Assalamualaikum semua,
Hari tu ada janji nak cerita pasal bercuti-cuti ke Cameron Highland kan? Dah janji, kena lah tunaikan, betul tak?
Tapi ni cuti-cuti biasa, dan cerita pun biasa-biasa. Bila ada rasa penat dan letih dengan kerja (kononlah), ada rasa nak pergi bercuti. Niat dalam hati pun diutarakan kepada encik abang aka lelaki kacak dalam rumah.
Seronok, sebab niat tu turut dipersetujui oleh ketua keluarga tu. Cadangnya masa cuti hari pekerja lah. Masa kejadian tu dah lama, bila nak tiba seminggu dua nak sampai ke tarikh tu, belum lagi betul-betul decide sama ada nak pergi ke tak. Risau dengan macam-macam perkara. Tak yah lah cerita kan.
Dipendekkan cerita, seminggu sebelum percutian, baru mula mencari penginapan. Ingatkan bukan cuti sekolah, tak lah ramai yang pergi. Itu yang last minute tu. Nasib baik tak redah je pergi, kang tak pasal-pasal, tidur kat parking lot jer… Banyak jugak lah hotel yang kami tanya, katanya penuh. Last sekali kami booked je hotel budget, Hotel Remix. Hotelnya memang dekat dengan pasar malam Brinchang tu. Memang mudah nak ke mana-mana.
Kami antara pelanggan hotel yang terakhir. Nasib baik ada juga. Kalau tak, memang tak jadi bercutilah. Nak dijadikan cerita, si adik pulak tak berapa sihat. Malam je, dia panas sikit. Nasib baik masa nak pergi tu, kira dah ok. Kami pun bertolak, itu pun dalam pukul 11 pagi lebih, hari Sabtu.
Disebabkan malam sebelum kami bertolak encik abang dengan kacaknya pergi berkhidmat di rukun tetangga, jadi kami bercadang ambil jalan Simpang Pulai untuk naik ke Cameron Highland. Lebih relaks sikit jalannya. Kalau yang tak tahu, dari KL, lebih dekat kalau gunakan jalan dari Tapah, cuma kami tak tergesa-gesa, jadi, tak kisah lah.
Janjinya konon nak sampai dalam pukul 2 ke atas, sebab masa check in hotel pun lebih kurang waktu tu. Tapi sebab dah lari dari keupayaan diri, jalan nak naik ke Brinchang tu sedikit sesak. Tak sikit lah, banyak. Dah telefon hotel kata pukul 3, tapi betul-betul sampai depan hotel, pukul 5 lebih. Cari-cari parking lagi, pukul 6 masih kat bawah, mencari parking.
Gambar ni gambar depan hotel. Depan hotel tu memang ada tempat parking, tapi memang selalu penuh la.. Kalau nak tempah hotel ni bolehlah ke website hotel.
Ada lagi hotel lain, memang banyak di sekitar Brinchang ni. Kalau ada yang berminat nak pergi Cameron Highland, korang boleh ke blog ni untuk lebih maklumat. Indahnya Cameron Highland. Senarai hotel-hotel pun ada.
Akhirnya encik abang parking je belakang kereta orang, nasib baik satu kereta tu kereta abang sendiri (abang saya dan family pun bercuti- kebetulan) dan satu lagi, tak tahu. Letaklah nombor telefon, supaya kalau orang tu nak keluar, boleh telefon kami.
Jadi, petang dan malam tu kami tak ke mana, selain ke pasar malam yang sememangnya ramai orang, dan hasilnya, kami hanya beli sepotong jagung mutiara yang dibakar untuk si kakak, yang memang gemarkan jagung, dan sekilo buah limau madu yang sedap juga. Jagung bakar tu memang sedap rupanya.. Rugi pulak beli satu je..
Ni pulak gambar jagung mutiara, cuma tak dibakar je. Memang sedap, tapi mahal sikit dari jagung biasa lah..
Kami jumpa sekejap abang kedua saya, bersama anak-anak dan kakak ipar di kedai mamak sekitar hotel. Lepas tu, masing-masing balik ke bilik sendiri dan tidur. Bilik hotel kali ni aircon tak de, kipas pun tak de. (Masa 1st time pergi Cameron, hotel tu ada jugak kipas yang disediakan).
Lagi gambar dan suasana dalam bilik hotel
mula dah aktiviti eksplorasi dalam bilik hotel
Tapi dulu memang sejuk, sekarang… mmm.. Kalau nak tahu lebih, baca part berikutnya.. Malas dah nak tulis, korang pun malas dah nak baca kan..
@fiezaradzi.com – Memang seronok sekali sekala dapat bercuti dengan keluarga.



{ 53 comments… read them below or add one }
teringat masa belajar dulu tanpa ada perancangan ape suka suka ati je kemas beg pehtu naik bas gi naik cameron..sampai sana nak cari hotel tapi semua penuh..sib baik la kat masjid tu ada sediakan bilik umtuk disewa (ala2 rumah tumpangan pulak)..cuma takde sedia air panas untuk mandi je..
lama gak tak naik cameron..last pegi masa anak sulung umur 3 bulan..hehehe..tapi rasa cam tak sejuk cam dulu2 dah sekarang ni..
post terbaru pipoq ..Aktiviti cuti sekolah
@pipoq, dh tak sejuk mmg tka best ..sy masa pergi hujan sekejap bru rasa sejuk..klu tak biasa2 jer
post terbaru suri ..Kirimkan Gladiolus Jika Gila Bayang
kalau hujan sgt, susah pulak nak jalan2 kan.. kami pergi pun ada hujan, nasib baik malam je, so tak mengganggu la percutian sgt..
@pipoq, wah, main redah je ek.. hebatlah.. surau tu kat mana tu? mau sejuk masa mandi? ke tak mandi pun? hihi…
skg mmg tak sejuk sgt dah.. kecuali lau hujan..
wah… teringin pulak nak pegi cameron highland ni… bila la dapat pegi agaknya… huhu~..
post terbaru gary ..1MALAYSIA PAD; TABLET KELUARAN MALAYSIA
@gary, pergi dgn kwn2 best gak..klu pergi sorang dua mmg tak teruja heee
post terbaru suri ..Kirimkan Gladiolus Jika Gila Bayang
tul2.. g dgn kawan2 yg suka jalan, mmg best..
tapi aa skali pergi ber2 dgn en abg, best, sbb banyak jalan.. hehhe
@gary, insyaallah, boleh tu.. pergi bercuti reramai.. ok tu..
@fiezaradzi, insyaallah… kalau ada bajet dan kelapangan…
post terbaru gary ..TIPS UNTUK BLOGGER BARU
@gary, yeah, harap2 begitulah..
gi cameron ke..hoho..memang biasa takde aircorn atau kipas. dah memang sejuk gila kat sana..
post terbaru titan ..Mencintai Ain Maisarah – Part 2
skg tak sgt dah titan.. dah kurang sejuk…
dulu pergi sana takut nak sentuh air pagi-pagi. ada yang jadi p ramlee.
post terbaru eiela ..Bismillahirrahmanirrahim
@eiela, hehe….kalau takde water heater, mmg tak mandi rasanye….sejuuuuuk
post terbaru hafizmd ..Oh! Jawi
@hafizmd, bro hafiz..klu gitu titiskan air ni pelupuk mata a jwbnya
post terbaru suri ..Rosa Rossa Jadi Botak
@suri, itu kata eiela tu, jadi p ramlee
betul tu.. kena air yg sejuk tu rasa tak nak masuk bilik air, nasib baik ada water heater
@eiela, ateh gigi pun tak gosok skli ker?
post terbaru suri ..Rosa Rossa Jadi Botak
@suri, haha.. itu wajib tu.. hihi
haha.. calit air kat mata je ek..
Cuaca dah banyak berubah… tak macam dulu
post terbaru shraqs ..Selamat Tinggal Samsung Galaxy SII
@shraqs, betul tu bro…dah tak berapa sejuk mcam 4-5 tahun dulu…
tp masih lagi rasa best! hehe
post terbaru hafizmd ..Oh! Jawi
@hafizmd, Tambah plak kalau ngan family lagi la best kan.
post terbaru shraqs ..Aplikasi Blogger Untuk Android
@shraqs, bro hafiz pi nimoon nih hii…
post terbaru suri ..Rosa Rossa Jadi Botak
honeymoon pe nye suri.. ke sana ke sini, anak 2 budak kecik ikut.. hehehe
mmg best bercuti dgn family, reramai..
@hafizmd, shr tak sejuk sb byk depa buat pertanian pas tu buang hasil2 sampah, binaan sepanjang jln kan..kan..
post terbaru suri ..Bila Keputusan Di Majukan
@suri, Dah ramai sangat org pegi,.. tu pasal makin panas
post terbaru shraqs ..Kepentingan Memantau Uptime Dan Downtime Blog
dah byk tgk pokok2 dulu hijau je, skg tgk dah penuh dgn aktiviti pertanian.. ada juga yg terbiar jer..
sejuk dah kurang sebab byk sangat aktiviti manusia..
tul, dulu masa kat jalan nak naik tu pun turut rasa sejuk… skg, tak sgt dah..
hai kak f..
cam tak puas tgok pic lagi hee nak lagi2 tgok pic2 yg lain..ateh tdo sana lama tak kan sikti pic kutss ngheeee..
post terbaru suri ..Lagak Temuduga Ada Bermacam Ragam
haha.. sebenarnya kan suri, terlupa nak bawak gambar2 yg dlm camera. so yg ada dlm hp je.. itu yg ada itu jer.. hehe.. nnti2 je, part 2 nyusul..
@suri, atehnya suri pun ke sanakan? apa kate tempek sekeping dua kat blog CC…teringin jugak kome berdua ni nak tgk kakak tu beraksi =)
post terbaru hafizmd ..5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki Kacak
@hafizmd, ye, itu betul.. jom kita tgk kot2 ada
jagung rebus di buat best gak
post terbaru suri ..Kirimkan Gladiolus Jika Gila Bayang
sedap.. anak2 mmg suka jagung rebus..
untungnya ada dua org pembantu yg sedia berkhidmat utk kedua ibu bapanya heeee
post terbaru suri ..Lagak Temuduga Ada Bermacam Ragam
itu bukan berkhidmat suri, itu tolong selerakkan mana2 yg perlu tu.. haha.. budak kecik, mesti sifat explore tu tinggi tul..
Seronoknya dapat bercuti… Dah lama x dapat bercuti
post terbaru Izzuddin Fauzi ..Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. Dre
@Izzuddin Fauzi, itu yg pergi bercuti tu, sbb rasa badan dan minda perlu bercuti.. haha
sebonarnya bukan surau, tapi mesjid kat atas bukit tu..waktu sy pegi redah tu tahun 1999 gitu..hotel yang dekat depan padang berhampiran masjid tu pun takde lagi..
pagi tu memang tak mandi..nak gosok gigi pun ngetor dibuatnya rasa cam berkumur guna air ais..hehehe
post terbaru pipoq ..Wordless Wednesday – Rasa apa ?
@pipoq, gitu rupanya.. nasib baik de tempet tidur kan.. kalau tidak..
haha, pecah tembelang kejadian tahun 1999 hari ni kan.. hehe.. ke satu CH tau tak mandi? hihihi
Sara suka pegi cameron sebab Sara suka strawbery. Kalau pegi selalunya duduk di Rosa Pasadena.
post terbaru Sara ..Susah Senang Peniaga Online
@Sara, rosa pasadena dekat je kan kt brinchang tu? ok tak hotel dia? mahal sikit kot dari yg biasa2 ni..
Aah, memang dekat Brinchang. Senang nak keluar jalan-jalan area Brinchang tu. Hotel tu ok, bilik pun cantik. Harga Sara tak sure sebab asben yg uruskan.:)
post terbaru Sara ..Baju Cardigan Corak Leopard
@Sara, mmg kt brinchang sesuai sgt nak jln2..
oo.. husband uruskan ek.. tapi rasanya mahal sikit kot hotel ni.. sbb bilik dia cantik..
Hehe, ntahla kak. Sara tak tanya plak brape harganye. Tp best jalan kat Brinchang, tambah2 bila ada pasar malam.
post terbaru Sara ..Petua Menjaga Tudung Supaya Sentiasa Cantik
@sara, mmg pasar malam tu tarikan kan.. penuh parking kereta lau malam de pasar tu..
kali pertama kami bermalam kat sana
geram sungguh dengan hotel tu
dah la kita berpeluh panas punggah beg
aircond pulak tak ada
haha
post terbaru tehr ..Kadang-Kadang
@tehr, haha.. nasib baik tak pergi marah2 kat lobi kan.. lau tak, tak tau tuan hotel tu nak kata apa.. hihihi
Apa2 pun aku jelousss… Bestnyer dapat bercuti
@Izzuddin Fauzi, nak2 bercuti dgn lelaki kacak kan.. hahaa
{ 2 trackbacks }