Cermin Mata Baru

Posted by

Assalamualaikum,

Cermin Mata Baru. Entry ini sudah lama tertangguh sebenarnya.

Masih ingat dengan contest cermin mata anjuran sorang blogger tu? Walaupun rezeki kemenangan bukan milik saya, tapi cermin mata tempat pertama tu jadi milik saya. Faham tak? Semua ni terima kasih pada Allah dan juga kepada encik suami, yang rela memberikan hadiah kemenangan itu kepada gwiyomi dia.

Entry ini berjaya menambat hati juri dan berjaya dapat tempat pertama. Kebetulan encik suami baru saje tukar cermin matanya. Kebetulan juga, cermin mata saya dalam entry contest tu telah patah secara tiba-tiba. Memang rezeki tu Allah dah tulis dah. Alhamdulillah.

Selepas berjaya mencari waktu yang sesuai dan setelah dua kali cermin mata yang patah berjaya di’salotep’kan, kami ke kedai PapaMifz di Shah Alam. Korang boleh baca tentang kedai itu di sini. Setelah hampir seminggu (sebab nak jumpa blogger merangkap tuan punya kedai), akhirnya cermin mata itu sudah berjaya dipakai.

Kalau nak buat kat luar, harga kanta cermin mata tu boleh mencecah RM300 juga, sebab ori kan. Kalau buat sendiri, konfem buat yang seratus lebih je. Kanta ni boleh tukara warna gelap bila kena cahaya matahari. So, mata memang terjagalah. Sejak pakai cermin mata baru ni, tak de lah nak berkerut sangat tengah panas. Cuaca pun nampak redup je, walau pun tengah panas terik. Betul, tak tipu.

 photo cerminmata_zps6f714e17.jpg

Terima kasih buat PapaMifz, yang anjurkan contest tu, merasa juga cermin mata mahal. Boleh baca kat entry PapaMifz tau. Dan yang paling tak lupa khas buat encik suami yang korbankan hadiah kemenangannya kepada isteri dia. Terima kasih, abang. Oh, ye. Sila abaikan aturan ketinggian dalam gambar tu.

@fiezaradzi.com – Cermin mata baru. Encik suami kata memang niatnya nak bagi kat isteri dia bila menang contest tu. Niat murni biasanya memang berjaya kan. Macam Titan nak bagi telekung kat mak dia tu. Dah bagi ke belum Titan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *