Creative Youth Blog Program

Posted by

Salam. Kawan-kawan pernah dengar pasal ITYM? ITYM ni Information Technology Youth Movement. Lebih kurang macam persatuan belia la, cuma ia mengumpulkan blogger-blogger, sama ada tegar atau tidak.. Jadi, pendapat atau harapan blogger dapat didengar dan bergerak secara berkumpulan. Ia juga ditubuhkan untuk menunjukkan yang suara-suara blogger ni dipandang serius. Lagi satu, biasa la, berblog dengan penuh etika. Tak la jadi macam kes aduka teruna nanti kan.. Persatuan la katakan..

Untuk menunjukkan keseriusan persatuan ini, baru-baru ini ITYM dilantik menjadi rakan kongsi kementerian belia dan sukan untuk mengendalikan program yang bersifat kreatif dan inovatif. Klik untuk berita lebih sensasi.

itym-banner

Pada saya ITYM dapat memainkan peranan yang penting, apatah lagi sekarang ni ramai belia yang bergiat aktif dalam dunia blogging ni. Malah, penulisan menerusi blog lebih dipandang belia sekarang ni. Jadi secara tidak langsung, suara, pendapat dan harapan para belia dapat ke udara, dibaca dan didengari oleh ramai pihak.  Satu langkah yang baik jika benar-benar di pandang serius.

Sebagai seorang blogger muda (muda eh..?), saya berharap agar kerajaan dapat menaik taraf kemudahan internet secepat mungkin, mungkin setakat di bandar, malah di luar bandar, supaya celik teknologi ini dapat seiring negara-negara maju, dan agar tidak wujud jurang yang ketara di antara mereka di bandar dan di luar bandar. Mungkin kemudahan internet yang lebih murah dan mudah perlu disediakan di kawasan-kawasan luar bandar.

Oh ye, semperna hari belia nanti, ITYM akan mengadakan booth dan sebanyak 50 buah blog akan dikenalpasti dan dianugerahkan sijil serta dipamerkan di booth nanti. Jadi, ini satu peluang yang bagus untuk promosi blog.. Jom sertai.. Untuk maklumat lanjut klik sini ye..

@fiezaradzi.com – saja suka-suka tambah kenalan dan pengalaman..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *