Lifestyle

Cara Dapatkan Parking Kereta Dengan Mudah

Assalamualaikum,

Hari ni si kakak cuti sekolah, ada majlis agaknya cikgu-cikgu kakak tu. Bolehlah rasa gembira kejap berempat orang ni. Nanti bulan depan susah dah nak bersama pagi-pagi penuh gembira ni. Terpaksalah kan, demi mencari keberkatan.

Masa encik suami pergi bank kejap pagi tadi, sempat juga saya buka network kejap. Masa tu ternampak status ni kat fb hotfm.

 photo parking_zps6a512a35.jpg

Tak sangka, memang ada juga yang biasa buat ye. Ingat kami satu kereta je biasa buat macam ni. Susah parking ni kalau pergi shopping complex masa tengah ramai orang. Atau pun pergi kedai nak beli barang-barang rumah. Kadang-kadang tu rasa membazir minyak je cari parking kereta.

Selalunya memang pergi berempat. Si kakak dan si adik memang biasanya mulut dah bising sambil cari parking. Selalunya saya dan suami pun cakap, ‘Tak baca doa, macam mana nak dapat parking’. Lepas tu masing-masing senyap je.

Bila dah dapat parking, sempatlah saya toleh belakang tengah tengok dua-dua orang tadah tangan berdoa, lepas tu senyum. ‘Alhamdulillah, ada jugak parking.’ ‘Kakak dah baca doa,’ kakak kata.

Memang dua-dua tu doa, tapi doa apa budak berdua tu baca, tak tahu la pulak. Doa mintak dapat parking la tu agaknya.

Korang pulak biasanya macam mana. Ke memang selalu dapat parking? Jom share. Tak pun ada yang naik basikal pergi beli barang. Barang dapat, lemak pun terbakar.

@fiezaradzi.com – Bulan depan bermula episod baru..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge