Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Assalamualaikum,

Contest Kaca Mata PapaMifz.com, anjuran PapaMifz sudah lama berlangsung, tapi saya baru terpanggil nak masuk serta. Meriahkan ‘acara’ anjuran kawan-kawan ni, nak-nak selaku pemakai cermin mata tegar kan.

 photo kantamata_zps43c7c1ed.jpg

Gambar di atas adalah gambar cermin mata yang saya pakai sekarang. Nak kata suka sangat, tak lah, tapi tanpa cermin mata tu, tak keruan dan tak jadi kerja lah jawabnya. Memang tak  boleh tinggal cermin mata ini. Dah jadi sebahagian hidup dah. Silap-silap pergi bilik air pun bawa sekali (kes terlupa tinggalkan dalam bilik).

Cermin mata yang paling saya suka adalah masa pakai di zaman kegemilangan pelajar universiti dulu, hinggakan ada yang jatuh cinta kerananya. Tanpa cermin mata tu, tak kenallah saya dengan si dia. Kalau tanya dia kenapa boleh jatuh cinta dengan saya, dia pun kata, “Entahlah, kenapa pun tak tahu, dengan cermin mata Harry Potter tu, bla..bla..” entah apa lagi dia cakap.. Sebab tu kalau cakap cermin mata Harry Potter memang sensitif tau. Nak kata comel sangat bila pakai cermin mata tu, taklah, tapi ada kenangannya sendiri. Korang ingat tak cermin mata Harry Potter macam mana? Taklah bulat macam tu, cuma mungkin besar sikit. Harry Potter pakai, mestilah yang mahal-mahal lagi jenama kan, sebab tu nampak comel je.

"cermin mata harry potter"Cermin mata harry potter

Lupa nak ambil gambar dengan cermin mata itu. Cermin mata sekarang rasanya dah lebih 2 tahun kot, sebab dah lupa tarikhnya, jenama cermin mata ni lagilah, dah hilang dari bingkai pun. Yang nyata, bukanlah cap GA Blue ke, Ray Ban ke, apatah lagi edisi khas Manchester United tu. Biasanya pemakai cermin mata ni, susah nak tukar cermin mata bila matanya dah lali dengan cermin mata tersebut. Mahal lagipun kalau nak beli lain. Ingat murah… Yang saya ingat cermin mata ini saya beli di Sinar Optik, satu kedai di dalam Giant Batu Caves ni. Itu pun sebab ada eksiden antara anak saya dengan cermin mata yang lama. Bila dah patah bingkai, tiada cara lain selain tukar cermin mata dan kanta. Nak sesuaikan kanta lama dengan cermin mata baru, sangatlah susah, kecuali yang tiada frame dekat cermin tu.

Bagi yang tak pakai cermin mata, meh nak beritahu. Cermin mata boleh jadi mahal, walau pun bingkainya murah sahaja. Ia disebabkan harga kanta yang mahal. Oleh sebab masa tukar cermin mata adalah di saat ‘sesak’, jadi kanta yang saya pakai jenis biasa sahaja, tiada photogrey bagai, dan semestinya jenis plastic. Tak sanggup nak pakai jenis kaca yang berat dan senang pecah kalau terlalu aktif kempiskan perut ni. Rata-rata harga cermin mata yang saya pakai biasanya RM100- RM300 lah. Semua jenis biasa sahaja, tak pernah pun ada yang luar biasa.

 photo cerminmata_zps0a5e2e55.jpg

Nampak tu, kanta pun warna dah lain

Masih saya ingat lagi, ketika itu baru juga cuti pertengahan tahun sesi persekolahan waktu tingkatan satu. Mata saya kejap kecil kejap besar, seabb nak tengok apa yang cikgu tulis di papan hitam (time tu pakai papan hitam dengan kapur lagi) hinggakan ada cikgu yang menegur, “Fiezaradzi (kononlah panggil fiezaradzi, masa tu fiezaradzi.com belum wujud pun) awak tak nampak ke? Awak kena pakai cermin mata kot”, Cikgu tu pulak yang lebih prihatin dari diri sendiri.

Akhirnya masa cuti sekolah, bila balik kampung (saya sekolah asrama), saya pun terjah kedai apek cermin mata di Butterworth. Bermula sejak itulah saya mula pakai cermin mata. Masa awal-awal, ada juga terlupa dan tertinggal, maklumlah ‘ahli’ baru dalam hidup. Yang menariknya, masa sekolah dulu, bila buat cermin mata ada diskaun, kadang-kadang boleh sampai 70%, padahal harga lebih kurang sekarang je. (Dah macam tu taktik berniaga kan..) Masa mula pakai, dua-dua belah mata ‘power’ cecah seratus lebih juga. Kata optometris itu, biasa seratus lebih serius juga. Jadi nak ke tak nak, terpaksalah pakai cermin mata.

Yang tak boleh saya lupa, di mana saya terpaksa memilih antara dua sukan, dua-dua saya minat, badminton atau bola baling untuk wakil sekolah. Akhir sekali terpaksa pilih badminton, yang mana kurang ‘body contact’ dengan pemain lain. Kalau tak, mau cermin mata ke mata, bola ke mana dan gol ke mana. Pernah sekali tu masa main, cermin mata jatuh berkali-kali. Last sekali, cermin mata tu saya campak ke kawan suruh pegangkan.

Pentingnya Cermin Mata

Sekarang, ke mana saja perlukan cermin mata, walau pun sebenarnya tanpa cermin mata nampak lebih cun. Namun, untuk kesejahteraan dan keselamatan bersama, terpaksa gak sorokkan sikit kejelitaan tu. Menyesal? Tak pernah, sebab dah itu yang Allah takdirkan. Itulah, baca buku dalam gelap lagi. Ada yang kata baca buku sambil baring pun boleh buat mata rabun, entah betul ke tidak, tapi dua-dua tu saya suka buat, dulu lah..

Pada saya kanta mata adalah yang paling penting dalam pemilihan cermin mata ni. Biar bingkai murah tapi tahan lama, tapi kanta tu yang buat sama ada pemakainya nampak ke tak objek di hadapan. Kenalah test mata, sebab kena tahu nilai silau, berapa power mata boleh tahan dan lain-lain lagi. Tapi kadang-kadang masuk test mata dalam bilik tu, sikit confius pun ada, macam tak berapa nampak, tapi tak naklah pakai tinggi sangat power. Setiap kali tukar cermin mata, mesti mula-mula rasa pelik dan kurang selesa sebabnya power kanta dah berubah, dan mata sedang cuba beradaptasi. Dan kalau dapat kanta yang boleh tukar ke hitam, mesti lagi cun.

Saya dan cermin mata, ibarat orang lain dengan smartphone. Saya boleh tertinggal handphone, tapi saya tak boleh tinggalkan cermin mata.

Kalau menang contest PapaMifz ok jugak kan, sebab boleh jadikan backup kalau ada eksiden berlaku lagi. Nak buat cermin mata ni bukan sehari je boleh siap, kadang-kadang 3-4 hari baru boleh siap. Apa nak buat 3-4 hari tu? Walaupun ada ‘mata hati’ yang sorang lagi, tapi kesian juga ‘mata hati’ tu kan..

@fiezaradzi.com – Tarikh tutup contest 15 Mac 2013, sempat lagi kalau ada yang nak join.

1 comment… add one
  1. เรือ ยาง มือ สอง 30 October 2017, 7:34 pm

    This is what happened on the Seattle Seahawks in the 2009 NFL season, but instead of staying still, they were going backwards.
    We found that the Intex Seahawk 400 was hard to manjeuver when there is a lot of
    wind. Construction – The Intex Seahawk 400 is made of 30 gauge PVC vinyl that is certainly
    surprisingly sturdy and rugged.
    post terbaru เรือ ยาง มือ สอง ..เรือ ยาง มือ สอง

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge