tu la kan bulan sukan.. tapi nmpaknye malaysia dah kecundang sukan yg satu tu..
[Balas]
bersama memartabatkan sukan negara..hehe
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 14th, 2010 at 10:26 pm
@Thoha, ya.. majulah sukan untuk negara.. leh tambah pelancong jugak sebenarnye…
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web