PART #1 – BERCUTI BERSAMA LELAKI KACAK

Assalamualaikum semua,

Hari tu ada janji nak cerita pasal bercuti-cuti ke Cameron Highland kan? Dah janji, kena lah tunaikan, betul tak?

Tapi ni cuti-cuti biasa, dan cerita pun biasa-biasa. Bila ada rasa penat dan letih dengan kerja (kononlah), ada rasa nak pergi bercuti. Niat dalam hati pun diutarakan kepada encik abang aka lelaki kacak dalam rumah.

Seronok, sebab niat tu turut dipersetujui oleh ketua keluarga tu. Cadangnya masa cuti hari pekerja lah. Masa kejadian tu dah lama, bila nak tiba seminggu dua nak sampai ke tarikh tu, belum lagi betul-betul decide sama ada nak pergi ke tak. Risau dengan macam-macam perkara. Tak yah lah cerita kan.

Dipendekkan cerita, seminggu sebelum percutian, baru mula mencari penginapan. Ingatkan bukan cuti sekolah, tak lah ramai yang pergi. Itu yang last minute tu. Nasib baik tak redah je pergi, kang tak pasal-pasal, tidur kat parking lot jer… Banyak jugak lah hotel yang kami tanya, katanya penuh. Last sekali kami booked je hotel budget, Hotel Remix. Hotelnya memang dekat dengan pasar malam Brinchang tu. Memang mudah nak ke mana-mana.

Kami antara pelanggan hotel yang terakhir. Nasib baik ada juga. Kalau tak, memang tak jadi bercutilah. Nak dijadikan cerita, si adik pulak tak berapa sihat. Malam je, dia panas sikit. Nasib baik masa nak pergi tu, kira dah ok. Kami pun bertolak, itu pun dalam pukul 11 pagi lebih, hari Sabtu.

Disebabkan malam sebelum kami bertolak encik abang dengan kacaknya pergi berkhidmat di rukun tetangga, jadi kami bercadang ambil jalan Simpang Pulai untuk naik ke Cameron Highland. Lebih relaks sikit jalannya. Kalau yang tak tahu, dari KL, lebih dekat kalau gunakan jalan dari Tapah, cuma kami tak tergesa-gesa, jadi, tak kisah lah.

Janjinya konon nak sampai dalam pukul 2 ke atas, sebab masa check in hotel pun lebih kurang waktu tu. Tapi sebab dah lari dari keupayaan diri, jalan nak naik ke Brinchang tu sedikit sesak. Tak sikit lah, banyak. Dah telefon hotel kata pukul 3, tapi betul-betul sampai depan hotel, pukul 5 lebih. Cari-cari parking lagi, pukul 6 masih kat bawah, mencari parking.

hotel remixGambar ni gambar depan hotel. Depan hotel tu memang ada tempat parking, tapi memang selalu penuh la.. Kalau nak tempah hotel ni bolehlah ke website hotel.

Ada lagi hotel lain, memang banyak di sekitar Brinchang ni. Kalau ada yang berminat nak pergi Cameron Highland, korang boleh ke blog ni untuk lebih maklumat. Indahnya Cameron Highland. Senarai hotel-hotel pun ada.

Akhirnya encik abang parking je belakang kereta orang, nasib baik satu kereta tu kereta abang sendiri (abang saya dan family pun bercuti- kebetulan) dan satu lagi, tak tahu. Letaklah nombor telefon, supaya kalau orang tu nak keluar, boleh telefon kami.

Jadi, petang dan malam tu kami tak ke mana, selain ke pasar malam yang sememangnya ramai orang, dan hasilnya, kami hanya beli sepotong jagung mutiara yang dibakar untuk si kakak, yang memang gemarkan jagung, dan sekilo buah limau madu yang sedap juga. Jagung bakar tu memang sedap rupanya.. Rugi pulak beli satu je..

"jagung mutiara"Ni pulak gambar jagung mutiara, cuma tak dibakar je. Memang sedap, tapi mahal sikit dari jagung biasa lah..

Kami jumpa sekejap abang kedua saya, bersama anak-anak dan kakak ipar di kedai mamak sekitar hotel. Lepas tu, masing-masing balik ke bilik sendiri dan tidur. Bilik hotel kali ni aircon tak de, kipas pun tak de. (Masa 1st time pergi Cameron, hotel tu ada jugak kipas yang disediakan).

dalam hotelLagi gambar dan suasana dalam bilik hotel

aktiviti dalam bilikmula dah aktiviti eksplorasi dalam bilik hotel

Tapi dulu memang sejuk, sekarang… mmm.. Kalau nak tahu lebih, baca part berikutnya.. Malas dah nak tulis, korang pun malas dah nak baca kan..

@fiezaradzi.com – Memang seronok sekali sekala dapat bercuti dengan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>